Projek pembinaan Jambatan Bukit Kuang, Kemaman dijangka siap sepenuhnya menjelang Ogos ini. |
Projek pembinaan bagi menggantikan Jambatan Bukit Kuang sejauh 3.07 kilometer di Bukit Kuang, Kemaman dijangka siap sepenuhnya menjelang Ogos depan.
Menteri Kerja Raya, Dato' Fadillah Yusoff berkata, ketika ini satu skop tambahan projek sedang dilaksanakan pihak kontraktor Cergas Murni Sdn. Bhd. yang melibatkan laluan susur dari bandar Chukai ke Jalan Teluk Kalong sejauh kira-kira 1 kilometer.
"Laporan perkembangan menunjukkan projek ini sudah dilaksanakan sebanyak 81.8 peratus, dan kita jangka ia dapat disiapkan 32 hari lebih awal daripada jadual asal.
"Dengan pembukaan Jambatan Bukit Kuang ini, tempoh masa perjalanan asal selama 45 minit boleh dikurangkan kepada 5 minit sahaja sekali gus mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di sekitar kawasan industri Teluk Kalong," katanya.