SERAH...Jurutera Jabatan Kerjaraya (JKR) Daerah Setiu, Anuar Ngah (dua dari kanan) menyerahkan kunci replika kepada wakil Pengarah Kemas Negeri Terengganu Mohd Riduan Ngah sebagai tanda simbolik penyerahan Komplek Bangunan Tadika Kanak-Kanak (Komta) Felda Chalok Barat, Setiu kepada KEMAS di felda itu, hari ini.
Komplek tadika bernilai kira-kira RM1.2 juta itu yang memulakan pembinaan pada Mac 2013 itu siap sepenuhnya pada Mac tahun ini dan hari ini majlis ringkas penyerahan bangunan itu dilakukan bagi membolehkan bangunan itu dapat digunakan sebagai bangunan baru Tadika Kemas di felda itu.
|
Indah..Bagunan Komta Felda Chalok Barat. |
Anuar berkata, projek pembinaan bangunan itu berjalan lancar dan dapat disiapkan dengan sempurna dan pihak KEMAS diberi masa setahun untuk membuat sebarang aduan mengenai bangunan itu kepada kontraktor sebagai tempoh percubaan.
"Dengan kerjasama yang baik dari semua pihak, akhinya bangunan ini dapat disiapkan dan saya mengucapkan kepada terima kasih kepada semua termasuklah kerajaan yang meluluskan peruntukan untuk pembinaan bangunan ini bagi memberi keselesaan kepada murid tadika di sini," katanya.
Sementara itu, Wakil KEMAS, Mohd Riduan berkata, bangunan komplek tadika itu adalah yang paling besar di negeri Terengganu dan ianya boleh mempunyai empat kelas dan kantin.
"Sebelum ini kita ada mempunyai bangunan yang sama reka bentuknya tetapi ia lebih kecil sedikit berbanding bangunan ini iaitu Padang Polis, Batu Rakit. Ini adalah satu tuah bagi penduduk Felda Chalok Barat dan saya mengharapkan bangunan ini digunakan sebaik mungkin untuk memajukan pendidikan di felda ini," katanya.-
Turut hadir ialah wakil Kemas dari Putrajaya iaitu Mohd Nurizman Abdullah dan Pengurus Felda Chalok Barat, Ariffin Mohd serta beberapa jemputan lain-
Aminudin Ismail.
|
antara jemputan yang hadir. |
|
Guru kemas dan jemputan yang hadir. |
|
JD (kiri) meninjau persekitran bangunan. |
|
Tandatangan penyerahan bangunan oleh JD dan wakil KEMAS. |