Sultanan Nur Zahirah berkenan menyampaikan sumbangan kepada golongan asnaf. Foto Harish Fadzillah Abu Kassim. |
Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah berkenaan berangkat bagi mengurniakan sumbangan Aidilfitri Yayasan Tuanku Nur Zahirah (YTNZ) 2018 di di Dewan Az-Zahra' Istana Syarqiyyah Chendering, di sini, hari ini.
Baginda turut diiringi anakanda, Nur Nadhirah Zahrah Sultan Mizan Zainal Abidin.
Tradisi menyampaikan sumbangan wang tunai dan hamper kepada 350 asnaf serta penenun songket itu bertujuan meringankan beban mereka sempena kedatangan Syawal tidak lama lagi.
Hadir sama ke majlis berkenaan, isteri Menteri Besar, Tuan Faizah Tuan Abul Rahmad, Ahli-ahli
Lembaga Pemegang Amanah YTNZ dan Pengerusinya, Datuk Ridzuan Radziwill.
Ridzuan ketika ditemui berkata, kesemua penerima Sumbangan Aidilfitri YTNZ 2018 memperoleh wang tunai RM100 serta hamper barang keperluan harian.
"Tahun ini adalah tahun ketiga program ini diadakan bagi membantu meringankan beban golongan sasar yang layak merima bantuan.
"
Pada tahun ini juga YTNZ juga mempunyai kedudukan kewangan yang lebih baik hasil daripada sumbangan beberapa badan korporat dan jualan songket penenun YTNZ," katanya yang ditemui di
Dewan Az-Zahra' Istana Syarqiyyah Chendering, di sini.
Ridzuan berkata, YTNZ yang ditubuhkan sejak 2007 di bawah naungan Tuanku Nur Zahirah bermatlamat memperbaiki taraf hidup melalui warisan dengan menciptakan peluang pekerjaan bagi penenun dan pekerja seni.
"Selain menyediakan peluang pekerjaan, YTNZ juga membantu dari segi kewangan dengan membeli hasil tenunan penenun di negeri ini.
"Justeru, dengan hasil dan sumbangan yang diperoleh ini, pihak kami berharapdapat meneruskan tradisi memberi sumbangan ini pada tahun-tahun akan datang,"katanya.