Halaman

15 June 2014

Isteri MB agih pakaian raya kepada anak yatim

To' Puan Hajjah Halina menyampaikan sumbangan pakaian raya kepada anak-anak yatim.
Oleh; Esah Abdullah
Gambar oleh Zulkipli Putra

 Kerajaan negeri menghargai usaha Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim  (Perkaya) Terengganu  menjaga golongan itu dari setiap sudut termasuk dalam bidang pendidikan.

Isteri  Menteri Besar, To' Puan Hajah Halina Zakaria berkata,   usaha Perkaya mewujudkan asrama, sekolah  tahfiz dan juga universiti  membuka peluang lebih luas kepada golongan anak yatim di negeri  ini untuk kemenara gading.



"Saya   bangga kerana Perkaya berjaya menubuhkan Sekolah Menengah Akademik Tahfiz (SMAT) bertempat di Marang," katanya ketika berucap di majlis Sumbangan Pakaian Raya Anak-anak Yatim Tahun Tiga dan Enam Sekolah Rendah Daerah Kuala Terengganu di Dewan Besar Wisma Darul Iman hari ini.

Yang turut hadir, Yang Dipertua Perkaya, Prof Dato' Dr Tengku Mahmud Mansor dan  Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan Jabatan Pendidikan Terengganu, Haji Ngah Bidin.

Katanya, Perkaya  merupakan sebuah pertubuhan kebajikan yang memberi khidmat untuk memajukan anak yatim khuususnya dalan bidang pendidikan di negeri ini.


"Saya menyeru anggota masyarakat dapat membantu Perkaya  sama ada dengan kewangan atau sokongan moral  bagi menjayakan wawasan  pertubuhan itu dari semasa ke semasa," katanya.

Menurutnya, dengan adanya tumpuan  pendidikan di peringkat  rendah dan menengah anak-anak yatim ini lebih berjaya dalam pendidikan mereka  dan seterusnya dapat melanjutkan pelajaran ke Universiti College Bestari (UCB) kepunyaan Pertubuhan Anak-anak Yatim Kebangsaan (Peyatim) di Setiu.


Pada majlis itu seramai  853 pelajar  yatim dalam daerah Kuala Terengganu  menerima sumbangan pakaian  raya yang disampaikan To' Puan Hajah Halina.


Tahun ini Perkaya memperuntukkan RM80,000  untuk membeli pakaian raya bagi diagihkan kepada  1,200 pelajar yatim seluruh negeri.


500 wanita Besut timba pengalaman memasak dari Chef Wan..

Lazat...Pehimi sedang memberitahu sesuatu kepada Chef Wan mengenai masakan yang disediakan chef itu di Kampung Gong Kemuntong, Besut.
Oleh: Mohammad Ishak.  

SERAMAI 500 wanita daerah Besut khususnya golongan suri rumah berkongsi pengalaman dalam bidang masakan bersama Chef selebriti dan duta masakan terkenal Malaysia,Dato’ Redzuawan Ismail atau lebih dikenali dengan “Chef Wan”.

Mereka dipillih menyertai Program Sajian Al-Barakah anjuran Empower ECER yang berlangsung sehari di Dewan Majlis Daerah Besut (MDB) Gong Kemuntong, dekat Jertih.

Program julung kali diadakan di negeri ini bertujuan memberi kemahiran kepada golongan wanita dalam bidang masakan terutama persediaan resepi yang sesuai untuk hidangan keluarga sepanjang Ramadan yang bakal menjelma tidak lama lagi.

Sebahagian peserta yang hadir.
Kehadiran Chef Wan mengendalikan program itu menarik minat peserta mendengar celoteh selain menimba pengalaman baru baru dalam kaedah menyediakan masakan pada bulan Ramadan.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan,Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Muhammad Pehimi Yusof yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jertih merasmikan program berkenaan.

Chef Wan menggunakan kesempatan waktu tiga jam untuk mengendalikan program itu dan membuka rahsia bagaimana menjadi tukang masak terkenal dan ia menjadi idola kepada golongan wanita negara ini.

Muhamad Pehimi, ketika merasmikan program itu memuji usahakan yang dilakukan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) menerusi Empower ECER menganjurkan program berfaedah itu.

Beliau berharap, pihak terbabit merancang lebih banyak kursus kemahiran untuk golongan wanita khusnya suri rumah dan ibu tunggal bagi melengkapkan mereka dengan kemahiran dalam pelbagai bidang yang mereka minati untuk diterokai..

 

13 June 2014

Sekitar Majlis Menteri Besar, Dato' Haji Ahmad Razif Abd Rahman menrasmikan Citra Rasa Terengganu Temasya Pantai Timur 2014 di Dataran Batu Buruk, Kuala Terengganu. - Gambar-gambar oleh ZULKIPLI PUTRA.

Menteri Besar memotong pulut kuning gimik perasmian Citra Rasa Terengganu.





Iskandar rasmi Sukaneka Taman Perumahan Anak Ikan.


TERIMA...Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Mohd Iskandar Jaafar sedang menyampaikan hadiah kepada seorang kanak-kanak yang menyertai Sukaneka KRT Taman Perumahan Anak Ikan, Jabi yang diadakan di taman perumahan itu, kelmarin.

Tepat...YB Iskandar mencuba acara boling kelapa.
Pelbagai kategori dipertandingkan dalam sukaneka itu antaranya acara untuk kanak-kanak dan dewasa dan penyertaan penduduk begitu membanggakan di mana hampir kesemua penduduk taman itu terbabit. 

Iskandar berkata, beliau mengharapkan program sukaneka itu akan terus diadakan pada setiap tahun kerana ianya mampu memupuk ukhwah yang baik dan merapatkan hubungan silaturrahim antara penduduk selain dapat merehatkan minda seketika selepas penat menjalankan urusan harian.

Turut hadir pada program KRT taman perumahan itu ialah Pegawai Jabatan Perpaduan Negara Daerah Besut, Nor Almizan Mahmod.
- Aminudin.

 

MB temui peniaga Pasar Besar Cukai, pagi ini.

MESRA...Menteri Besar (MB) Terengganu, Dato' Ahmad Razif Abdul Rahman bertanyakan sesuatu kepada seorang peniaga di Pasar Besar Cukai, Kemaman. ketika membuat kunjungan ke pasar itu bagi bertemu dan beramah mesra dengan peniaga dan orang ramai selepas hadir pada satu majlis di Chukai, pagi ini. 

Kunjungan MB yang ditemani isterinya, To' Puan  Halina Zakaria ke pasar itu untuk bertemu peniaga membuktikan bahawa beliau sememangnya seorang pemimpin yang begitu mengambil berat terhadap semua golongan masyakarat dan kehadiranya di tempat awam seperti di pasar amat dialukan masyarakat negeri ini.

Datin Halina bersalaman dengan seorang peniaga.
Rata-rata peniaga dan orang ramai yang ditemui melahirkan rasa gembira dan bangga dengan pendekatan Menteri Besar itu yang gemar menyelami perasaan dan merasai sama denyut nadi rakyat.- RAR.

TPM rasmi Program Tranformasi Kepimpinan Pengurusan Sekolah 2014

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pendidikan mengadakan lawatan kerja sehari ke Terengganu. Petang tadi beliau merasmikan Program Tranformasi Kepimpinan Pengurusan Sekolah 2014, di Hotel Tabung Haji, Gong Badak, Kuala Terengganu. - Gambar oleh ZULKIPLI PUTRA.













12 June 2014

RM3.11 billion impot sayur tahun lalu/ Beri sokongan kepada " Jom Bertani"- Ismail Sabri.

Oleh: Aminudin Ismail. 

KERAJAAN terpaksa mengimpot sebanyak RM3.11 billon sayur-sayuran dari luar negara bagi memenuhi keperluan penduduk di negara ini pada tahun lalu, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob.

Selain itu, Ismail Sabri berkata, pada tahun lepas juga kerajaan mengimpot sebanyak RM2.15 billion buah-buahan dan RM4.3 billion makanan yang diproses.

Sehubungan itu, katanya, beliau mengharapkan program ‘Jom Bertani’ yang dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, hari ini diharap dapat mengurangkan kebergantungan bahan makanan itu dari luar.

Mesra...Muhyiddin bersalaman dengan penduduk.
“Inilah tujuan kita wujudkan program Jom Bertani, merakyatkan pertanian dan pertanian ini sebagai budaya kepada rakyat Malaysia. Kita pada hari ini mengimpot terlalu banyak produk pertanian.

“Kita akan cuba mengurangkan impot bahan makanan ini sehingga kita mampu untuk mengeluarkan sendiri jadi setengah itu memakan masa yang panjang,” katanya ketika berucap di majlis pelancaran program itu di Nyiur Tujuh, Jerteh, hari ini.

Antara bahan produk pertanian yang dipamirkan.
Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, program ‘Jom Bertani’ dilaksanakan adalah bertujuan untuk merakyatkan pertanian.

“Kita nak merakyatkan pertanian, kita nak semua pihak terlibat dalam aktiviti pertanian. Bukan sahaja pertanian ini dijadikan program komersil tetapi dilibatkan semua pihak termasuklah penanaman sara diri di rumah dan sebagainya.

“Dan konsep kita tanam untuk makan, makan untuk tanam dan kalau lebih kita jual. Kita bukan sahaja melibatkan masyakat di luar Bandar tetapi juga masyarakat di Bandar.

“Jika dahulu semua rumah ada produk pertanian samada pelihara ayam, tanam pokok dan sebagainya tetapi kenapa sekarang ini kita tidak boleh. Kita mahu pertanian ini menjadi sebahagian daripada budaya rakyat Malaysia," katanya.

Ismail Sabri berkata, melalui program itu, kerajaan akan memberi bantuan-bantuan darisegi tanaman iaitu akan memberi benih, baja organik, polibeg, bahan-bahan dan alatan-alatan kepada peserta yang menyertai program itu.

“Begitu juga dengan sektor ternakan, bagi yang melibatkan dalam ternakan lebah misalnya, kita akan beri peralatanya. Kita akan beri anak ayam, anak itik, puyuh, reban, sangkar dan sebagainya, makanan manakala bagi perikanan kita akan beri benih ikan, kita akan bantu darisegi produk , makanan ikan dan sebagainya,” katanya.

Reban ayam moden turut menjadi perhatian.
Katanya, beliau berharap dengan adanya program tersebut ianya bukan sahaja dapat mengurangkan impot tetapi kebergantungan (terhadap bahan impot) untuk kegunaan rumah juga akan berkurangan.

“Bertepatan dengan apa yang diumunkan oleh Tan Sri Timbalan Perdana Menteri sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kabinet mengenai kos sara hidup supaya kita dapat mengurangkan kos sara hidup setiap keluarga apabila kita menanam dan sebagainya.

“Saya amat berharaplah, selepas ini bukan sahaja di pejabat kerajaan , bukan sahaja di komoniti-komuniti, tetapi setiap individu kampung dan bandar akan terlibat dalam bidang pertanian ini,” katanya sambil mengharapkan orang ramai memberi sokongan baik terhadap program ‘Jom Bertani’ itu.

Turut hadir ialah Menteri Besar Terengganu, Dato' Ahmad Razif Abdul Rahman dan Menteri Pendidikan II, Dato' Seri Idris Jusoh.
Sabri (tengah) bersama Muhyiddin, Razif dan Idris.

Antara tetamu jemputan yang hadir.


Suasana di tapak perasmian di Nyiur Tujuh, Besut.
Tembikai turut dijual kepada orang ramai.
Pemandangan sebuah gerai pamiran.

 

Saman Malaysiakini: Tindakan PM Wajar- Muhyiddin.

Muhyiddin...hak PM.
TINDAKAN Perdana Menteri memfailkan saman terhadap portal berita MalaysiaKini adalah wajar dan tidak bertentangan dengan hak sesiapa untuk mencari kebenaran, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin berkata, langkah itu adalah hak Datuk Seri Najib Tun Razak bagi menuntut keadilan di mahkamah sekiranya satu pihak merasakan seseorang itu telah dianiaya dan menyifatkan agak luar biasa apabila Majlis Peguam melihat tindakan tersebut sebagai melanggar hak asasi manusia.

"Kita sedia maklum di negara ini media ada kebebasan tetapi dalam masa sama wujud batas undang-undang, kuasa-kuasa tertentu yang tidak boleh dilanggar, lagi-lagi jika ia membabitkan soal fitnah atau perkara yang boleh memalukan.

"Apatah lagi dalam hal ini, ia melibatkan Perdana Menteri khususnya kerajaan maka itu merupakan hak beliau untuk bertindak bagi membetulkan keadaan menerusi proses perundangan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Jom Bertani peringkat Kebangsaan di Kampung Nyiur Tujuh, Jerteh, Besut.

Pada 30 Mei lalu, Najib dan Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Ab Rauf Yusoh memfailkan saman terhadap Malaysiakini berhubung penerbitan dua artikel yang berunsur fitnah pada Mei lalu. Najib selaku plaintif kedua mengemukakan saman tersebut di Mahkamah Tinggi di sini atas kapasiti peribadi beliau manakala Ab Rauf sebagai plaintif pertama bertindak bagi pihak UMNO.

Muhyiddin berkata, Majlis Peguam dan portal berita tersebut harus berlaku adil dalam usaha mengeluarkan kenyataan serta memberikan contoh melalui kes saman pemimpin tertinggi Singapura.

"Kalau berlaku di negara lain macam Singapura, Perdana Menteri Singapura mengambil tindakan (saman), tiada pula pihak Majlis Peguam Singapura dari segi menyatakan itu melanggar hak asasi manusia dan kebebasan media.

"Kenapa kalau di Malaysia, dia (Majlis Peguam) beri nasihat suruh Perdana Menteri (menggesa batalkan saman). Kalau dah melampaui batas, itu adalah hak kita untuk bertindak untuk mendapat suatu keadilan," tegasnya.

 

RM5 juta jayakan "Jom Bertani" peringkat kebangsaan.

Oleh: Aminudin Ismail.

KERAJAAN memperuntukan sebanyak RM5 juta untuk menjayakan program "Jom Bertani" peringkat kebangsaan yang dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri  Tan Sri Muhyiddin Yassin di Kampung Nyiur Tujuh, Besut, hari ini.



Muhyiddin dalam ucapanya berkata, beliau mahu penduduk memanfaatkan setiap tanah yang ada dengan mengusahakan tanaman ataupun ternakan kerana ia dapat mengurangkan kebergantungan kepada bekalan dari luar.

"Kita mahu membangkitkan kesedaran bahawa tanah yang kerajaan sediakan atau tanah yang kita miliki itu, kalau kita gunakan, masalah tidak cukup bekalan tidak akan berbangkit.

"Apa lagi dengan bantuan daripada kerajaan untuk membuat program ini, lima juta kerajaan beri kepada seluruh negara dan sebab itu kita boleh bantu bagi benih, anak ikan, bagi anak ayam dan lain-lain. Kita bagi 'free', tak ada kerajaan yang buat macam ini.

"Oleh itu penting program 'Jom Tani" ini mendapat sokongan daripada kerajaan negeri dengan memberi tanah (milik sementara) manakala swasta juga perlu membantu (usaha kerajaan ini)," katanya.

Muhyiddin juga berkata, sekiranya hasil tanaman itu melebihi daripada keperluan, peserta program boleh menjual terus di pasar tani tanpa dikenakan sebarang bayaran sewa tempat.

Dalam ucapannya itu juga, Muhyiddin mengistiharkan bahawa tapak pelancaran "Jom Bertani" di Kampung Nyiur Tujuh itu akan dijadikan Tapak Pasar Tani Kekal yang pertama dengan peruntukan sebanyak RM2 juta disediakan.

Turut hadir ialah Menteri Besar Terengganu, Dato' Ahmad Razif Abdul Rahman, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato' Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Pendidikan II, Dato' Seri Idris Jusoh.

Sementara itu, seramai kira-kira 5,000 hadir pada majlis pelancaran "Jom Bertani" itu. Lebih 20 gerai pamiran dan jualan disediakan kepada orang ramai.