KENANGAN...beberapa penduduk yang menjalankan gotong royong membina sebuah rumah seorang penduduk bergambar kenangan bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permaisuri, Dato' Mohd Jidin Shafee dan Adun Jabi, Mohd Iskandar Jaafar di Kampung Che Long, Bandar Permaisuri, Setiu, Terengganu.
Mohd Jidin berkata, program gotong royong yang membabitkan kira-kira 50 penduduk itu bertujuan menyambut cadangan Menteri Besar Terengganu supaya membaiki rumah lebih kepada konsep bergotong royong.
"Bukan sahaja kita cepat melaksanakan tugas tetapi ia menjimatkan belanja (kerajaan) dan ia bolih merapatkan silaturrahim antara penduduk supaya sentiasa berkenalan dan bekerjasama.
"Program ini adalah program pertama di di Dun Permaisuri yang membabitkan perpindahan rumah. Selepas ini kita akan buat konsep seperti ini juga tetapi ia adalah membaiki rumah. Saya rasa amat gembira kerana pada pagi ini sambutan daripada penduduk adalah amat baik dan saya harapkan ianya akan berterusan di program-program yang akan datang," katanya.
|
Hati-hati...Mohd Jidin sedang memahat kayu. |
Katanya, Kerajaan Barisan Nasional sememangnya sentiasa membantu rakyat yang memerlukan bantuan dan melalui program pada pagi ini sebanyak RM11,000 diperuntukan menyiapkan rumah ini," katanya.
Sementara itu anak kepada pemilik rumah itu, Mohd Zainuddin Ismail mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana sudi mengadakan program ini untuk memindah dan membina semula rumah ibunya.
"Sebenarnya rumah ibu saya ini terletak di Kampung Besut iaitu kira-kira lima kilometer dari tapak ini.Tetapi ianya terpaksa dipindahkan kerana sering berlaku banjir dan rumah inipun pada asalnya sudah rosak.
"Kesudian kerajaan negeri terutamanya kepada Dato' Mohd Jidin untuk mengadakan program ini dan membantu membaikpulih rumah ibu saya ini, saya ucapkan ribuan terima kasih," katanya.-
Aminudin Ismail.
|
Pembinaan semula rumah seorang penduduk. |
|
YB Is turut membantu menyiapkan kerja. |
|
Penduduk gigih bergotong royong. |