Kenderaan Amphicoach atau bas dua alam akan diteruskan bagi tujuan tarikan pelancongan ke negeri Terengganu, kata Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Negeri, Ariffin Deraman.
Katanya, kenderaan tersebut yang sedang dalam tempoh pembaikian bagi mengatasi masalah “overheating’ adalah di bawah tanggungjawab pihak pembekal sepenuhnya disebabkan kerajaan negeri masih belum membuat sebarang penerimaan pembelian kenderaan tersebut.
Dalam sidang media selepas mendengar taklimat Status Projek Pembangunan berkaitan pelancongan di Jabatan Kerja Raya (JKR), Bukit Kecil, di Kuala Terengganu beliau berkata, pihaknya melihat secara positif berkaitan perkara berkenaan kerana ia mampu semarakkan industri pelancongan Terengganu dan sebagai negeri pertama di Asia mempunyai kenderaan itu.