Halaman
16 May 2014
PERDANA MENTERI KE KEMAMAN ESOK 17 MEI
Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak di jangka tiba di Kemaman kira-kira jam 12.15 tengahari esok (17 Mei 2014) dari Pekan Pahang.
Beliau dilaporkan akan menghadiri Majlis Jamuan Perkahwinanan anak bekas Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Haji Ahmad Said di Telok Kalung.
Beliau selepas itu dijangka ke luar negara bagi tugas rasmi.
AHMAD RAZIF MUDAH DIDEKATI, RAJIN DAN MESRA- KATA TOH CHIN YAW PENGERUSI MCA TERENGGANU
Pengerusi MCA Terengganu Dato’ Toh Chin Yaw menjelaskan bahawa Menteri Besar Dato’ Hj Ahmad Razif Abdul Rahman adalah orang yang sangat mudah didekati , rajin dan mesra.
Toh berkata, dulu semasa menjadi Exco Pelajaran, Dato’ Hj Ahmad Razif pada masa itu membantu pelajar mendapatkan biasiswa dan bantuan, tanpa mengira bangsa mereka.
"Saya percaya beliau akan melakukan kerja yang baik , tetapi memerlukan masa untuk terus meeningkatkan pencapaian terbaik untuk rakyat dan negeri Terengganu ," kata Toh yang pernah bersama Dato’ Ahmad Razif dan Majlis Mesyuarat Kerajaan dan pernah memegang portfolio Industri, Perdagangan dan Alam Sekitar.
Beliau juga berharap hubungan UMNO dengan MCA akan bertambah mantap dan parti komponen Barisan Nasional akan menjadi lebih dekat, padu dan mantap di bawah pimpinan Dato’ Ahmad Razif yang kini telah dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu.
Toh berkata, dulu semasa menjadi Exco Pelajaran, Dato’ Hj Ahmad Razif pada masa itu membantu pelajar mendapatkan biasiswa dan bantuan, tanpa mengira bangsa mereka.
"Saya percaya beliau akan melakukan kerja yang baik , tetapi memerlukan masa untuk terus meeningkatkan pencapaian terbaik untuk rakyat dan negeri Terengganu ," kata Toh yang pernah bersama Dato’ Ahmad Razif dan Majlis Mesyuarat Kerajaan dan pernah memegang portfolio Industri, Perdagangan dan Alam Sekitar.
Beliau juga berharap hubungan UMNO dengan MCA akan bertambah mantap dan parti komponen Barisan Nasional akan menjadi lebih dekat, padu dan mantap di bawah pimpinan Dato’ Ahmad Razif yang kini telah dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu.
SELAMAT HARI GURU DARI MENTERI BESAR TERENGGANU
Menteri
Besar Terengganu, Dato’ Hj Ahmad Razif
Abd Rahman mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada seluruh guru-guru di Negeri
Terengganu khususnya, di mana sahaja berada.
Beliau yang
juga pernah menggalas tanggungjawab sebagai pendidik amat prihatin kepada
bidang pendidikan dan profession keguruan.
“Jika melibatkan aspek pelajaran,
soal pelajar..kita haruslah seia-sekata serta perlu sama-sama berjuang sama ada
masa dan jiwa raga demi melihat bangsa dan negara kita maju..imej negara dan
rakyat kita sentiasa dipandang tinggi kerana ramainya golongan cerdik pandai,”
kata Dato’ Hj Ahmad Razif.
Bazlan rai seluruh guru DUN Batu Rakit.
JASAMU DIKENANG...isteri ADUN Batu Rakit, Bazlan Abdul Rahman, Siti Zaimah Mahmud yang mewakili suaminya, sedang menyampaikan hadiah kek kepada guru sebuah sekolah di Dun Batu Rakit, semalam sempena sambutan hari guru yang disambut di seluruh negara pada hari ini.
Beliau bersama Penyelaras Wanita, Pemuda dan Puteri DUN Batu Rakit serta sebahagian anggota APMT menjelajah ke seluruh Sekolah Menengah dan Rendah dalam DUN Batu Rakit bagi menyampaikan sumbangan yang penuh bermakna itu dan bagi menghargai jasa dan sumbangan guru kepada pendidikan di DUN itu..
Bazlan mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru yang mengajar di seluruh sekolah dalam DUN Batu Rakit dan beliau mengharapkan guru-guru terus berkhidmat dengan cemerlang supaya pendidikan di Dun Batu Rakit akan mencapai kejayaan yang lebih baik pada masa depan.
TEGANUKITA juga mengucapkan Selamat Hari Guru kepada seluruh guru-guru di Terengganu dan teruskan membantu kerajaan bagi mempertingkat mutu pencapaian dalam pendidikan di negeri ini.- Aminudin Ismail.
Beliau bersama Penyelaras Wanita, Pemuda dan Puteri DUN Batu Rakit serta sebahagian anggota APMT menjelajah ke seluruh Sekolah Menengah dan Rendah dalam DUN Batu Rakit bagi menyampaikan sumbangan yang penuh bermakna itu dan bagi menghargai jasa dan sumbangan guru kepada pendidikan di DUN itu..
Selamat Hari Guru, Cikgu. |
TEGANUKITA juga mengucapkan Selamat Hari Guru kepada seluruh guru-guru di Terengganu dan teruskan membantu kerajaan bagi mempertingkat mutu pencapaian dalam pendidikan di negeri ini.- Aminudin Ismail.
Terima...seorang guru menerima kek daripada isteri Bazlan. |
15 May 2014
Peserta tomoi perlu berlatih bersungguh-sungguh- Che Zulkifly.
AHLI Parlimen Setiu, Che Zulkifly Jusoh mahu pemuda di parlimennya yang menyertai sukan tomoi supaya berlatih bersungguh-sungguh dan tidak mengunakan kemahiran yang diperolehi untuk melakukan sesuatu perkara yang bertentangan dengan undang-undang.
Katanya, mempelajari sukan tomoi itu hanya sebagai satu senjata untuk mempertahankan diri selain untuk memenangi beberapa pertandingan yang disertai.
Antara yang hadir. |
Zulkifly berkata demikian ketika Majlis Perasmian Penutup Pelima Tamat Latihan Tomoi yang diadakan di Balik Bukit, Bandar Permaisuri, Setiu, hari ini.
Che Zulkifly berkata, beliau mengharapkan persatuan-persatuan belia di Parlimen Setiu supaya lebih kerap mengadakan aktiviti yang berfaedah supaya mereka lebih bersiasah diri dan dapat menambahkan ilmu dalam beberapa program yang disertai.
Katanya, sebagai Ahli Parlimen, beliau akan cuba membantu menyalurkan sumber kewangan supaya setiap aktivitiakan berjalan lancar dan dapat diadakan dari semasa kesemasa.
Seramai 19 peserta berjaya menamatkan latihan itu dan program itu adalah anjuran Gerakan Belia 4B Bandar Permaisuri dan Pergerakan Pemuda UMNO Bandar Permaisuri itu.
Turut hadir ialah Ketua Polis Daerah Setiu, DSP Abdul Rahman Raja Mohamed, Ketua Polis Balai Bandar Permaisuri, Pegawai Penerangan Daerah, Penghulu Mukim dan beberapa Pengerusi JKKK.
Dua peserta menunjukan kemahiran. |
Peserta tomoi menunjukan aksi |
Antara yang tetamu khas yang hadir. |
Pasukan gendang. |
Nasi semangat dan bunga telur disediakan. |
PETIKAN KATA-KATA MENTERI BESAR SEMASA MEMASUKI PEJABAT MEMULAKAN TUGAS SEMALAM
“
Alhamdulillah, syukurlah saya kehadrat Allah Subahanu Wataala kerana pada pagi
ini saya dapat menjalankan tugas sebagai Menteri Besar Terengganu.
Saya guna
pejabat lama saya di tingkat 6 (Wisma Darul Iman) sebagai pejabat sementara ”.
“Kita tidak
boleh berlengah, saya akan mulakan tugas dan amanah sebagai Menteri Besar
Terengganu”.
“Tidak ada
apa apa masalah dari segi pentadbiran (negeri), maka kita akan teruskan.”
“ Kita
stabil, kerajaan BN masih memerintah, kita akan teruskan perjuangan, dulu, kini
dan selamanya”.
“Ada
hikmahnya yang tersirat..segalanya akan memperkukuh dan memperkuatkan lagi Umno
dan BN di negeri Terengganu ini”
YAB DATO' HJ AHMAD RAZIF ABD RAHMAN
Pertukaran pegawai prosedur biasa selaras perubahan MB : SUK
Dato' Haji Mazlan Ngah |
Gambar oleh Zulkipli Putra
Pertukaran tiga pegawai kanan kerajaan yang berkuatkuasa semalam, adalah prosedur biasa selaras dengan perubahan pucuk pimpinan negeri, kata Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mazlan Ngah.
“Tiga pegawai kanan yang bertukar serta- merta sebagaimana biasa kerana setiap MB akan memilih Setiausaha Sulit Kanan (SUSK) masing masing, maka YAB MB bersetuju untuk melantik Tuan Haji Md Kamaru Al-Amin Bin Ismail sebagai Setiausaha Sulit Kanan beliau dan perkara ini telah dikeluarkan secara rasmi oleh saya pada sebelah pagi semalam.Beliau sudah memulakan tugas bermula semalam,” katanya di sidang media di Bilik Mesyuarat Tingkat 15, Wisma Darul Iman, hari ini.
Sehubungan itu, SUSK bekas MB, Azman Ghani ditukarkan secara sementara ke Pegawai Jawatan Kumpulan Pejabat SUK pada pagi semalam, ditukarkan pula bagi mengisi kekosongan sebagai Penolong Kanan Pegawai Daerah (Pengurusan), Pejabat Daerah Kuala Terengganu selepas mendapat makluman mengenai kekosongan jawatan itu (hari yang sama).
“Pada sebelah pagi tiada makluman kekosongan jawatan itu, apabila mendapat tahu (sebelah petang) ada kekosongan itu saya tempatkan beliau mengisi jawatan itu (Pejabat Daerah Kuala Terengganu) .
“Sebenarnya Perkhidmatan Kumpulan di SUK ini kita ada beberapa jawatan yang diluluskan oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Awam untuk mengisi kekosongan apabila kakitangan terbabit cuti bagi menyambung pelajaran, jawatannya akan ditarik ke jawatan kumpulan (Pegawai Jawatan Kumpulan SUK) supaya tempat beliau boleh diisi oleh pihak lain. Itu kaedah perkhidmatan Negeri Terengganu,”katanya.
Sementara itu, Pegawai Eksekutif Terengganu Incorporated Sdn Berhad, Dato’ Wan Ahamad Wan Muda pula ditukarkan ke Penjawatan Kumpulan Pejabat SUK (Tingkat Lapan ) sehingga pertukaran baru dilaksanakan tidak lama lagi berikutan terdapat kekosongan dua jawatan pegawai tadbir negeri yang akan bersara, pada Jun ini.
Persaraan itu melibatkan Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Mat Razali Kassim pada 11 Jun, manakala Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri, Tuan Mamat Tuan Ngah pada 2 Jun ini. “Apabila persaraan dua pegawai pentadbiran kerajaan pada Jun nanti, pastinya akan ada perubahan dalam struktur pentadbiran kerajaan negeri,” katanya.
Ketika ditanya mengenai portfolio di bawah menteri besar yang akan kekal atau sebaliknya, Mazlan berkata perkara itu akan diperincikan dalam perbincangan di peringkat negeri yang akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat.
Dalam laporan semalam, bekas Pengarah Yayasan Islam Terengganu, Md Kamaru Al-Amin Ismail dilantik SUSK kepada MB berkuatkuasa serta merta susulan perlantikan Menteri Besar yang baharu, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman.
Manakala Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Incorporated Sdn Berhad, Dato’ Wan Ahamad Wan Muda dan SUSK sebelum ini iaitu Azman Ghani @ Hussin masing-masing ditukar ke jawatan baharu iaitu sebagai Pegawai Jawatan Kumpulan Pejabat SUK.
SUK nafi cuti umum sempena perkahwinan anak bekas MB
Dato' Haji Mazlan Ngah ketika Sidang Media di Wisma Darul Iman, hari ini. |
Gambar oleh Zulkipli Putra
Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Dato’ Mazlan Ngah menafikan kenyataan yang tersebar di laman sosial berhubung Menteri Besar Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman mengumumkan 17 Mei ini (Sabtu) sebagai cuti umum khas di Terengganu, sempena kenduri kesyukuran anak bekas Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said.
“Yang pertamanya (sidang akhbar ) adalah mengenai cuti yang disebarkan secara meluas di dalam blog pada hari Sabtu, 17 Mei 2014 dan sebagai gantinya pada 18 Mei itu yang disebarkan oleh blog dan di sini kerana masa yang agak singkat sebabkan hari ini hari khamis saya terpaksa panggil sidang akhbar untuk menafikan sekeras-kerasnya mengenai apa yang telah disebarkan dalam blog.
“Sememangnya 17 Mei hari cuti ( hujung minggu) tapi apabila dilanjutkan (keesokannya) sebab cuti ganti pada hari Sabtu, saya menafikan sekeras-kerasnya ..tidak cuti,” katanya di sidang media di Bilik Mesyuarat Tingkat 15, Wisma Darul Iman, hari ini. Mazlan yang kesal dengan penyebaran tidak bertanggungjawab itu turut menafikan dakwaan di blog mengenai kenderaan rasmi Menteri Besar diambil serta-merta di Kediaman Seri Iman, Kuala Terengganu sebelum dibawa ke Pejabat SUK.
“Dalam hal ini, menimbulkan salah faham kepada orang ramai apa yang dipaparkan dalam blog berkenaan kerana kenderaan itu kita perlu ambil sebagai kegunaan Menteri Besar, YAB Dato’ Ahmad Razif pada pagi semalam oleh kerana beliau datang ke pejabat (memulakan tugas) perlu ada kenderaan rasmi untuk kegunaan beliau.Tetapi, Dato’ Ahmad Razif menggunakan kenderaan peribadi beliau maka tidak menggunakan kenderaan rasmi kerajaan,” katanya.
Menurutnya, sebagai ketua pentadbiran kerajaan beliau perlu membetulkan keadaan kerana kereta rasmi Menteri Besar Terengganu yang dibawa ke Pejabat SUK itu tidak digunakan secara tergesa-gesa sebagaimana dakwaan yang timbul.
Terdahulu, dalam laporan Teganukita.my, semalam Unit Komunikasi Negeri (Ukom) menafikan catatan yang tersebar di laman sosial Facebook (FB) kononnya Menteri Besar yang baharu, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman mengumumkan 17 Mei ini sebagai cuti umum khas di Terengganu sempena kenduri kesyukuran anak bekas Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said.
Ukom menegaskan bahawa penyebaran berita palsu adalah perbuatan keji dan meminta orang ramai tidak mempercayai perkara tersebut. Selain disebarkan di blog dan aplikasi WhatsApp, FB milik Ahli Parlimen Pas Kuala Nerus, Dr. Khairuddin at-Takiri turut menyebarkan fitnah mengenai cuti umum khas berkenaan.
14 May 2014
BAIK, TENANG, TANGKAS, MESRA DAN BERWIBAWA MENJAWAB SOALAN WARTAWAN DI HARI PERTAMA DI PEJABAT
Seorang yang ‘pantual’ atau tepat masa, YAB Dato’ Hj Ahmad Razif Abd Rahman tiba di pejabat Menteri Besar iaitu pejabat lama beliau di Tingkat Enam, Wisma Darul Iman tepat jam 7.45 pagi sebagaimana dijadualkan.
Dato' Haji Ahmad Razif memulakan tugas di hari pertama sebagai Menteri Besar dengan mengetip kad perakam waktu. |
Berpakaian kemas ‘longsuit’ Dato’ Haji Ahmad Razif tiba ke pejabat dengan penuh yakin, segak tetapi mesra. Mengiringi beliau Dato’ Hj Mazlan Ngah, Setiausaha Kerajaan dan Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Haji Mat Razali Kassim.
Selepas mengetik kad perakam waktu, doa dibacakan oleh Ustaz Kamaruddin Omar, Pegawai Agama Pejabat Menteri Besar.
Beliau kemudiannya mengadakan sidang akhbar khas di depan bilik pejabat lamanya itu yang dihadiri oleh lebih 50 orang wartawan dan jurufoto tempatan dan juga yang datang dari Kuala Lumpur.
Tenang menjawab pertanyaan wartawan. |
Semoga mendapat hidayah...berdoa sebelum melangkah masuk pejabat. |
Sejurus selepas itu beliau memasuki biliknya dan mengadakan perbincangan seketika dengan pegawai kanan kerajaan sebelum bergegas ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud untuk ke Kuala Lumpur bersama rombongan Ahli Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional Terengganu bagi menghadiri perjumpaan dengan Perdana Menteri , Dato’ Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin.
Kelihatan juga di hadapan pejabat lamanya itu beberapa rakyat datang, termasuk golongan tua dan muda meraikan beliau sambil bersalam dan berpelukan dengan Menteri Besar baru itu. Beliau memilih untuk memasuki pejabat lama sebagai pejabat sementaranya itu kerana banyak kenangan bermula di situ; menjalankan tugas sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri sejak tahun 2008.
YB BN perihatin nasib keluarga mati lemas.
PERIHATIN…Ahli Parlimen Setiu, Mohd Zulkifly Jusoh bersama isterinya (tudung kuning)sedang mendengar cerita daripada seorang ibu yang baru kehilangan anak yang meninggal dunia akibat lemas di Pantai Bari, Penarik, Setiu, baru-baru ini.
Perihatin dengan nasib yang menimpa Faridah Mohd Nor, 42, Zulkifly hadir ke rumah surirumah itu di Kampung Bahagia, Bintang, kelmarin bersama isterinya untuk memberi semangat dan perangsang kepada Faridah dan keluarga supaya tabah menghadapi dugaan dari Allah.
Dalam kunjungan itu juga, Zulkifly memberi sumbangan peribadi sejumlah wang bagi meringankan beban keluarga itu untuk mengadakan tahlil arwah.
Khamis lepas seorang pemuda, Iskandar Yusof, 22 ditemui lemas di celah batu di Pantai Bari, Penarik ketika mandi di pantai itu bersama beberapa orang rakannya.- Aminudin Ismail.
Perihatin dengan nasib yang menimpa Faridah Mohd Nor, 42, Zulkifly hadir ke rumah surirumah itu di Kampung Bahagia, Bintang, kelmarin bersama isterinya untuk memberi semangat dan perangsang kepada Faridah dan keluarga supaya tabah menghadapi dugaan dari Allah.
Isteri YB tenangkan Faridah |
Khamis lepas seorang pemuda, Iskandar Yusof, 22 ditemui lemas di celah batu di Pantai Bari, Penarik ketika mandi di pantai itu bersama beberapa orang rakannya.- Aminudin Ismail.
Subscribe to:
Posts (Atom)