Halaman
28 January 2014
LETAK JAWATAN!!
Bursa Saham Malaysia mengumumkan perletakan jawatan secara sukarela (voluntary resignation) Datuk Roslan Awang Chik, 63 tahun sebagai Pengerusi dan Pengarah TDM Bhd berkuatkuasa 1 Mac 2014. Perletakan jawatan itu dibuat melalui surat yang ditandatangani oleh beliau pada 23 Januari 2014.
Dengan perletakan jawatan itu, Datuk Roslan berkhidmat selama lima tahun sebagai Pengerusi TDM Bhd. Difahamkan perletakan jawatan itu bukanlah kerana konflik dan permasalahan, tetapi proses biasa untuk membolehkan berlaku penggantian dan penggiliran kepimpinan syarikat, ke arah transformasi sesuai dengan pendekatan kerajaan masa kini.
TDM, salah satu GLC kerajaan negeri Terengganu membawa keuntungan besar dan beroperasi hingga ke luar negara (memiliki ladang sawit di Kalimantan, Indonesia).
Selain itu, TDM juga berjaya dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan perubatan dengan mempunyai beberapa hospital pakar yang terkemuka.
Kejayaan itu diharapkan dapat diteruskan oleh penggantinya setelah diletakkan asas kepimpinan yang kukuh sebelumnya. (Oleh: Ruslan Rahman)