Halaman

29 January 2014

ANTARTIKA: YB MAHDI MINTA PEMBANGKANG RASIONAL DAN MENERIMA PENDEKATAN ISLAM AGAR KITA SENTIASA BERSANGKA BAIK


Kejayaan mengadakan perjanjian persefahamanan atau MOU di antara Institut Antartico Chileno (INACH) dan Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan (YPASM) yang telah ditandatangani dan disaksikan oleh Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Haji Ahmad Said adalah bukti kebenaran bahawa pemergian beliau ke Antartika bukanlah tujuan suka-suka sebagaimana tuduhan pihak tertentu, kata Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Putera, YB Mahdi Musa.
  Begitu juga katanya tarikh MOU yang telah ditetapkan oleh kedua belah pihak NACH dan YPASM dan Menteri Besar Terengganu yang diberi kepercayaan selaku saksi rasmi perlu hadir pada tarikh berkenaan, jadi tidak timbul kenapa pada masa ini atau pada masa yang tidak sesuai Menteri Besar ke sana kerana beliau perlu menepati apa yang telah dijadualkan untuk beliau.
 Ditanya tentang tuduhan membazir lawatan itu sebagaimana tuduhan pembangkang, YB Mahdi berkata “Kalau hendak dikatakan lawatan kerja keluar negara itu membazir sebagaimana tuduhan Pas, ia tidak benar kerana ia adalah ada manfaat dan keperluan tersendiri, berbanding rombongan rombongan semasa Pas memerintah Terenggganu juga banyak dilakukan diketuai oleh Menteri Besar bahkan disertai lagi oleh beberapa Exco dan lain-lain dan tentulah mereka sebagai kerajaan pada waktu itu juga mempunyai perancangan dan agenda mereka untuk negeri”.
 Oleh itu, katanya, kita hendaklah saling berbaik sangka dan jangan kerana kepentingan politik segalanya dipolitikkan. -
  “Kita tunggu dah tak berapa lama lagi Menteri Besar dan para sainstis terbabit akan tiba dari Antartika yang akan memberitahu hasil lawatan, menceritakan pengalaman dan dapatan masing-masing sebagai permulaan langkah”, katanya.

ADUN Kuala Besut bantu mangsa kebakaran


YB Tengku Zaihan menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran

Oleh: Mohammad Ishak 

Nasib malang yang menimpa keluarga Mohd Azam Zakaria, 46, dari Kampung Alur Teratai,Kuala Besut, yang terbabit dalam kejadian kebakaran rumahnya mendapat perhatian pemimpin kerajaan di daerah Besut.

Kejadian berlaku kira-kira jam 4 petang kelmarin ketika semua kelurga berkenaan tidak ada di rumah dan bekerja manakala anak-anak ada di rumah jiran.

Mohd Azam yang bekerja sebagai buruh mengait kelapa bagaimanapun terkejut selepas dimaklumkan rumah beliau hangus sekelip mata dalam kebakaran berkenaan.

Berikutan kejadian itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman, tanpil menghulurkan bantuan keperluan harian bagi meringankan beban hidup mangsa.

Selain itu, Menteri Pendidikan II, Dato’ Seri Idris Jusoh yang juga Ahli Parlimen Besut yang diwakili Pegawai Khasnya, Rozali Embong turut menyampaikan bantuan.

Kejadian itu juga menyebabkan mangsa sekeluarga tujuh beranak kini terpaksa tinggal menumpang sementara di Balai Raya Kampung Alur Teratai, sebelum mendapat tempat tinggal kekal.

Menurut Mohd Azam, semua barang keperluan termasuk dokumen penting hangus dalam kebakaran itu.

“Saya tetap bersyukur kerana ketika kejadian semua tujuh beranak tidak ada di rumah, jika tidak mungkin sesuatu yang buruk akan berlaku,”

Jabatan Bomba Bomba dan Penyelamat Besut yang menerima panggilan itu bergegas ke tempat kejadian dan tiba kira-kira 15 minit kemudian.dengan dua buah jentera dan Sembilan anggota

Penjualan tanah wakaf UCB mengalakkan.

Tengku Mahmud...sambutan baik.


Oleh: Aminudin Ismail.

SAMBUTAN orang ramai terhadap penjualan tanah wakaf bagi penubuhan sebuah universiti wakaf pertama di negara ini di Putera Jaya, Bandar Permaisuri, Setiu, begitu mengalakkan.

Pengerusi Eksekutif UCB, Dato’ Tengku Mahmud Mansor, berkata sehingga kini kira-kira RM500 hingga RM600 ribu diterima pada setiap bulan hasil penjualan wakaf yang dikelolakan oleh Peyatim itu.

“Sehingga kini yang menjadikan egen penjualan wakaf KTB ini ialah semua cawangan Pejabat Pos iaitu sebanyak kira-kira 700 tempat dan Bank Simpanan Nasional (BSN) lebih kurang 1200 cawangan.

“Jadi lebih kurang 2000 'outlet' wakaf di seluruh Malaysia sudah berjalan dan kemasukan pada setiap bulan lebih kurang RM500 ribu ,RM600 ribu sebulan pada semua outlet itu.

“Dan dijangkakan, Insya Allah dalam beberapa bulan ini, ‘income’nya di jangka bertambah dalam RM1 juta dan kita menjangkakan dalam tempoh lima tahun kita dapat kumpulkan dalam RM100 juta dan kita akan membangunkan kampus ini.

Tengku Mahmud berkata, kampus UCB itu bersiap sedia untuk menampung kira-kira lima ribu pelajar pada masa akan datang dan beliau yakin sasaran itu akan dicapai kerana masyarakat memberi kerjasama yang baik ke arah menjadihkan UCB sebuah universiti wakaf pertama di Malaysia.

 

28 January 2014

Fosil tumbuhan kuno berusia 350 juta tahun ditemui di Besut


Dato' Yunus (berbaju putih) menunjukkan tempat fosil ditemui

Oleh: Mohammad Ishak 

Daerah Besut dijangka menarik perhatian ahli geologi negara apabila penemuan fosil tumbuhan dipercayai berusia 350 juta tahun ditemui di tapak pembinaan projek ampangan Paya Peda,Hulu Besut.

Penemuan fosil oleh ahli kajibumi, Mohd Zaidi Mohd Yah yang juga jurutera projek pembinaan berkenaan pada 2011 kemudian dilaporkan kepada pihak berkuasa untuk diambil perhatian.

Selepas tiga tahun pihak Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) yang bertanggungjawab membuat kajian akhirnya tujuh sepesis tumbuhan berkarbon ditemui oleh pakar yang terbabit dalam kajian itu.

Berikutan penemuan fosil itu, Ketua Pengarah JMG, Dato’ Yunus Abdul Razak membawa wakil media ke lokasi penemuan semalam untuk menyapaikan maklumat awam kepada orang ramai.

Yunus berkata, penemuan fosil berkenaan disifatkan rekod baru kepada JMG kerana ditemui begitu banyak dalam jarak yang dekat.

Katanya, proses kaijan oleh kakitangan jabatan itu mengambil masa lama untuk mempastikan bahan berkenaan benar-benar tulen dan mempunyai nilai warisan yang tinggi.

Menurutnya, penemuan fosil dilereng bukit selepas kerja-kerja meratakan tanah di tapak pembinaan ampangan terbabit dilakukan secara teliti oleh pakar untuk mendapatkan kepingan fosil yang pelbagai geologi.

Katanya, sehingga ini Terengganu merekodkan 23 lokasi sebagai sumber warisan geologi dimana dua daripadanya diberi penarafan luar biasa.

“Bagaimanapun penemuan di Paya Peda ini amat menarik kerana ditemui dalam kelompok setempat pada aras 150 meter ketinggian dari aras laut,” katanya.

Antara fosil yang ditemui ialah berbentuk bunga, daun, akar, dahan dan batang pokok. Selain itu kajian juga menemui kesan tahi gunung berapi dan batu arang.

MENGENALI PENGERUSI GOLDEN PHAROS YANG BARU

Oleh: Ruslan Abdul Rahman-Pengarang Teganukita.


Bekas Timbalan Menteri Sumber Manusia, Dato’ Abdul Rahman Bakar telah dilantik sebagai Pengerusi Golden Pharos (GP) Berhad berkuatkuasa 8 Januari 2014.
 Golden Pharos adalah syarikat yang tersenarai di BSKL ,dikuasai oleh kerajaan negeri Terengganu mempunyai beberapa buah syarikat kumpulan termasuklah Kumpulan Pengurusan Kayu-Kayan Terengganu Sdn.Bhd., Pesaka Terengganu Bhd., Pesama Timber Corporation Sdn.Bhd.,Golden Pharos Sdn.Bhd.
  Ketika ditemui Pengarang Teganukita, Dato’ Abdul Rahman berkata wawasan beliau sebaik sahaja menerajui GP ialah memastikan semua anak syarikat GP memperolehi keuntungan

 . “Saya nak pastikan mana-mana anak syarikat mencari jalan untuk tingkatkan keuntungan lagi,” katanya. Oleh sebab itu, langkah pertama beliau ialah melawat dan mendapatkan taklimat tentang operasi syarikat. Pada 26 Januari lalu beliau telah melawat Kumpulan Kayu Kayan Sdn.Bhd dan Pesaka Terengganu Berhad. “Semalam 27 Januari saya melawat Pesama Timber di Kemaman,” beritahunya.


 Pada bulan depan beliau dijangka melawat GP Glass Sdn.Bhd di Selangor. Dato’ Abdul Rahman berkata, operasi Pesama Timber baru dmulakan semula setelah ditutup akibat banjir besar baru-baru ini.
 Harapannya ialah syarikat-syarikat yang berasaskan kayu dan balak ini bukan sahaja memperoses balak menjadi kayu tetapi perlu kepada yang lebih lebar lagi seperti membuat perabot dan apa-apa produk dari bahan kayu bagi meningkatkan lagi kadar keuntungan.

Guru diminta agar tidak melampau denda murid

 Oleh: Suriati Ali

 Guru di negeri ini diminta berwaspada mengenakan tindakan terhadap murid agar tidak melampau bagi mengelak dikenakan tindakan tatatertib.

 Pengerusi Jawatakuasan Pendidikan dan Tugas-Tugas Khas, YB Ghazali Taib, berkata, tidak salah untuk menghukum tetapi mesti ada batasan, tidak perlu melampui batas sehingga menimbulkan rasa tidak senang di kalangan masyarakat terutama ibu bapa.

 “Apabila timbul kontroversi seperti susulan ada guru hukum murid macam `lembu’ yang berlaku sebuah sekolah rendah di Sungkai, Perak, baru-baru ini, kedua-dua pihak mendapat impak negatif.

“Kejadian itu menyedihkan kerana guru itu kini diarahkan bertukar ke sekolah lain selain meninggalkan kesan trauma terhadap murid yang dikenakan tindakan ,” katanya selepas merasmikan satu program baru-baru ini.

 Dalam beberapa laporan akhbar, dua murid sekolah jenis kebangsaan Cina, di Sungkai, Perak yang dihukum seperti lembu guru Bahasa Inggeris, kini kembali bersekolah pagi semalam, (26 Januari).

 

LETAK JAWATAN!!


Bursa Saham Malaysia mengumumkan perletakan jawatan secara sukarela (voluntary resignation) Datuk Roslan Awang Chik, 63 tahun sebagai Pengerusi dan Pengarah TDM Bhd berkuatkuasa 1 Mac 2014.  Perletakan jawatan itu dibuat melalui surat yang ditandatangani oleh beliau pada 23 Januari 2014.


  Dengan perletakan jawatan itu, Datuk Roslan berkhidmat selama lima tahun sebagai Pengerusi TDM Bhd.    Difahamkan perletakan jawatan itu bukanlah kerana konflik dan permasalahan, tetapi proses biasa untuk membolehkan berlaku penggantian dan penggiliran kepimpinan syarikat, ke arah transformasi sesuai dengan pendekatan kerajaan masa kini.
  TDM, salah satu GLC kerajaan negeri Terengganu membawa keuntungan besar dan beroperasi hingga ke luar negara (memiliki ladang sawit di Kalimantan, Indonesia).
  Selain itu, TDM juga berjaya dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan perubatan dengan mempunyai beberapa hospital pakar yang terkemuka.
  Kejayaan itu diharapkan dapat diteruskan oleh penggantinya setelah diletakkan asas kepimpinan yang kukuh sebelumnya. (Oleh: Ruslan Rahman)

27 January 2014

Luaskan pasaran produk Langkap- Sabri.

BERKHASIAT…Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Langkap, Dato’ Sabri Mohd Nor sedang memerhati kicap keluaran sebuah syarikat bumiputra di Kampung Langkap, Setiu, Terengganu ketika melawat tempat pembuatan kicap itu, baru-baru ini.

Kicap jenama Restu Langkap itu adalah antara tujuh produk keluaran syarikat itu yang di pasarkan ke seluruh negeri ini.

Selma Deraman, pemilik Restu Langkap.
Selain kicap, syarikat itu juga mengeluarkan sos tomato, sos cili, cuka makan, sos rojak, sos pencicah (cili segar dan cili kering.

Sabri yang juga Pengerusi YPU, berkata mengharapkan pengeluar sos di kawasan Langkap dapat memperluaskan kawasan edarannya supaya jenama produk keluaran Langkap akan terkenal ke seluruh Malaysia.

“Terdapat sekurang-kurangnya tiga pengeluar sos termasuk kicap dan cuka di kawasan Langkap ini.

"Saya harap mereka dapat meperluaskan perniagaan mereka ke seluruh Malaysia supaya jenama dari Langkap ini akan dikenali ramai,” katanya.-aminudin.


Umno Bahagian Marang lantik biro bantu perkasa parti

Oleh: Amirullah Othman dan Noraini Jusoh

Umno Bahagian Marang melantik 12 biro mengikut bidang tugas masing-masing untuk membantu memperkasakan parti dan merampas kembali kerusi yang ditawan pembangkang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Biro yang dilantik ialah Biro Politik; Penerangan; Media Baru; Pendidikan; Latihan dan Pengkaderan; Hal Ehwal Belia; Hal Ehwal Wanita/ Perayu Undi/ K5; Pengurusan; Ekonomi dan Pengurusan; Agama dan Kebajikan; Hal Ehwal Daftar Pemilih dan Pengundi Luar serta Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Berangan, YB A Latiff Awang berkata, pelantikan biro-biro berkenaan bertujuan mewujudkan satu organisasi bagi mengatur aktiviti serta program yang mampu memberi manfaat kepada parti serta ahli.

“Dengan adanya jawatankuasa yang kuat dan perancangan yang strategik sejak awal, saya percaya Barisan Nasional (BN) dan Umno dapat kembali menawan Parlimen Marang pada PRU14,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Pelantikan Biro-Biro Umno Bahagian Marang di Dewan Majlis Daerah Marang, Kampung Paya, baru-baru ini.

YB A. Latiff yang juga merangkap Pengerusi Jawatankuasa Transformasi Kerajaan, Komunikasi dan Multimedia negeri berkata, kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Payong, Alor Limbat dan Rhu Rendang serta Parlimen Marang yang dimenangi pembangkang pada PRU13 lalu berjaya dikembalikan kepada BN semula sekiranya semua jentera parti bersatu.

“Dengan adanya jentera parti yang bekerja kuat demi kemenangan parti sejak awal, saya percaya ketiga-tiga DUN berkenaan akan kembali ditawan BN termasuk mengekalkan kemenangan di DUN Pengkalan Berangan,” katanya.

Tambah beliau, biro-biro yang dilantik juga perlu bijak merancang program berbentuk sosial, perpaduan dan yang dapat mewujudkan persefahaman antara semua pihak untuk memastikan rakyat sentiasa menyokong BN dan Umno demi kelangsungan parti yang membela agama, bangsa dan negara itu.

 

USAHA KE ARAH MEMBANGUNKAN STESEN PENYELIDIKAN SENDIRI DI ANTARTIKA ADALAH MENIFESTASI MENUNAIKAN HASRAT SULTAN MIZAN



Sejak tersebarnya berita pemergian Menteri Besar Terengganu Dato’ Seri Haji Ahmad Said ke Antartika mengetuai lawatan kerja bersifat ekplorasi, semakin ramai orang ramai ingin tahu tentang Antartika.  Pengerusi TATiUC, YB Bazlan Abdul Rahman berkata, Antartika adalah kawasan bebas untuk dilakukan kajian di bawah satu perjanjian yang telah dipersetujui “jadi banyak lagi kajian serta misteri tersembunyi yang menarik yang masih belum mampu dikupas”.
 Katanya, amat rugi kita tidak merebut peluang terbuka dalam mengkaji pelbagai aspek seperti ekosistem, biologi, kesan cuaca juga evolusi hidupan marin sedangkan banyak negara serta syarikat besar berminat dengan khazanah yang masih banyak lagi tersimpan dan belum dirungkai oleh manusia.
 “Banyak syarikat gergasi luar negara berminat dalam kajian pelbagai sudut dan aspek untuk kebaikan manusia sendiri sama ada dari segi perubatan, kosmetik, sepsis haiwan serta hidupan lain yang ada di bumi Antartika,” katanya itu di antara yang dapat diamati bila meneliti tentang keunikan Antartika.
 Justeru itu katanya, lawatan kerja Menteri Besar Terengganu bersama saintis amatlah besar ertinya apatah lagi ia juga merealisasikan hasrat KebawahDuli Yang Maha Mulia Sultan Mizan ke arah membangunkan stesen kajian Malaysia di Antartika.
 Pada padangan beliau selaku Pengerusi TATiUC pencapaian kajian unversiti tempatan dan saintis tempatan tidak kurang hebatnya dengan kajian unversiti dan saintis luar negara.
  “Jika hasrat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Mizan menjadi kenyataan, iaitu penubuhan stesen Penyelidikan Malaysia di Antartika, Malaysia berkemungkinan menjadi negara Islam pertama memiliki stesen seumpama itu,” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Rakit.