Seramai kira-kira 5,500 penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Tepoh, Parlimen Kuala Nerus sudahpun menerima Wang Dana Raya 2013 yang membabitkan peruntukan berjumlah 1.4 juta.
Peruntukan besar itu membuktikan kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah pimpinan Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Said tidak pernah meminggirkan kawasan yang tewas malah rata-rata penerima yang ditemui melahirkan rasa bersyukur dan berterima kasih kepada Ahmad Said atas sumbangan dana raya itu.
Hari ini seramai 2,048 menerima wang dana itu dengan peruntukan berjumlah melebihi RM520 ribu yang diadakan di Stadium Tertutup, Gong Badak. Sebelumnya seramai 3 000 lebih telah menerima bantuan berkenaan berjumlah RM820 ribu menjadikan keseluruhannya melebih RM1.3juta.
Seorang penerima, Saiful Zaman Ismail, 26, berkata beliau amat bangga dengan keprihatinan kerajaan BN yang menyalurkan bantuan dana raya itu membuktikan bahawa kerajaan sentiasa mengambil berat tentang masalah rakyat, termasuk di kawasan yang dimenangi pembangkang.
|
Mesra..Roslan bertanyakan sesuatu kepada penerima. |
"Saya rasa terkejut juga kerana tidak sangka kawasan Tepoh ini juga mendapat wang dana raya walaupun kawasan ini dimenangi pembangkang. Keperihatinan Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Said tetap menyalurkan sumbangan ini menunjukan beliau yang pemimpin yang begitu cakna kepada rakyat, saya amat berterima kasih kepada beliau," katanya.
Seorang OKU, Ahmad Fadillah Mohamad, 35, dari Wakaf Tengah berkata beliau menganggap tindakan Menteri Besar yang tidak meminggirkan pemberian Wang Dana Raya itu kepada penduduk DUN Tepoh menunjukkan beliau seorang yang mengambil cakna terhadap semua penduduk di negeri ini.
"Saya amat bersyukur hari ini kerana dapat jugak wang dana raya ini. Walaupun lewat sikit tetapi ini membuktikan kerajaan BN menunaikan janjinya dan saya begitu berterima kasih kepada kerajaan BN terutamanya Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Said," katanya.
Seorang wargaemas, Putih Taib dari Mengabang Telong juga mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri Terengganu kerana perihatin dengan golongan berpendapatan rendah.
"Terima kasihlah Dato' Ahmad Said kerana bagi duit raya ini, ingat dah tak dapat tapi akhirnya dapat juga. Sumbangan ini amat bermakna bagi saya dan akan mengunakan duit ini untuk membeli barang dapur," katanya.
Majlis perasmian dilakukan oleh Timbalan Pengarah Unit Kominikasi Negeri (UKOM) Terengganu, Ruslan Abdul Rahman mewakili Pegawai Khas Menteri Besar dan Pejabat Menteri Besar.
Turut hadir ialah Penolong Pagawai Daerah Kuala Terengganu, Fatah Husin dan Penghulu Kanan Pejabat Daerah Kuala Terengganu, Wan Sulaiman Wan Ahamad.
Dalam ucapannya, Ruslan mahu penduduk Tepoh kembali memilih BN dalam pilihan raya akan datang supaya agenda pembangunan di kawasan Dun itu dapat diteruskan dengan lebih banyak lagi di samping memperkukuhkan kedudukan kerusi BN dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu.
"Saya mengharapkan penduduk di Dun Tepoh ini kembali menilai semula apa yang dilakukan PAS sejak parti itu mentadbir dengan DUN Tepoh sejak setahun lalu berbanding dengan apa sudah dilakukan oleh BN sebelumnya,' ujarnya.
"Demi untuk pembangunan dan kesejahteraan penduduk di DUN ini saya merayu kepada semua supaya memilih BN pada pilihanraya akan datang".
|
Seorang penduduk menerima dana raya. |
"Terima kasih kepada BN kerana menyalurkan bantuan ini, saya gembira kerana Dato' Seri Ahmad Said tetap memberi wang dana ini kepada penduduk Dun Tepoh, membuktikan beliau sememangnya seorang mengambil berat kepada rakyat di mana sahaja berada.