Halaman

29 April 2011

NEW DATES FOR 2011 MONSOON CUP



KUALA LUMPUR (April 28, 2011): To ensure its position as the world’s premier sailing event, T-Best Events Sdn Bhd have successfully secured new dates for the 2011 edition of the international sailing event, the Monsoon Cup.

A long and detailed negotiation with the World Match Racing Tour (WMRT) and the International Sailing Federation (ISAF) means the season-ending race, where the ISAF Match Racing World Champion will be crowned, will now be held from 29 Nov-4 Dec.

The Monsoon Cup was originally scheduled from 22-27 November but it clashed with the 26th SEA Games (11-22 Nov).

“After several weeks of negotiations, the WMRT and ISAF have finally agreed to our new dates. I would like to thank them for their cooperation and we will work hard together with the continuous support and guidance of the Ministry of Youth and Sports, as well as various events partners and members of the media to ensure the Monsoon Cup remains the nation’s premier sailing event,” said T-Best chairman Tan Sri Sabbaruddin Chik.

“We felt the old dates were unsuitable as the build up to the Monsoon Cup would have been overshadowed by the 26th SEA Games. We are also lucky that the Langkawi International Maritime & Aerospace Exhibition (LIMA) which is usually held in the first week of December will now be held a week later so that it doesn’t clash with the Monsoon Cup.”

Tan Sri Sabbaruddin added the new Monsoon Cup dates fits perfectly with the Perth 2011 ISAF World Sailing Championships, which is scheduled from 3-18th December making it viable for foreign media intending to attend both events.

2011 ISAF MATCH RACING WORLD CHAMPIONSHIP

Stage Date Event Location Teams Boats

1 May 10 – 15 Match Race France Marseille, France 12 J80
2 May 24 – 29 Match Race Germany Langenargen, Germany 12 Bavaria 40
3 June 7 - 12 Korea Match Cup Gyeonggi, Korea 12 KM36
4 June 22 - 26 Portimao Portugal Match Cup Portimao, Portugal 12 SM40
5 July 4 – 10 Match Cup Sweden Marstrand, Sweden 16 DS37
6 August 24 – 28 Danish Open Bornholm, Denmark 12 DS37
7 Aug 30 – Sept 4 St Moritz Match Race St Moritz, Switzerland 12 BLU26
8 October 3 - 9 Argo Group Gold Cup Hamilton, Bermuda 24 IOD
9 Nov 22 – 27 Monsoon Cup K.Terengganu, Malaysia12 F36

About the ISAF World Match Racing Tour:

The World Match Racing Tour (WMRT) is the leading professional sailing series featuring 9 World Championship events across the globe, sanctioned by the International Sailing Federation (ISAF) with “Special Event” status.
The World Tour awards over US$1.75million in prize money with points awarded at each event culminating in the crowning of the “ISAF Match Racing World Champion”. The prize fund includes a US$500,000 overall prize pool for the top nine teams in the Championship.
Events take place in identically supplied racing yachts to place the focus on team work and skill. Racing takes place close to the shore for the general public to follow the races as virtual on-the-water stadiums.
Media and television highlights coverage reaches in excess of 183 countries around the world.

2011 WMRT Tour Card Holders
Johnie Berntsson (SWE) Berntsson Sailing Team
Francesco Bruni (ITA) Mascalzone Latino
Peter Gilmour (AUS) YANMAR Racing
Damien Iehl (FRA) French Match Racing Team
Torvar Mirsky (AUS) Mirsky Racing Team
Jesper Radich (DEN) Radich Racing Team
Mathieu Richard (FRA) French Match Racing Team
Phil Robertson (NZ) WAKA Racing Team
Ian Williams (GBR), Team GAC Pindar

For full information on WMRT, please visit: www.wmrt.com

For more information on Monsoon Cup, please visit: www.monsooncup.com.my
Facebook Group name – Monsoon Cup Malaysia
http://www.facebook.com/pages/Monsoon-Cup-Malaysia/52504271389?ref=s
Twitter Profile name – MonsoonCup
http://twitter.com/monsooncup

For press information, please contact T-Best Events Sdn Bhd:
Name: Mira Navaretna
Tel: +603 2283 3324
Mob: +6016 338 5341
Email: mira@tbest.com.my



Lebih 100,000 pelajar terima bantuan pakaian sekolah

Oleh: Kamarudin Mat Akib

Betapa bertuahnya menjadi rakyat Terengganu – pelbagai bantuan dihulur dan dicurah kepada mereka oleh Kerajaan Negeri.

Pada masa ini proses mengagihkan bantuan pakaian sekolah menengah dan rendah kepada pelajar di seluruh negeri sedang rancak dilakukan.

Berdasarkan senarai nama penerima bantuan tersebut, 109,216 pelajar di negeri ini yang ibu bapa mereka berpendapatan RM1,200 ke bawah, layak menerima sumbangan tersebut.

Setiap pelajar sama ada sekolah menengah atau rendah akan diberi RM100 seorang bagi bantuan pakaian sekolah di mana pengagihannya dilakukan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing.

Kerajaan negeri menetapkan setiap keluarga menerima bantuan maksimum untuk dua orang di mana mereka akan menerima RM200 bagi tujuan tersebut.

Rakyat Terengganu amat bertuah mempunyai kerajaan negeri yang cakna rakyat di mana sesetengah bantuan yang diberikan kepada mereka tidak diberi oleh negeri-negeri lain walaupun mereka lebih kaya dari negeri Terengganu.



28 April 2011

MB lulus peruntukan RM4.2 juta baiki jalan di Dungun

Oleh: Kamarudin Mat Akib dan Hazwan Rosli


Menteri Besar meninjau beberapa tempat di Dungun sempena lawatan kerja ke daerah itu hari ini.

Kerajaan negeri meluluskan peruntukan RM4.2 juta bagi projek membaiki dan memperbesarkan jalan di beberapa kawasan di daerah Dungun untuk keselesaan pengguna jalan raya.

Selain itu, Menteri Besar, Dato’ Haji Ahmad Said turut mengumumkan peruntukan RM500,000 bagi setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di daerah ini bagi membaiki jalan di kawasan masing-masing.



Selain itu, peruntukan berjumlah RM10 juta daripada Kerajaan Pusat disediakan bagi projek menggali Sungai Dungun dalam usaha mencegah hakisan pantai, khususnya Pantai Teluk Lipat.



“Kerajaan negeri akan tambah peruntukan RM1.5 juta bagi projek yang sama,” katanya pada siding media sempena lawatan kerja ke daerah Dungun hari ini.

Projek lain yang turut diumumkan pembinaan oleh Menteri Besar ialah Pasar Paka yang bernilai RM7 juta dan Taman Rekreasi di Universiti Teknologi Malaysia cawangan Dungun yang belum ditentukan kosnya.



MB tegur sikap penjawat awam hentam kerajaan

Oleh: Kamarudin Mat Akib

Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said menegur sikap sesetengah penjawat awam di negeri ini yang sanggup menghentam kerajaan hanya kerana alasan yang remeh-temeh.

Malah, beliau berkata ada penjawat awam yang sanggup menyokong parti pembangkang kerana marah kepada kerajaan sebab mereka ditukar tempat kerja atau permintaan kecil tidak dipenuhi pemimpin kerajaan.

“Masalah ditukar tempat kerja atau bertukar jabatan sebenarnya perkara biasa kerana sebelum diambil bekerja setiap penjawat awam membuat akujanji taat setia dan patuh kepada semua arahan kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Perjumpaan YAB Menteri Besar dengan Pegawai & Kakitangan Awam & Agensi Kerajaan Daerah Dungun di Dataran Dungun, petang ini.

Hadir sama Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Dato’ Zaa’ba Mohd Adib; Ahli Parlimen Dungun, YB Matulidi Jusoh; Ahli Dewan Undangan Negeri Paka, YB Zakaria @ Arifin Abdullah; Pegawai Daerah Dungun, Encik Mustaffa Abd Rahman dan Yang Dipertua Majlis Daerah Dungun, Haji Harun Mohamad.

Menteri Besar berkata, penjawat awam tidak sepatutnya menjadikan alasan yang remeh tersebut sebagai penyebab untuk membenci atau berdendam kepada kerajaan.

“Penjawat awam perlu beryukur kerana mereka menikmati pelbagai kemudahan yang disediakan kerajaan dan dalam keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu ini kedudukan penjawat awam lebih terjamin berbanding pekerja swasta,” katanya.




Dana RM30,000 suntik perniagaan menerusi koperasi masjid

Oleh; Esah Abdullah

Kerajaan melalui Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) akan memberi dana RM30,000 kepada mana-mana koperasi kariah masjid yang ingin menjalankan perniagaan mereka.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, berkata pemberian berkenaan sebagai galakan kepada koperasi masjid mejalankan perniagaan yang bertujuan menambah dana masjid di kawasan masing-masing.

“Kita akan lihat dulu bentuk perniagaan yang ingin dilaksanakan oleh koperasi berkenaan, jika berdaya maju, kita akan beri dana yang dijanjikan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Penubuhan Koperasi Kariah Masjid Negeri Terengganu, di Taman Tamadun Islam (TTI), Pulau Wan Man, Kuala Terengganu, hari ini.

Dato’ Sri Ismail berkata, selepas ini pihak SKM akan ke masjid-masjid untuk memberi penerangan kepada koperasi kariah bagaimana kaedah memulakan dan menguruskan satu-satu perniagaan yang akan dilaksanakan.

“Bermula dengan mengadakan mesyuarat, pemilihan jawatankuasa koperasi dan seterusnya merangka aktiviti berbentuk komersial yang akan dibantu oleh pegawai SKM,” katanya.

Beliau turut memuji langkah bijak kerajaan negeri yang mengambil inisiatif menghimpunkan lebih 1,200 kariah masjid dari 489 buah masjid seluruh negeri untuk menyertai seminar anjuran Angkasa, SKM dan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) ini.

“Terengganu negeri pertama di negara ini yang berjaya mengumpulkan begitu ramai kariah masjid dari pelbagai peringkat umur dan saya yakin melaluinya banyak kegiatan ekonomi dapat dijalankan nanti,” katanya.

Katanya, menerusi penguasaan dan kekuatan ekonomi akan menarik minat masyarakat lain kepada ajaran Islam, bahkan penyusunan ekonomi mengikut Islam sepatutnya menghasilkan masyarakat yang adil dan penuh kasih sayang serta mencapai kejayaan dalam pelbagai bidang.




Wujud koperasi kariah masjid seluruh negara menjelang 2012

Oleh: Esah Abdullah

Kerajaan mensasarkan kesemua 6,600 masjid seluruh negara akan menubuhkan koperasi kariah masjid masing-masing menjelang 2012.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, berkata bagi memastikan hasrat itu tercapai kempen satu komuniti satu masjid akan dijalankan bermula dari sekarang agar setiap masjid dapat mewujudkan koperasi di kawasan masing-masing.

“Setakat ini sudah ada koperasi di sesetengah masjid, namun selepas ini semua masjid akan tubuh koperasi untuk kebaikan kariah masjid,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Penubuhan Koperasi Kariah Masjid Negeri Terengganu, di Taman Tamadun Islam (TTI) Pulau Wan Man, Kuala Terengganu, hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi negeri, Dato’ Mohamed Awang Tera; Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Dato’Md Yusof Samudin dan Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad ( Angkasa), Prof. Dato’ Dr. Mohd Ali Baharum.

Katanya, banyak aktiviti ekonomi, sosial dan budaya dapat digerakkan di kalangan kariah masjid untuk kepentingan masyarakat setempat secara serentak dengan penubuhan koperasi itu nanti.

“Gerakan koperasi berupaya menjadi wadah membantu rakyat memperbaiki dan meningkatkan taraf hidup masyarakat melalui aktiviti berkumpulan sesuai dengan hasrat kerajaan yang ingin melihat masyarakat di negara ini maju bersama koperasi,” katanya.

Selain itu katanya, koperasi kariah masjid merupakan pelengkap kepada penubuhan Koperasi Pembiayaan Syariah Angkasa (KPSA) yang mengadakan mesyuarat agung pertamanya pada 22 April lalu.

“Saya yakin, jika setiap komuniti kariah masjid di negeri ini dapat menubuhkan koperasi, Teras Strategik keempat yang digariskan dalam Dasar Koperasi Negara (2011-2020) untuk meningkat keyakinan masyarakat terhadap gerakan koperasi akan tercapai,” katanya.





Nassier Wahab dan Misha Omar di Jamuan Rakyat

Nassier Wahab

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Memori Cinta Luka, Nassier Wahab dan penyanyi terkenal dengan lagu Cinta Adam dan Hawa diberi penghormatan untuk menghiburkan orang ramai yang hadir di majlis Jamuan Rakyat Bersama Perdana Menteri, bertemakan 1 Malaysia,di Dataran Shah Bandar, Sabtu ini, jam 8.00 malam.

Misha Omar


Selain itu, dua orang pelawak terkenal Sathiya dan Angelene Tan akan turut menghiburkan para penonton. Anglene Tan lebih terkenal dengan watak "Lucy" dalam Pi Mai,Pi Mai Tang Tu sejak 1990an.

Orang ramai semua peringkat usia dan bangsa dijemput untuk ke jamuan terbesar itu yang dijangka melibatkan 20,000 orang akan hadir.

Jamuan Rakyat itu merupakan kemuncak kepada acara lawatan Program Turun Padang (PTP) Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak ke Terengganu 30 April (Sabtu) ini.

Oleh: RAR




JKR jalankan sesi pengujian peralatan Dewan Undangan Negeri

Oleh: Aida Abd Rahman

Jabatan Kerja Raya (JKR) menjalankan sesi pengujian peralatan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memastikan bangunan yang baru selesai menjalani kerja pengubahsuaian dan membaik pulih itu menepati tahap yang dikehendaki serta berkeadaan baik sebelum digunakan kelak.

Yang DiPertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Tengku Putera Tengku Awang turut serta bersama kira-kira 10 pegawai dan kakitangan JKR dalam sesi pengujian itu, hari ini.
Hadir sama, Setiausahanya, A Rahim Jusoh dan bakal setiausaha yang baru berkuatkuasa 1 Mei ini, Encik Azhar Jusoh.

Pra penyerahan bangunan itu kepada kerajaan negeri dilaksanakan pada 14 April lalu sebelum penyerahan penuh pada 25 April lalu.

Struktur dalaman bangunan yang lebih menarik dan kondusif itu bakal digunakan pertama kalinya pada persidangan DUN yang dijadualkan bermula 9 Mei hingga 12 Mei ini.

Dato’ Tengku Putera dalam kenyataan sebelum ini berkata, pengubahsuaian itu dikira bertepatan dan perlu bagi memberi keselesaan kepada anggota dewan terutama di tempat duduk pegawai-pegawai kerajaan di bahagian belakang.

"Dewan itu sudah berusia hampir 30 tahun dan tiba waktunya ia perlu beri sedikit keselesaan kepada ahli yang semakin bertambah," katanya.

Beliau berkata, kerja-kerja pengubahsuaian dewan itu dimulakan sejak Januari lalu melibatkan peruntukan lebih RM2 juta sejajar dengan usia bangunan yang sudah melebihi 26 tahun.

Malah, pengubahsuaian bagi menampung pertambahan 62 ketua Jabatan yang akan hadir sepanjang persidangan berlangsung, berbanding jumlah sebelum ini 126 orang.

Katanya, ia juga bertujuan mewujudkan keselesaan kepada kesemua ahli Yang Berhormat dan ketua jabatan apabila ruang tempat duduk antara mereka diperbesar dan dilebarkan. Sebelum ini, ia terlalu sempit hingga menyukarkan pergerakan keluar dan masuk ke dalam dewan.

Selain memastikan sistem pencahayaan dan bunyi yang lebih baik, ia juga bertujuan meningkatkan keceriaan dalam dewan sesuai dengan fungsi dewan sebagai tempat untuk membincangkan isu-isu yang berkait dengan rakyat Terengganu.

Oleh itu, Dato’ Tengku Putera berharap tidak ada pihak lain yang cuba menjadikannya sebagai `isu’ sebaliknya Dewan Undangan Negeri adalah tempat mulia untuk membuat perundangan dan dasar bagi kepentingan rakyat.




Terengganu perkenal tagline Comel

Oleh: Suriati Ali

Kerajaan negeri melalui Jawatankuasa Induk Pelancongan Terengganu memperkenalkan kalendar pelancongan negeri dengan menggunakan tagline 'Comel'.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, YB Datuk Haji Rahin Mohd Said, berkata Comel adalah singkatan untuk aktiviti yang akan diadakan sepanjang tahun ini iaitu Candat Sotong, Monsoon Cup (Piala Monsun), Endurance Challenge dan Leisure untuk aktiviti larian yang akan diadakan di Pulau Lang Tengah.

Katanya aktiviti itu dimulakan dengan pesta mencandat sotong yang diadakan secara besar-besaran, diikuti dengan acara tahunan seperti kejohanan kuda lasak dan kejohanan kapal layar Piala Monsun.

“Setiap tahun hampir 30 program bertaraf antarabangsa mahupun tempatan dianjurkan semata-mata ingin menarik lebih ramai pelancong mengunjungi Terengganu selain mencapai sasaran 3.5 juta,” katanya di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, baru-baru ini.

Antaranya aktiviti yang dianjurkan termasuk Terengganu World International Jetrace Challenge, Kenyir Lake International Swimathon, Pesta Buku Terengganu, Terengganu Masters Golf Invitational, Temasya Pantai Timur, Sultan`s Cup Endurance Challenge dan Pertandingan Gamelan Kebangsaan.




Umno mula gempur Manir, Bukit Tunggal

Oleh: Kamarudin Mat Akib

Dalam ucapan di majlis penyerahan tugas Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu, yang diadakan di Putrajaya, Dato’ Seri Ahmad Said berikrar untuk memastikan Umno terus kukuh di Terengganu, sambil berusaha merampas semula beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dikuasai parti pembangkang, pada pilihan raya umum akan datang.

Menteri Besar yang diberi mandat untuk mengetuai Umno Terengganu dan mengambil alih jawatan itu daripada Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang memegang jawatan tersebut sejak April 2009, secara berkias berkata:

"Walaupun ada pepatah mengatakan bahawa 'indah khabar dari rupa' tetapi apa yang berlaku di Terengganu adalah 'indah rupa dari khabar'.

"Maknanya Umno Terengganu taklah seburuk yang digambarkan oleh orang dan saya bersedia melakukan apa sahaja demi kemenangan Barisan Nasional," kata beliau.

Bagi menunjukkan kesungguhan untuk merampas semula kerusi yang dimenangi parti pembangkang, Menteri Besar dalam ucapannya ketika merasmikan persidangan berkelompok Umno cawangan, Pergerakan Pemuda dan Wanita Bahagian Kemaman, mengumumkan Umno akan menggempur dua kerusi DUN yang diwakili Pas iaitu Manir dan Bukit Tunggal.

Sesungguhnya kehadiran Presiden Umno yang juga Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak, di dua kawasan itu yang diwakili Pas Sabtu depan, merupakan acara ‘letak kerja’ dalam usaha Umno menggempur kawasan tersebut.

Selepas ini, pelbagai tindakan susulan bakal dilakukan pemimpin Umno Terengganu untuk memenangi semula hati penduduk di kawasan berkenaan, seterusnya memastikan ia kembali semula ke pangkuan Umno pada pilihan raya umum akan datang.

Jika diteliti sejarah lampau, kedua-dua kawasan tersebut bukanlah kubu kuat Pas kerana beberapa pemimpin Umno pernah menang di kawasan berkenaan.

Kawasan Manir kini diwakili pemimpin Pas, Dato’ Haji Harun Taib manakala Bukit Tunggal dimenangi Dr Haji Alias Razak. Kedua-dua wakil rakyat tersebut pernah tewas kepada calon Barisan Nasional (BN) di kawasan yang sama dalam pilihan raya sebelum ini.

Dalam erti kata lain, mereka bukanlah ‘kebal’ dan tidak boleh dikalahkan oleh calon lain pada pilihan raya umum akan datang.

Dengan usaha gigih pemimpin Umno dan BN, diikuti sokongan kuat daripada penduduk di kawasan tersebut, peluang BN memenangi semula kawasan tersebut amat cerah dan jika ini berlaku mereka boleh ‘menghadiahkan’ kawasan itu kepada Presiden parti yang bekerja keras untuk menguatkan semula Kerajaan BN di seluruh negara.