ANTARTIKA- Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Haji Ahmad Said dilaporkan amat sihat dan cergas menjalankan tugas lawatan kerja di Antartika dan mengikuti ekloprasi bersama saintis dengan penuh pengamatan dalam menimba ilmu dan pengalaman yang sungguh unik.
Kadang-kadang terpaksa menempoh laut di kutub yang bergelora di samping kesejukan yang melampau pengalaman sebelum ini, tetapi itu tidak menghalang beliau untuk meneruskan eksplorasi (penjelajahan dan pencarian) di Antartika yang sungguh mencabar itu.
Dato’ Seri Haji Ahmad pada 22 Januari memberanikan diri menaiki kapal tentera laut Chile iaitu “Aqulies” untuk menjayakan ekspedisi saintifik di Antartika itu.
Dato' Seri Ahmad dan para saintis ditemani oleh kapten kapal CMDR Oxley yang sungguh mesra sekali. Pada 23 Januari mereka tiba di Stesen Penyelidikan Machiu Picchu yang dimiliki oleh kerajaan Peru dan diberi penerangan oleh ketua stesen penyelidikan itu.
24 Januari- peserta/delegasi berada di sekitar Pulau Deception yang terletak kira-kira-kira 200 kilometer pelayaran ke selatan. Pulau ini adalah kawasan letupan gunung berapi hampir setengah abad yang lalu.
25 Januari- laut di Antartika agak bergelora dan segala aktiviti penyelidikan hanya berlangsung di atas kapal. Terdapat juga pelajar sekolah yang hanya dalam lingkungan belasan tahun membuat projek sekolah berkaitan kehidupan haiwan ‘ peguin’ di Antartika, sesuatu yang sungguh hebat diterapkan di peringkat awal lagi tentang penyelidikan di kutub ini.
26 Januari- Peserta/deligasi mendarat di suatu tempat yang dikenali Hannah Point bagi kajian flora dan fauna Antartika.
27 Januari- Laut di Antartika kembali bergelora dan Dato’ Seri Ahmad berpuasa di hari ini.
28 Januari- Dato’ Seri Ahmad bersama para saintis tiba di sebuah stesen penyelidikan yang lama kepunyaan Chile iaitu Copper-mine di kepulauan Roberts.
Ini bermakna negara lain sudah lama membuat penyelidikan sehingga mempunyai beberapa stesen penyelidikan lama dan baru, sedangkan kita masih lagi menumpang penyelidikan di stesen milik orang lain.
Oleh itu, amatlah berharga sekali saranan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin supaya ada usaha negara kita Malaysia ke arah memiliki stesen penyelidikan sendiri di Antarika. Menteri Besar Terengganu dijangka mengakhiri lawatan kerja di kutub selatan itu pada 2 Februari ini dijangka berlepas pulang ke tanah air selepas itu.