Oleh: Mastura Jamaldin
Generasi baru pada hari ini harus menjadi pengguna internet yang bijak dan dapat membezakan perkara baik dan buruk untuk sebaran umum.Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Dato' Jailani Johari, berkata pihaknya tidak mahu pengguna internet menyebarkan perkara tidak berfaedah kerana sedar teknologi itu memberi maklumat dan pengetahuan berguna kepada orang ramai.
“Pada masa sama, pengguna juga harus berhemah dalam menjadikan internet sebagai platform untuk berhubung,” katanya kepada pemberita selepas membuat tinjauan di Pasar Kuala Berang, Hulu Terengganu, semalam.
Dato’ Jailani sempat meluangkan kira-kira dua jam meninjau harga barang yang ditawarkan 50 peniaga di pasar itu.
Menurutnya, tiada isu harga barang mahal di pasar itu, walaupun pasar lain ada beberapa keluhan dan runggutan.
“Malah ada peniaga menawarkan harga yang lebih rendah bersesuaian dengan barang jualan.
“Saya memuji usaha peniaga-peniaga di sini yang tidak mengambil kesempatan menaikkan harga barang jualan sewenang-wenangnya dan ini membantu kerajaan dalam meringankan beban pengguna," katanya.
Sementara itu, peniaga yang lebih di kenali sebagai Mok Jarah,berkata beliau tidak pandai untuk menaikkan harga sayura-sayuran sesuka hati kerana tidak mahu kehilangan pelanggan dan orang akan melabelkan gerainya sebagai gerai sayur yang paling mahal.
"MokJarah sudah lama berniaga dan penduduk setempat sudah menjadi pelanggan tetap. .Biarpun untung sedikit, tapi sekurang-kurangnya saya puas hati bila jualan habis," katanya