Dr. Wan Ahmad Rudirman menyampaikan sumbangan kepada pengerusi Yayasan Kebajikan Mahfatim yang menguruskan Madrasah Al- Huda. |
Atas dasar tanggungjawab, Terengganu Incorporated Sdn Bhd (Terengganu Inc) melaksanakan program Jejak Iftar sebagai kerja amal sempena bulan Ramadan ini sepertimana tahun sebelumnya.
Program diadakan di Madrasah al-Huda di Kampung Lubuk Perah, Wakaf Tapai, Marang, malam tadi.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Terengganu Inc, Dr. Wan Ahmad Rudirman Wan Razak, kegiatan itu satu tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat korporat dan warga kerjanya sempena bulan yang penuh keberkatan ini.