Di mana sahaja ada kesempatan dan ruang Menteri Besar Dato’ Hj Ahmad Razif Abdul Rahman akan hadir menemui penduduk dan jemaah di masjid dan surau.
Dua hari lepas, beliau dan isteri To’ Puan Halina Zakaria
hadir menunaikan solat sunat terawih bersama-sama dengan penduduk di Felda
Belara.
Kebetulan Belara terletak dalam Parlimen Kuala Nerus dan
Dato’ Hj Ahmad Razif adalah ketua Umno Bahagian. Turut sama mengiringi beliau
Timbalan Ketua Bahagian yang juga Pegawai Pembangunan Kuala Nerus, Dato’ Basir Ismail.
Pemimpin veteran Felda Haji Abdul Rashid yang amat
menngenali Ahmad Razif teramat gembira dan terharu di atas kesudian
pemimpin nombor satu negeri itu datang berterawih di Masjid Felda Belara.
Sebaik selepas menunaikan solat terawih, Dato’ Hj Ahmad
Razif dijemput untuk menyampaikan ucapan kepada makmum.
Dato’ Ahmad Razif menyarankan agar pusat tahfiz al Quran diwujudkan di Felda Belara untuk memberi
peluang kepada anak anak muda mempelajari al Quran dan sekaligus memahaminya
bagi mewujudkan masyarakat Quranik.
Beliau juga bersetuju untuk membina masjid baru di rancangan
felda berkenaan sesuai dengan kedudukannya sebagai felda dalam Bandaraya Kuala
Terengganu dengan sebahagian kosnya ditanggung oleh pihak Felda dan selebihnya
oleh Kerajaan Negeri.
Dato’ Hj Ahmad Razif dan isteri kemudiannya menikmati
hidangan ‘moreh’ bersama-sama jemaah masjid tersebut iaitu kuih tradisional, ‘onde-onde’
dan ‘lepat tikam”.