Halaman

09 June 2014

Hampir 1,000 hadir program setahun Bazlan sebagai YB.

BERSUNGGUH...Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Rakit, Bazlan Abdul Rahman dan beberapa penduduk Batu Rakit bersungguh-sungguh ketika menyertai satu acara dalam program Sukaneka Sempena Setahun Pentadbiran Bazlan sebagai ADUN Batu Rakit Dan 68 Tahun UMNO bertempat di Padang Bola Darat Batu Rakit, kelmarin.



Menurut Urusetia program, Zakaria Abdul Rahman. sambutan penduduk DUN Batu Rakit terhadap program yang bermula jam 8 pagi dan berakhir kira-kira jam 1 tengahri iitu amat mengalakkan di mana hampir 1,000 penduduk hadir.

Bazlan menyampaikan hadiah kepada pemenang.
"Antara acara yang diadakan ialah senamrobik, sukaneka untuk kanak-kanak dan dewasa, pertandingan mewarna untuk kanak-kanak dan cabutan nombor bertuah," katanya.

Dalam ucapanya, Bazlan mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang terbabit menjayakan program itu dan beliau mahu penduduk Dun Batu Rakit terus memberi sokongan kepada kerajaan Barisan Nasional.

"Saya begitu gembira kerana sambutan penduduk terhadap program ini begitu mengalakan. Program seperti ini banyak manfaat kerana ia dapat mengukuhkan ukhwah dan mengeratkan hubungan silaturrahim antara penduduk dan Insya Allah kita akan jadikan program ini sebagai acara tahunan pada masa akan datang," katanya.- Aminudin.
Antara penduduk yang hadir.



Acara tarik tali diadili Bazlan.

Pertandingan mewarna mendapat sambutan.

Sebahagian kanak-kanak yang turut serta.