Halaman

26 January 2014

PEMIMPIN UMNO DI TENGAH-TENGAH KELOMPOK PAS: UKHWAH ISLAMIAH TANPA BATAS KEPARTIAN, KATA SPEAKER DUN


Teganukita merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Dato’ Haji Harun Taib seorang dari kalangan pemimpin utama Pas yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Manir, Terengganu.

Ucapan takziah ini khusus kepada balu Allahyarham, To’ Hajah Puan Fatimah Ibrahim dan anakanda Allahyarham iaitu Adun Manir sekarang, YB Haji Hilmi Harun.

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan keampunan dari Allah.

Speaker Dewan Undangan Negeri Terengganu, Haji Mohd Zubir Embong hadir sama di majlis pengkebumian Allahyarham semalam, 25 Januari.

Turut sama hadir bersama ribuan penyokong Pas ialah Ketua Umno Bahagian Hulu Terengganu, YB Dato’ Jailani Johari yang juga Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Haji Mohd Zubir berkata, ukhwah Islamiah perlu diteruskan tanpa mengenal batas sempadan perjuangan kepartian.


"SELAKU AHLI EXCO KERAJAAN SAYA BANGGA MENTERI BESAR TERENGGANU KETUAI EKPLORASI SAINTIS KE ANTARTIKA" YB ROZI


Pemergian Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Haji Ahmad Said bersama saintis ke Antartika adalah langkah wajar dan merupakan bukti kepekaan bagi mendorong penyelidikan bertaraf dunia dilakukan oleh saintis Malaysia, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Telemong, YB Haji Rozi Haji Mamat.

Katanya, sokongan dan penglibatan kerajaan negeri Terengganu bersama-sama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dalam usaha penyelidikan di Antartika itu amatlah dialu-alukan.

“Saya sebagai salah seorang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu amat berasa bangga dengan penglibatan itu, lebih-lebih lagi Menteri Besar Terengganu diberi kepercayaan mengetuainya.

Kita perlu melihat jauh ke hadapan, terutama bagi generasi belia tentang masa depan dunia, dari segi iklim dan cuacanya, kehidupannya dan pasti akan berkait dengan segala perkara perhubungan antarabangsa, keamanan, dasar antarabangsa dan sebagainya, kerana golongan muda akan berpeluang untuk meneruskan penghidupan di masa akan datang, ujar beliau.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri menegaskan bahawa terlalu banyak kemungkinan ruang dan peluang untuk sama-sama kita perolehi jika kerajaan benar-benar serius dalam penyelidikan itu, sebagaimana yang telah lama dijalankan oleh negara-negara maju di Antartika.

Sekarang ini berbagai isu antarabangsa wujud seperti pemanasan global, pengerakan paksi bumi sedikit demi sedikit yang pasti akan melibatkan negara kita dari segi perubahan iklim dan cuaca, dan apakah persiapan kita kalau tanpa kajian dan penyelidikan rapi dibuat, kata Haji Rozi.

“Saya berharap golongan berfikiran jauh ke hadapan dan jangan terikut-ikut dengan cara rentak pembangkang yang cuba membawa masyarakat berfikiran jumud dengan menentang usaha-usaha baik itu,” katanya.


800 hadiri malam cinta rasul

Oleh: Amirullah Othman dan Noraini Jusoh

Seramai 800 orang menghadiri program Malam Cinta Rasul peringkat Parlimen Marang di Masjid Kampung Beladau Selat, semalam.
Program yang dianjurkan Majlis Belia Daerah Marang itu bertujuan memberi kesedaran kepada umat Islam khususnya golongan muda supaya mencontohi kepimpinan Nabi Muhammmad s.a.w.

Pegawai Khas kepada Menteri Besar, Tuan Haji Saiful Bahri Baharuddin berkata, sempena sambutan Maulidur Rasul kali ini, Malam Cinta Rasul diadakan bagi mendekatkan lagi para belia dengan program berbentuk keagamaan.

“Ia juga bertujuan untuk menyemarakkan aktiviti sambutan Maulidur Rasul terutama di kalangan generasi muda.

“Kita bukan sekadar mahu meraikan hari kelahiran Rasulullah s.a.w semata-mata, tetapi sambutan ini juga diharapkan dapat menghimpunkan golongan muda terutamanya supaya dapat diperdengarkan kepada mereka kisah-kisah Rasulullah s.a.w sebagai teladan,” ujarnya ketika berucap di majlis berkenaan.

Katanya, program itu bermula kira-kira jam 7.30 malam dengan solat maghrib secara berjemaah yang diimamkan Ustaz Hafaz Ali yang merupakan Qari Terengganu.

Kemudian, diikuti dengan majlis berselawat ke atas junjungan Rasulullah s.a.w yang diketuai oleh Ustaz Hafaz Ali.

Selepas itu, Pegawai Khas kepada Menteri Besar Terengganu, Ustaz Kamaruddin Omar menyampaikan tazkirah yang bertajuk Rasulullah ikutan sepanjang zaman.

Majlis diakhiri dengan para tetamu yang hadir mengerjakan solat isyak secara berjemaah sebelum menikmati jamuan ringan yang disediakan.

 

LEBUH RAYA PANTAI TIMUR GUMURUH DAH SAMPAI KE PAKA..PANTAS SEJAM BOLEH SAMPAI KUT...

Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof turun padang meninjau sendiri jajaran lebuh raya dari Bukit Besi ke persimpangan Paka yang kini dibuka kepada pengguna jalan raya.

SEMAKIN MENJADI REALITI..... Sebahagian daripada Projek Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) yang melibatkan jajaran sejauh 34 kilometer dari persimpangan Bukit Besi ke persimpangan Paka bernilai RM514 juta mula dibuka 25 Januari (semalam).

Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof berkata, dengan siapnya jajaran baharu pakej 10 hingga ke sebahagian pakej 7 (7C) itu menandakan kira-kira 100 daripada keseluruhan 184 kilometer projek pembangunan mega di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 tersebut telah dibuka kepada orang ramai.

"Kerajaan berharap pembukaan lebuh raya ini memberi kemudahan penjimatan tenaga, kos dan masa perjalanan kepada pengguna lebuh raya lebih-lebih lagi menjelang sambutan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi.

"Pada masa sama, kerajaan komited untuk mempercepatkan pembukaan beberapa lagi jajaran LPT2 yang masih dalam proses pembinaan dan dijangka dapat disiapkan secara berperingkat sebelum September depan," katanya ketika ditemui selepas merasmikan pembukaan jajaran itu di Plaza Tol Bukit Besi.

Projek LPT2 sepanjang 184 kilometer bermula dari Jabor, Kemaman ke Kampung Gemuruh, bahagian utara Kuala Terengganu merupakan kesinambungan projek LPT Fasa 1 iaitu dari Karak ke Kuantan sepanjang 159 kilometer yang dimulakan pada Mac 2006 dengan anggaran kos awal projek RM3.7 bilion.

Projek itu terbahagi kepada 16 pakej iaitu 15 pakej dilaksanakan Jabatan Kerja Raya yang ditawarkan secara tender terbuka konvensional dan satu pakej lagi secara rundingan terus dikendalikan Lembaga Lebuhraya Malaysia.

Pada 22 Ogos 2011, kerajaan membuka sebahagian jajaran LPT2 kepada laluan awam sepanjang 70 kilometer dari pakej 12 di Kampung Gemuruh, Kuala Terengganu hingga pakej 10 di persimpangan Bukit Besi.


25 January 2014

26 pasukan tanding takraw tertutup daerah Setiu, hari ini.

BERGAMBAR...sebahagian pemuda yang menyertai pertandingan Kejohanan Sepaktakraw Tertutup Daerah Setiu bergambar kenangan bersama Adun Permaisuri, Dato' Mohd Jidin Shafee (tengah) dan Adun Jabi, Mohd Iskandar Jaafar sebelum memulakan perlawanan di Dewan Sekolah Menengah Tengku Ibrahim, Setiu, hari ini.

Kejohanan yang dianjurkan JKKK, KRT dan Pemuda UMNO Kampung Che Long itu bertujuan mengeratkan hubungan antara belia di daerah Setiu dan mewujudkan semangat usaha juang di kalangan pemain.

Jurucakap penganjur, Aziz Yahya, berkata sebanyak 26 pasukan menyertai kejohanan yang dirasmikan Dato' Mohd Jidin itu dan setiap pasukan diberi nama mengikut pilihan masing-masing 

Aziz (kiri) bersama YB Iskandar.
"Kejohanan ini adalah acara tahunan yang dianjurkan pihak kami dan pada masa depan kita mengharapkan lebih banyak lagi penyertaan bagi memeriahkan pertandingan ini," katanya. 

Sementara itu, dalam ucapan perasmiannya, Mohd Jidin mahu lebih banyak program yang membabitkan belia dan pemuda diadakan di daerah Setiu termasuklah program berbentuk kebudayaan,

"Pada tahun ini saya nak bincang dengan belia, kalau belia sanggup, samada melalui persatuan dan sebagainya, setiap permainan budaya, tradisi, seperti dikir barat akan diadakan bagi mengerakan belia di daerah," katanya yang turut menyumbang RM3,000 untuk makan malam peserta yang bertanding.

Dalam pertandingan itu, pasukan Bandar Permaisuri muncul juara manakala tempat kedua ialah Putera Jaya dan ketiga pula ialah pasukan Lembah Jaya.- Aminudin

Mula..seorang pemain melontar bola.

Mesra..Mohd Jidin bertanya sesuatu kepada seorang peserta.
Warm up..dua peserta sedang memanaskan badan.
Sokongan..antara penonton yang hadir.

 

" NAWI KAGUMI AHMAD SAID KE ANTARTIKA- USAHA CETUS BUDAYA ILMU PENYELIDIKAN DI KALANGAN PELAJAR DAN PENCINTA SAINS



Ketua Umno Bahagian Besut, YB Haji Nawi Mohammad berkata, lawatan kerja Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Haji Ahmad Said ke Antartika adalah suatu pemikiran besar dan pandangan jauh pemimpin tersebut.
  "Ilmuan, para pendidik dan para pelajar perlu menjadikan ia sebagai cetusan ke arah budaya ilmu dan penyelidikan sains yang bukan sahaja di bilik darjah atau makmal, tetapi jauh dari itu hendaklah menanam cita-cita untuk turut sampai ke sana suatu masa nanti, katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Tani Negeri Terengganu.
  Beliau yang juga Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri meminta supaya masyarakat tidak terpengaruh dengan dakyah pembangkang yang sentiasa melihat usaha pemimpin kerajaan Barisan Nasional (BN), sebagai negatif walaupun hakikatnya hebat, cemerlang dan gemilang. "Dalam kehidupan orang-orang cemerlang mengamalkan budaya menimba ilmu sepanjang hayat, apatah lagi kita disarankan supaya ke mana sahaja ke pelusuk dunia untuk menimba pengetahuan," katanya meminta apa yang dimulai oleh Dato' Seri Ahmad perlu dicontohi.    Sementara itu, Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Rosli Zakaria membuat penjelasan bahawa lawatan kerja Menteri Besar Terengganu ke Antartika di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dan Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan (YPASM) dan bukannya Yayasan DiRaja Sultan Mizan (YDSM).  "Kesilapan tidak disengajakan dan amat dikesali," jelas beliau.
  Dalam pada itu, BERNAMA melaporkan Kerajaan Serius Terajui Usaha Tangani Isu Perubahan Iklim, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin.
  "Kerajaan serius menerajui usaha menangani isu perubahan iklim dengan menggalakkan langkah adaptasi dan perancangan pembangunan mesra alam yang strategik untuk kesejahteraan rakyat dan ekonomi negara", kata Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam 24 Januari.
                                                       





TDM sumbang 40 dan 45 peratus kepada pendapatan kumpulan

TDM Plantation Sdn Bhd mengunjurkan operasinya di Indonesia mampu menyumbang antara 40 dan 45 peratus kepada pendapatan kumpulan itu dalam tempoh lima tahun akan datang.

 Ketua Pegawai Eksekutifnya Badrul Hisham Mahari berkata syarikat itu melabur antara RM250 juta dan RM300 juta dalam tempoh tujuh tahun untuk menanam kelapa sawit di ladang seluas 40,000 hektar miliknya di Indonesia.

 Seluas 12,000 hektar sudah pun ditanam kelapa sawit dengan 500 hektar daripadanya telah matang.

 Badrul berkata TDM mengambil peluang daripada kematangan kelapa sawit itu untuk membina sebuah kilang minyak 60 tan menelan belanja RM80 juta sejajar dengan tuaian pertama yang dijangka menjelang 2015.

"Kumpulan itu adalah syarikat perladangan pertama di Pantai Timur yang memperoleh pensijilan 100 peratus bagi kilang dan estetnya," kata beliau selepas majlis penyampaian sijil Meja Bulat mengenai Minyak Sawit Lestari.

 Bahagian perladangan kumpulan itu menerima pensijilan RSPO pada November 2013. TDM juga mempunyai dua kilang minyak sawit di Sungai Tong dan Kemaman, Terengganu.

 Badrul berkata bahagian perladangan itu merupakan penyumbang utama kepada pendapatan kumpulan iaitu kira-kira 90 peratus berbanding unit penjagaan kesihatannya. Kumpulan TDM mengendalikan empat hospital komuniti pakar di Selangor, Kuala Lumpur, Pahang dan Terengganu.

 Hospital terbaharunya, Pusat Perubatan Kuantan di Pahang, akan dibuka kepada awam tahun ini manakala Hospital Pakar Kuala Terengganu di Terengganu, dijangka siap tahun depan. "Dua hospital itu masing-masing akan mempunyai 150 katil dan 130 katil," katanya.

 

Misi ke Antartika satu usaha bijak MB- Mohd Jidin.

Mohd Jidin...penerokaan ilmu.
Oleh: Aminudin Ismail.

PENEROKAAN ilmu ke Antartika yang diketuai Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Said bersama beberapa cerdik pandai adalah satu usaha yang bijak dan bukan satu pembaziran kerana ianya untuk kepentingan generasi akan datang, kata Exco kerajaan negeri, Dato’ Mohd Jidin Shafee.

Mohd Jidin berkata, sepatutnya penduduk di negeri ini berbangga usaha Menteri Besar itu kerana berfikiran jauh demi untuk kemajuan negeri ini pada masa depan.

“Ia adalah satu penerokaan baru ilmu bagi memenuhi hasrat manusia di bumi, jadi kebetulan pula, penerokaan antartika ini telah dibuat sebelum ini, bukan sahaja pihak negara, bahkan seluruh dunia membuat penerokaan ilmu ke kawasan antartika.

“Jadi kunjungan Y.A.B Menteri Besar bersama ‘team’nya itu pada kali ini kita sewajarnya merasa bangga kerana beliau kali ini adalah ketua delegasi dan bersama beliau beberapa cendiakawan daripada Terengganu dan luar yang dibawa bersama,” katanya.

Mohd Jidin berkata, lawatan selama 15 hari yang bermula sabtu lepas itu adalah satu perkara penghayatan kehidupan masa depan dan usaha Menteri Besar itu adalah wajar.

“Sepatutnya kita berbangga dengan usaha ini dengan memberi sokongan penuh dan memberi semangat supaya menerokaan bidang baru yang sedang kita laksanakan masakini adalah satu perkara untuk masa depan.

“Sama juga dulu penerokaan ke bulan, ramai juga orang tidak memahami ataupun tidak mencapai tahap pemikiran pada masa itu menyatakan bahawa penerokaan ke bulan itu satu pembaziran tetapi setakat ini bukan sahaja ke bulan malah beberapa lagi planet baru sedang diterokai untuk mempelajari perkara-perkara berkaitan kejadian Allah Taala.

“Seterusnya mereka yang bekerja kuat ini dikatakan orang yang berakal ataupun ulul albab, jadi yang berakal ini bermakna penghayatannya kepada keduniaan bagi akhirat sebab mereka tahu kehidupan di dunia ini akan mempunyai limik umur dan apakah peninggalanya.

“Kalau mereka ini tidak membuat penerokaan awal, apakah satu generasi akan datang, nak mengambil di mana, jadi adalah tepat kerajaan negeri membuat permulaan ini,” katanya kepada Teganukita di Kampung Banggol, Setiu, semalam.

Mohd Jidin berkata, beliau menyokong penuh usaha penerokaan ke Antartika itu dan menurutnya, usaha itu adalah satu usaha yang bijak oleh Menteri Besar dan tidak wujud soal pembaziran.

“Saya difahamkan sebahagian kos ke Antartika ini ditanggung kerajaan pusat, jadi sebelum membuat apa-apa kenyataan kita kena selidik terlebih dahulu.

"Soal pengkajian penerokaan ilmu untuk masa ini kita tidak perlu kita pertikaikan, apapun program memerlukan duit dan tanpa perbelanjaan tentunya kita tidak boleh lakukannya,” katanya mengenai lawatan yang bertujuan untuk membuka laluan bagi membantu kerajaan menubuhkan sebuah stesyen penyelidikan bersama dengan Chile di antartika itu.

 

24 January 2014

Sekitar Program Cakna Rakyat Dun Permaisuri, hari ini.(jumaat)

Mohd Jidin (kanan)  dan Che Zul (baju merah) bergambar kenangan bersama sebahagian peserta Cakna Rakyat.
Oleh: Aminudin Ismail.

SERAMAI kira-kira 30 peserta yang terdiri daripada dua wakil rakyat, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Pemuda, Puteri UMNO dan beberapa penduduk menyertai Program Cakna Rakyat Dun Permaisuri 2014, hari ini.

Sebanyak 12 buah rumah wargatua dan pesakit dikunjungi dalam program itu yang membabitkan lima buah kampung iaitu Kampung Banggol, Kampung Permaisuri, Kampung Bukit Kemudu dan Kampung Tasek dan Kampung Buluh Hilir.

Antara rumah yang dikunjungi ialah sebuah rumah wartua, Zainab Sulaiman yang berusia 108 tahun di Kampung Banggl yang kini masih kelihatan sihat dan mampu berjalan.

Sebuah lagi rumah juga di Kampung Banggol ialah rumah seorang wanita, Zainun Sulong yang mengalami kecacatan akal yang tinggal bersama bapanya, Solong Taib, 75.

Ketika di rumah Zuwariyah.
Sebuah lagi rumah yang dikunjungi Ahli Parlimen Setiu, Che Zulkifly Jusoh dan Adun Permaisuri Dato' Mohd Jidin Shafee itu ialah seorang pesakit saraf iaitu di Kampung Buluh Hilir iaitu rumah Zuwariyah Adi, 29, yang mengalami penyakit saraf sejak berusia 23 tahun.

Mohd Jidin berkata, lawatan ini adalah sebagai rutin wakil rakyat di Parlimen Setiu untuk mamastikan janji-janji pilihanraya dahulu dilaksanakan serta bagi mewujudkan silaturrahim antara pemimpin dan rakyat.

"Insya Allah, selepas ini kita akan mengunjungi beberapa kampung lain pula untuk mengenalpasti apa-apa permasalahan penduduk dan kita akan membantu mereka," katanya.

Dalam lawatan itu, selain menyelasaikan beberapa masalah penduduk, pesakit yang dikunjungi juga diberi sejumlah wang sumbangan bagi meringankan bebanan mereka.

Turut hadir ialah Ketua Wanita UMNO Setiu, Wan Nasiah Wan Majid, Ketua Puteri UMNO Setiu, Norfuzilawati dan SU UMNO Setiu, Mohd Azmi Nazir.
Bergambar kenangan di Kampung Tasek.

Wan Nasiah bersama seorang penduduk Kg.Buluh Hilir.

Rumah Wargaemas di Kampung Permaisuri.

Sedang berbincang pasal jalan.

Mohd Jidin bersama wargaemas, Mijah Yasin.

Rumah Sulong Taib di Kampung Banggol.

Isteri Cik Zul menyumbang wang kepada seorang wargatua.

YB Zul berbincang sesuatu di rumah seorang penduduk Kg.Tasek.

Di rumah Seti Fatimah, Bukit Kemudu.


Berkunjung ke rumah ibu tunggal di Kampung Buluh Hilir.

Seorang wargatua di Kampung Tasek.

Menjamu selera di Perkarangan Masjid Banggol.

Menjamu selera sebelum bergerak

Che Zul bersama seorang JKKK Kampung Tasek.

Rumah seorang wargatua di Bukit Kemudu.

 

ADUN JERTIH-YB PEHIMI BANGGA DAN TERHARU KETUA KERAJAAN TERENGGANU BERPELUANG KE ANTARTIKA

Oleh: Langtelipot.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jertih,YB Haji Muhammad PehimiYusof melahirkan rasa bangga berikutan Ketua Kerajaan Negeri Terengganu, Dato' Seri Haji Ahmad Said diberi peluang untuk sama-sama terlibat secara langsung bersama saintis tempatan dan antarabangsa ke Antartika.

Katanya, langkah itu penting untuk memperolehi sesuatu yang baru dalam penyelidikan, terutama bagi kepentingan umat Islam dan kebaikan sejagat di masa hadapan.

"Selaku Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang bertugas di bawah Dato' Seri Ahmad, saya amat terharu dan bangga kerana beliau mempunyai kekuatan fizikal dan mental dalam mengharungi perjalanan sejauh itu demi memastikan pencapaian penyelidikan," katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri menyatakan bahawa nama Terengganu akan turut terpahat di persada dunia antarabangsa melalui eksplorasi itu dan itulah ketinggian pemikiran Menteri Besar Terengganu, di samping membuktikan kepada dunia tentang komitmen kita orang Melayu dan Islam sekaligus rakyat Malaysia dalam industri sains dan penyelidikan.

"Komitmen Dato' Seri Ahmad selaku ketua kerajaan negeri, Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi amat penting dalam rekod, catatan dan manfaat umat Islam dan dunia sejagat," ujarnya.