Halaman
14 June 2014
13 June 2014
Iskandar rasmi Sukaneka Taman Perumahan Anak Ikan.
Tepat...YB Iskandar mencuba acara boling kelapa. |
Iskandar berkata, beliau mengharapkan program sukaneka itu akan terus diadakan pada setiap tahun kerana ianya mampu memupuk ukhwah yang baik dan merapatkan hubungan silaturrahim antara penduduk selain dapat merehatkan minda seketika selepas penat menjalankan urusan harian.
Turut hadir pada program KRT taman perumahan itu ialah Pegawai Jabatan Perpaduan Negara Daerah Besut, Nor Almizan Mahmod.
- Aminudin.
MB temui peniaga Pasar Besar Cukai, pagi ini.
MESRA...Menteri Besar (MB) Terengganu, Dato' Ahmad Razif Abdul Rahman bertanyakan sesuatu kepada seorang peniaga di Pasar Besar Cukai, Kemaman. ketika membuat kunjungan ke pasar itu bagi bertemu dan beramah mesra dengan peniaga dan orang ramai selepas hadir pada satu majlis di Chukai, pagi ini.
Kunjungan MB yang ditemani isterinya, To' Puan Halina Zakaria ke pasar itu untuk bertemu peniaga membuktikan bahawa beliau sememangnya seorang pemimpin yang begitu mengambil berat terhadap semua golongan masyakarat dan kehadiranya di tempat awam seperti di pasar amat dialukan masyarakat negeri ini.
Rata-rata peniaga dan orang ramai yang ditemui melahirkan rasa gembira dan bangga dengan pendekatan Menteri Besar itu yang gemar menyelami perasaan dan merasai sama denyut nadi rakyat.- RAR.
Kunjungan MB yang ditemani isterinya, To' Puan Halina Zakaria ke pasar itu untuk bertemu peniaga membuktikan bahawa beliau sememangnya seorang pemimpin yang begitu mengambil berat terhadap semua golongan masyakarat dan kehadiranya di tempat awam seperti di pasar amat dialukan masyarakat negeri ini.
Datin Halina bersalaman dengan seorang peniaga. |
12 June 2014
RM3.11 billion impot sayur tahun lalu/ Beri sokongan kepada " Jom Bertani"- Ismail Sabri.
KERAJAAN terpaksa mengimpot sebanyak RM3.11 billon sayur-sayuran dari luar negara bagi memenuhi keperluan penduduk di negara ini pada tahun lalu, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob.
Selain itu, Ismail Sabri berkata, pada tahun lepas juga kerajaan mengimpot sebanyak RM2.15 billion buah-buahan dan RM4.3 billion makanan yang diproses.
Sehubungan itu, katanya, beliau mengharapkan program ‘Jom Bertani’ yang dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, hari ini diharap dapat mengurangkan kebergantungan bahan makanan itu dari luar.
Mesra...Muhyiddin bersalaman dengan penduduk. |
“Kita akan cuba mengurangkan impot bahan makanan ini sehingga kita mampu untuk mengeluarkan sendiri jadi setengah itu memakan masa yang panjang,” katanya ketika berucap di majlis pelancaran program itu di Nyiur Tujuh, Jerteh, hari ini.
Antara bahan produk pertanian yang dipamirkan. |
“Kita nak merakyatkan pertanian, kita nak semua pihak terlibat dalam aktiviti pertanian. Bukan sahaja pertanian ini dijadikan program komersil tetapi dilibatkan semua pihak termasuklah penanaman sara diri di rumah dan sebagainya.
“Dan konsep kita tanam untuk makan, makan untuk tanam dan kalau lebih kita jual. Kita bukan sahaja melibatkan masyakat di luar Bandar tetapi juga masyarakat di Bandar.
“Jika dahulu semua rumah ada produk pertanian samada pelihara ayam, tanam pokok dan sebagainya tetapi kenapa sekarang ini kita tidak boleh. Kita mahu pertanian ini menjadi sebahagian daripada budaya rakyat Malaysia," katanya.
Ismail Sabri berkata, melalui program itu, kerajaan akan memberi bantuan-bantuan darisegi tanaman iaitu akan memberi benih, baja organik, polibeg, bahan-bahan dan alatan-alatan kepada peserta yang menyertai program itu.
“Begitu juga dengan sektor ternakan, bagi yang melibatkan dalam ternakan lebah misalnya, kita akan beri peralatanya. Kita akan beri anak ayam, anak itik, puyuh, reban, sangkar dan sebagainya, makanan manakala bagi perikanan kita akan beri benih ikan, kita akan bantu darisegi produk , makanan ikan dan sebagainya,” katanya.
Reban ayam moden turut menjadi perhatian. |
“Bertepatan dengan apa yang diumunkan oleh Tan Sri Timbalan Perdana Menteri sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kabinet mengenai kos sara hidup supaya kita dapat mengurangkan kos sara hidup setiap keluarga apabila kita menanam dan sebagainya.
“Saya amat berharaplah, selepas ini bukan sahaja di pejabat kerajaan , bukan sahaja di komoniti-komuniti, tetapi setiap individu kampung dan bandar akan terlibat dalam bidang pertanian ini,” katanya sambil mengharapkan orang ramai memberi sokongan baik terhadap program ‘Jom Bertani’ itu.
Turut hadir ialah Menteri Besar Terengganu, Dato' Ahmad Razif Abdul Rahman dan Menteri Pendidikan II, Dato' Seri Idris Jusoh.
Sabri (tengah) bersama Muhyiddin, Razif dan Idris. |
Antara tetamu jemputan yang hadir. |
Suasana di tapak perasmian di Nyiur Tujuh, Besut. |
Tembikai turut dijual kepada orang ramai. |
Pemandangan sebuah gerai pamiran. |
Saman Malaysiakini: Tindakan PM Wajar- Muhyiddin.
Muhyiddin...hak PM. |
Muhyiddin berkata, langkah itu adalah hak Datuk Seri Najib Tun Razak bagi menuntut keadilan di mahkamah sekiranya satu pihak merasakan seseorang itu telah dianiaya dan menyifatkan agak luar biasa apabila Majlis Peguam melihat tindakan tersebut sebagai melanggar hak asasi manusia.
"Kita sedia maklum di negara ini media ada kebebasan tetapi dalam masa sama wujud batas undang-undang, kuasa-kuasa tertentu yang tidak boleh dilanggar, lagi-lagi jika ia membabitkan soal fitnah atau perkara yang boleh memalukan.
"Apatah lagi dalam hal ini, ia melibatkan Perdana Menteri khususnya kerajaan
maka itu merupakan hak beliau untuk bertindak bagi membetulkan keadaan menerusi
proses perundangan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Jom
Bertani peringkat Kebangsaan di Kampung Nyiur Tujuh, Jerteh, Besut.
Pada 30 Mei lalu, Najib dan Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Ab Rauf Yusoh memfailkan saman terhadap Malaysiakini berhubung penerbitan dua artikel yang berunsur fitnah pada Mei lalu. Najib selaku plaintif kedua mengemukakan saman tersebut di Mahkamah Tinggi di sini atas kapasiti peribadi beliau manakala Ab Rauf sebagai plaintif pertama bertindak bagi pihak UMNO.
Muhyiddin berkata, Majlis Peguam dan portal berita tersebut harus berlaku adil dalam usaha mengeluarkan kenyataan serta memberikan contoh melalui kes saman pemimpin tertinggi Singapura.
"Kalau berlaku di negara lain macam Singapura, Perdana Menteri Singapura mengambil tindakan (saman), tiada pula pihak Majlis Peguam Singapura dari segi menyatakan itu melanggar hak asasi manusia dan kebebasan media.
"Kenapa kalau di Malaysia, dia (Majlis Peguam) beri nasihat suruh Perdana Menteri (menggesa batalkan saman). Kalau dah melampaui batas, itu adalah hak kita untuk bertindak untuk mendapat suatu keadilan," tegasnya.

RM5 juta jayakan "Jom Bertani" peringkat kebangsaan.
Oleh: Aminudin Ismail.
KERAJAAN memperuntukan sebanyak RM5 juta untuk menjayakan program "Jom Bertani" peringkat kebangsaan yang dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Kampung Nyiur Tujuh, Besut, hari ini.
Muhyiddin dalam ucapanya berkata, beliau mahu penduduk memanfaatkan setiap tanah yang ada dengan mengusahakan tanaman ataupun ternakan kerana ia dapat mengurangkan kebergantungan kepada bekalan dari luar.
"Kita mahu membangkitkan kesedaran bahawa tanah yang kerajaan sediakan atau tanah yang kita miliki itu, kalau kita gunakan, masalah tidak cukup bekalan tidak akan berbangkit.
"Apa lagi dengan bantuan daripada kerajaan untuk membuat program ini, lima juta kerajaan beri kepada seluruh negara dan sebab itu kita boleh bantu bagi benih, anak ikan, bagi anak ayam dan lain-lain. Kita bagi 'free', tak ada kerajaan yang buat macam ini.
"Oleh itu penting program 'Jom Tani" ini mendapat sokongan daripada kerajaan negeri dengan memberi tanah (milik sementara) manakala swasta juga perlu membantu (usaha kerajaan ini)," katanya.
Muhyiddin juga berkata, sekiranya hasil tanaman itu melebihi daripada keperluan, peserta program boleh menjual terus di pasar tani tanpa dikenakan sebarang bayaran sewa tempat.
Dalam ucapannya itu juga, Muhyiddin mengistiharkan bahawa tapak pelancaran "Jom Bertani" di Kampung Nyiur Tujuh itu akan dijadikan Tapak Pasar Tani Kekal yang pertama dengan peruntukan sebanyak RM2 juta disediakan.
Turut hadir ialah Menteri Besar Terengganu, Dato' Ahmad Razif Abdul Rahman, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato' Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Pendidikan II, Dato' Seri Idris Jusoh.
Sementara itu, seramai kira-kira 5,000 hadir pada majlis pelancaran "Jom Bertani" itu. Lebih 20 gerai pamiran dan jualan disediakan kepada orang ramai.

Kerajaan Negeri akan pertingkatkan ekonomi nelayan.
Oleh: Aminudin Ismail.
KERAJAAN negeri akan membantu mempertingkatkan ekonomi nelayan dengan membuka sebuah organisasi berkonsepkan Felda dengan memberi pelbagai kemudahan termasuklah rumah dan projek berasaskan akuakultur.
Menteri Besar Terengganu, Dato' Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, dengan adanya program sedemikian secara tidak langsung akan mempertingkat taraf hidup golongan nelayan.
“Kita akan fikirkan, kita akan buat kajian apa yang kita akan laksanakan kepada nelayan kerana nelayan ini mereka tidak boleh, kehidupan mereka jauh daripada laut.
KERAJAAN negeri akan membantu mempertingkatkan ekonomi nelayan dengan membuka sebuah organisasi berkonsepkan Felda dengan memberi pelbagai kemudahan termasuklah rumah dan projek berasaskan akuakultur.
“Kita akan fikirkan, kita akan buat kajian apa yang kita akan laksanakan kepada nelayan kerana nelayan ini mereka tidak boleh, kehidupan mereka jauh daripada laut.
“Kalau perlu kita akan adakan konsep Felda, untuk kita laksanakan kepada nelayan dan kita akan lihat balik dan saya harap YB Nawi (Exco Pertanian) dapat memikirkan juga untuk nelayan-nelayan Terengganu terutamanya sebagai ‘rule model’ dengan memilih mana-mana tempat untuk kita laksanakan sebagaimana Felda laksanakan.
“Jika felda buat ‘Land Felda’, apa salahnya kita akan buat ‘Sea Felda’. ‘Sea felda’ ini kita tak payah bagi tanah dan kalau bagi tanahpun hanyalah tempat tinggal sahaja.
Ahmad Razif berkata, beliau berharap supaya Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dapat membantu bagi menjayakan progam itu.
“Yang pasti apa yang kita akan laksanakan ini adalah untuk kebaikan rakyat,” katanya ketika berucap di majlis pelancaran “Jom Bertani Peringkat Kebangsaan” di Kampung Nyiur Tujuh, Besut , hari ini.
Sementara itu, Abdul Razif berkata, pihak kerajaan negeri sedia memberi kerjasama untuk menjayakan program ‘Jom Bertani’ yang dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, hari ini.
“Sebelum ini memang, kerajaan negeri Terengganu sudah banyak menjalankan program berkaitan dengan pertanian kerana yang pasti pertanian ini adalah warisan generasi kita yang terdahulu.
“Jadi kerajaan negeri tidak ada masalah untuk membantu menjayakan program ini samada dalam bentuk kewangan dan apa jua bentuk bantuan bagi menjayakan program Jom Bertani ini,” katanya.

11 June 2014
“KECIL BAGI KITA, BESAR BAGI ORANG” KERJA BERSAMA-SAMA, SEPASUKAN
Oleh: RAR
SEBAIK sahaja menjadi pemimpin nombor satu negeri , Dato’ Hj Ahmad Razif Abd Rahman cukup merendah diri dengan menyatakan beliau menerima amanah itu untuk kepentingan rakyat, meneruskan apa juga agenda pembangunan untuk kebajikan dan faedah rakyat.
Sentuhan-sentuhan yang telah dibuat oleh Tan Sri Haji Wan
Mokhtar Ahmad, Dato’ Seri Idris Jusoh dan Dato’ Seri Ahmad Said akan saya
teruskan untuk kebaikan rakyat, mana-mana yang perlu saya akan lakukan
penambahbaikkan dan ini akan memudahkan saya sebagai penyambung agenda pembangunan
negeri untuk faedah rakyat,” katanya merendah diri.
Beliau dilantik dan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar
ke 14 pada hari Isnin 12 Mei 2014.
Pada hari 13 Mei adalah cuti am seluruh Malaysia dan pada 14
Mei pejabat dibuka seperti biasa.
“Saya tidak boleh berlengah lagi untuk menjalankan tugas dan
amanah” katanya.
Pada 14 Mei , beliau hanya memilih memasuki pejabat lamanya
(Pejabat Exco Kerajaan Negeri) di tingkat 6 Wisma Darul Iman bagi menjalankan
amanah, menampakkan jelas sikap tidak gelojoh dan bertindak berhemah dalam
sesuatu perkara.
Walaupun kali pertama secara rasmi berdepan dengan wartawan dalam
satu sidang akhbar khas selaku Menteri Besar sebaik memasuki pejabat pada hari
tersebut tetapi Dato’ Hj Ahmad Razif
menampakkan kematangannya dalam menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh
wartawan, termasuklah isu-isu berkaitan kemelut politik Terengganu.
Beliau begitu tenang dan perkataan-perkataan yang disebutnya
jelas dan mudah difahami oleh wartawan walaupun diasak dengan pelbagai soalan
yang agak sensitif dan menyentuh emosi.
Sehinggalah ke hari ini, Dato’ Hj Ahmad Razif terus
konsisten dengan sikap menghargai orang lain, berhemah dan merendah diri dengan sentiasa menyebut jasa dan peranan
bekas Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said baik kepada wartawan mahupun
sewaktu berucap kepada awam.
Beliau akan menyambung apa jua pembangunan untuk faedah
rakyat sebagaimana pendekatan “Merakyatkan pentadbiran dan pembangunan” di peringkat negeri dan “Rakyat Didahulukan
Pencapaian diutamakan” di peringkat pusat,dengan huraiannya lagi iaitu “Kecil bagi kita, tetapi besar bagi
orang”.
Menteri Besar ke 14 itu sebenarnya mahu memberitahu kepada
pegawai-pegawai dan anggota perkhidmatan awam, memberi tahu kepada Jawatankuasa
Kemajuan dan Keselamatan Kampung dan menyatakan kepada semua orang bahawa
menolong orang walaupun dalam perkara kecil sekalipun adalah penting dan amat
mulia kerana pertolongan yang kecil dan sedikit itu amat beerti , bermakna dan
besar ertinya bagi orang yang menerima pertolongan dan pemberian itu.
Bersambung....
Subscribe to:
Posts (Atom)