Halaman

01 May 2012

Promosi pakej candat sotong Terengganu ke peringkat global

Oleh FAUZI MOHD

Aktiviti mencandat sotong di perairan negeri ini melalui pakej terancang akan dipromosikan ke peringkat antarabangsa sempena Tahun Melawat Terengganu 2013.

Pengarah Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) Terengganu, Mohd. Nasir Kushairi berkata, aktiviti menarik yang menyajikan pengalaman unik itu tidak seharusnya disia-siakan untuk menarik pelancong.

"Aktiviti tersebut akan dipromosikan di semua 44 pejabat Tourism Malaysia di seluruh dunia sebagai salah satu tarikan ke Malaysia khususnya Terengganu.

"Mencandat sotong merupakan satu aktiviti yang unik dan hanya boleh dilakukan pada musim tertentu iaitu pada April hingga pertengahan Jun setiap tahun," katanya.

Beliau berkata demikian sempena majlis ramah mesra bersama media dan meraikan Kelab Rekreasi Tourism Malaysia 'Jom Gi Candat 2012' di Hotel Seri Malaysia Marang baru-baru ini.

Sehubungan itu katanya, Tourism Malaysia Terengganu akan bekerjasama dengan agensi pelancongan, pengusaha bot dan hotel bagi menyediakan pakej yang menarik.

Katanya, beberapa siri perbincangan dan pertemuan dengan agensi yang berkaitan sudah dilakukan untuk memastikan pakej yang disediakan selaras dari segi kemudahan, keselesaan dan kadar harga.

Nasir berkata, sebagai contoh pada masa ini kadar sewa bot yang ditetapkan oleh tekong bot adalah berbeza dan ia boleh mengelirukan pelancong terutama yang pertama kali menyertai aktiviti tersebut.

Beliau berkata, dengan adanya penyelarasan itu aktiviti mencandat sotong dapat dipromosikan dengan sempurna yang diharapkan ia akan menjadi aktiviti terunggul di negeri ini setaraf dengan Piala Monsun dan kejohanan kuda lasak.



PRU 13 - Polis Terengganu bersiap sedia

Oleh FAUZI MOHD

Polis negeri ini telah bersiap sedia bagi mengawal ketenteraman perjalanan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Ketua Polis negeri, Dato' Jamshah Mustapa memberitahu, persiapan sudah dilakukan sejak awal tahun ini melibatkan 3,150 anggota dengan beberapa siri kursus dan latihan berkaitan.

Katanya, pihaknya sudah membuat kajian mengenai beberapa lokasi panas yang dijangka memerlukan lebih pengawasan bagi mengelak sebarang insiden tidak diingin sepanjang proses pilihan raya nanti.

"Antara penekanan yang diberikan adalah terhadap anggota dan pegawai baru yang belum pernah bertugas pada pilihan raya sebelum ini," katanya.

Beliau ditemui ketika melawat anggota polis Trafik Dungun, Sarjan Mazlan Idris, 54, yang cedera dalam kemalangan di Kilometer 18 Jalan Bukit Besi Dungun, di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, kelmarin.

Dalam pada itu, menurut Dato' Jamshah, persiapan daripada segi logistik juga sudah dilakukan dan pihaknya sudah membuat penilaian dan sudah menghantar permohonan ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

"Kita difahamkan akan mendapat kesemua keperluan itu sedikit masa lagi," katanya.

Sementara itu, mengenai cuti kakitangannya menghadapi PRU nanti, pihaknya belum mendapat sebarang arahan untuk membekukan cuti mereka setakat ini.



Basmi ponteng sekolah secara intensif, libat pelbagai agensi

Oleh: Aida Abd Rahman

Usaha menyedarkan pelajar terhadap salah laku ponteng sekolah dilaksanakan secara intensif melibatkan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), polis dan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT).

Terbaru, seramai 63 pelajar ditahan dalam operasi Gerak Gempur Basmi Pelajar Ponteng Sekolah peringkat negeri Terengganu yang dilancarkan Isnin lalu.



Operasi yang bermula pukul 8 pagi dan berakhir sekitar pukul 12 tengah hari Isnin mendapat kerjasama

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Haji Zakaria Hussin berkata kesemua pelajar yang ditahan akan diberikan sesi kaunseling sebagai peringatan sebelum diserahkan kepada keluarga masing-masing.

"JPNT mengarahkan supaya pihak sekolah mengambil tindakan disiplin ke atas pelajar terlibat termasuk sesi kaunseling berhubung kepentingan pendidikan kepada mereka dan kesan salah laku disiplin itu kepada diri sendiri," katanya.

Daripada kesemua pelajar yang ditahan, seramai 30 dari Kemaman, tujuh Hulu Terengganu, Marang (empat pelajar) dan 22 pelajar di Kuala Terengganu.






Hapus cukai pintu, Pas sekadar `meludah ke langit'

Oleh: Aida Abd Rahman

Ibarat meludah ke langit, muka sendiri juga yang basah. Demikian sikap pemimpin Pas yang kini sedang ghairah `mencipta’ manifesto yang langsung tidak masuk akal demi menambat hati pengundi supaya memihak kepada mereka pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 nanti.

Walhal setiap `manifesto ciptaan' mereka pernah gagal diterjemahkan ketika mereka menawan Terengganu suatu masa dulu (1999-2004), khususnya dalam isu memansuhkan cukai pintu kepada penduduk Terengganu.

“Antara lain janji awal PRU 13, jika Pas menang, cukai pintu dihapuskan. Itu suatu pembohongan.Rakyat terkeliru dan keadaan itu boleh diibaratkan `mati semut kerana gula’,” kata Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said.


Menurutnya, Perlembagaan Persekutuan jelas menyebut bahawa mana-mana enakmen yang diluluskan di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang didapati bercanggah dengan akta di peringkat Parlimen automatik enakmen berkenaan akan gugur.

“Ini bermakna mengikut Enakmen peringkat DUN, walaupun Pas memenangi dan memerintah Terengganu mereka sama sekali tidak boleh menghapuskan cukai pintu.

“Sebab ia tidak boleh diluluskan di DUN bagi menghapuskan cukai pintu di bawah Akta 131 kerana bercanggah dengan akta di peringkat Parlimen,” katanya.

Malah, ketika memerintah Terengganu dahulu, Pas bertindak membiarkan sahaja cukai pintu bertambun-tambun di pejabat tanah dan daerah tanpa menghantarnya kepada penduduk.

Kesannya, tanpa sumber pendapatan yang mencukupi mengakibatkan kerajaan Pas ketika itu gagal membayar elaun lebih masa kepada kakitangannya yang bertugas selepas waktu pejabat terutama bagi membersih sampah-sarap di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) masing-masing.

“ Apabila ini berlaku, kerajaan tiada duit menyebabkan sampah bertambun , cukai pintu tidak dibayar. Malah, kakitangan majlis (PBT) tidak dibayar `OT’, diganti pula dengan cuti. Itulah akibatnya,” katanya.

Demikian janji awal Pas dan pernah dilontarkan Pesuruhjaya Pas Terengganu, Haji Mohd Abdul Wahid Endut, yang menegaskan 'ikrarnya' akan terus membantu rakyat sekiranya diberi mandat selepas PRU 13 nanti termasuklah meneruskan dasar pengecualian cukai pintu rumah kediaman.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu mengesyorkan, kepada mana-mana warga bandar tidak perlu membayar cukai pintu sekarang dan tunggu sehingga Pas memenangi PRU itu sedangkan sejarah lalu membuktikan dasar yang dibuat itu `memakan’ diri sendiri.








Biar rumah cat hijau, tetapi undi BN

Oleh: Kamarudin Mat Akib

“Orang Pas rumah dia cat hijau, bukan rumah je, sampai ke jamban pun cat hijau. Kereta buruk gogek-gogek tengah jalan pun pun cat hijau. Kuatnya Pas, tapi kalu pemimpin Pas, ada rumah dia cat hijau? Kereta cat hijau? Orang Pas ni padan kena kecek ke pemimpin je,” begitu sinis sindiran Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, kepada penyokong Pas setiap kali beliau berucap di kebanyakan majlis di seluruh negeri.

Sindiran Menteri Besar itu memang tepat kerana hakikatnya, di kawasan tertentu yang dikatakan kubu Pas, memang banyak rumah dicat dengan warna hijau.

Ada juga rumah sampai atap pun hijau, mungkin penyokong kuat Pas agaknya.

Bagi mengimbangi keadaan itu, Dato’ Seri Haji Ahmad memperkenalkan Program Bantuan Atap Biru sejak 2008 di mana rumah rakyat yang bocor digantikan dengan atap baru, berupa asbestos yang dicat dengan warna biru.

Sejak tahun 2008 hingga 2011 kerajaan negeri membelanjakan RM54,4 juta bagi membiayai program menggantikan rumah rakyat yang atapnya bocor berjumlah 10,880 buah rumah di seluruh negeri.

Dalam tempoh yang sama, kerajaan membelanjakan kira-kira RM16.12 juta bagi membaiki 1,728 rumah yang uzur manakala sejumlah RM43.2 juta digunakan bagi membina 1,600 rumah baru bagi golongan termiskin.
.
Penduduk kampung yang rumah mereka bocor sebelum ini, pastinya boleh tidur nyenyak selepas atap rumah mereka diganti baru.

Seperti bantuan lain, sebahagian daripada mereka yang menerima bantuan atap rumah atau membaiki rumah merupakan penyokong Pas.

Kata orang tua-tua, orang berbudi, kita berbahasa. Orang memberi kita merasa. Sepatutnyalah budi pemimpin BN mengadakan pelbagai kemudahan kepada mereka itu dibalas dengan baik, bukannya dibalas dengan tuba.

Dalam hal ini, seruan Menteri Besar amat wajar disahut oleh rakyat Terengganu. “Kita dah beri macam-macam kepada rakyat. Kerajaan tak minta apa-apa daripada rakyat. Cuma satu kita mitak. Undilah BN bila tiba pilihan raya,”.

Kita harap pada PRU 13 ini, biarlah rumah mereka cat hijau, tetapi undi tetap BN.





Tindakan tegas jika didapati sertai Bersih

Oleh: Suriati Ali

Penjawat awam di Terengganu bakal dikenakan tindakan tatatertib atau dibuang kerja sekiranya didapati mengikuti Perhimpunan Haram Bersih 3.0 di Dataran Merdeka Kuala Lumpur, pada 28 April lalu.

Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said (gambar kiri), berkata dia kini sedang menunggu laporan daripada pihak berkaitan mengenai perkara itu. jika terdapat mana-mana penjawat awam yang menyertai, tindakan tegas bakal dikenakan.

Katanya, dia kesal dengan tindakan penganjur dan perhimpunan itu tidak sepatutnya berlaku di negara kita yang sememangnya mengamalkan sistem demokrasi.

“Perhimpunan itu lebih cenderung kepada gimik politik, kepentingan peribadi dan bukannya untuk menyelesaikan tuntutan seperti yang mereka kehendaki.

“Pihak kami mengakui demontrasi turut berlaku di luar negara, tetapi mereka tidak merosakkan harta benda awam dan mencederakan anggota polis yang bertugas,” katanya.

Menurutnya, berlainan di Malaysia, mereka yang menyertai demontrasi bertindak di luar dugaan, hingga menakutkan banyak pihak.

“Jika pelabur tidak berani masuk ke Malaysia, siapa yang rugi, kita orang Melayu juga yang rugi. Saya sedih dan kesal kerana mereka tidak fikir kesannya sehingga sanggup mangadai maruah negara sendiri,” katanya.

Keharmonian hidup rakyat dan tahap perpaduan yang sudah sekian lama diamalkan rakyat negara ini tercalar dengan adanya demontrasi jalanan anjuran pembangkang menerusi perhimpunan Bersih 3.0 di ibu negara Sabtu lalu.




Pendaratan 46 penyu agar hasilkan 4,000 biji telur

Oleh: Aida Abd Rahman

Sebanyak 46 Penyu Agar didapati mendarat dan bertelur di kawasan Pusat Santuari Penyu Ma'Daerah dan sekitarnya di Kerteh serta menghasilkan kira-kira 4,000 biji telur bagi tempoh Januari hingga pertengahan April tahun ini.

Pengarah Perikanan Terengganu, Encik Abdul Khalil Abdul Karim berkata dari jumlah itu, sebanyak 10 sarang ditemui di kawasan Pusat Santuari Penyu Ma'Daerah yang menghasilkan telur tabung sekitar 1,000 biji manakala 36 sarang lagi ditemui di sekitar kawasan pantai berkenaan dengan menghasilkan telur sebanyak kira-kira 3,000 biji.


"Kesemua telur penyu berkenaan telah diramkan di pusat berkenaan termasuk sebanyak 3,000 biji yang dibeli dengan harga RM2.50 sebiji daripada pemajak yang dibiayai oleh Tabung Pelindungan Hidupan Luar Dunia (WWF)," katanya di program gotong-royong membersih Pantai Santuari Penyu Ma'Daerah, Kerteh, baru-baru ini.

Program yang bertemakan 'Cakna Penyu Sokmo' itu disertai kira-kira 300 peserta daripada Jawatankuasa Kerja Ma'Daerah yang terdiri daripada Jabatan Perikanan, BP Petronas dan WWF Malaysia untuk membersihkan kawasan pendaratan penyu itu yang telah diwartakan sejak Januari 2007.






Pertahan kedudukan, jangan 'cah keting' - MB


Oleh FAUZI MOHD
Gambar oleh Zulkipli Putra.

UMNO mampu merampas beberapa kerusi yang kalah dan mengekalkan kedudukan di kawasan sedia ada di Terengganu jika pemimpin parti itu mampu mengelakkan budaya 'cah keting' pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Said berkata, kegagalan UMNO mempertahankan kedudukan berkenaan bukan kerana parti itu tidak kuat, tetapi disebabkan penularan budaya cah keting di kalangan pemimpin dan ahlinya.



Pas ujarnya, tidaklah sehebat mana tetapi disebabkan tindakan sabotaj sebilangan pemimpin dan ahli UMNO sendiri setiap kali pilihan raya menjadi punca UMNO tersungkur.

"Tindakan pemimpin dan ahli UMNO yang terus mengamalkan budaya tersebut pada setiap kali pilihan raya umum bukan sahaja merugikan, malah turut boleh mengancam perjuangan parti.

"Siapa calon yang diletakkan pada pilihan raya nanti harus diberikan sokongan penuh bukannya dengan bertindak mengkhianati mereka," katanya pada majlis makan malam Kejohanan Golf Piala Menteri Besar Terengganu di Awana Kijal, Kemaman malam tadi.




SEKITAR MAJLIS MENTERI BESAR MERAIKAN PESERTA KEJOHANAN GOLF PIALA MENTERI BESAR TERENGGANU DI AWANA KIJAL KEMAMAN

Gambar-gambar oleh Zulkipli Putra.






BN lebih dulu wujud Negara Berkebajikan



Laungan baru pemimpin PAS untuk mewujudkan negara berkebajikan bukan sesuatu yang baru bahkan ‘isi dan roh’ di sebalik slogan itu telah wujud dalam susur galur perjalanan karajaan Barisan Nasional (BN) sejak sekian lama. Di Terengganu, jika ada pemimpin PAS melalak mahu ‘tunjuk ajar’ pemimpin BN bagaimana mahu menjaga kebajikan rakyat, perkara paling layak untuk dilakukan sekadar senyum. Fakta-fakta yang diberikan antara tradisi kerajaan negeri membela rakyat mungkin dapat merumuskan, pemimpin PAS perlu diberi ‘tunjuk ajar’ bagaimana mahu menjadi juara kebajikan rakyat.

Program Atap Biru, Baik Pulih dan Bina Rumah Baru

Membantu rakyat miskin dengan menggantikan atap rumah yang usang dan bocor kepada asbestos berwarna biru, membaiki rumah sedia ada yang rosak dan membina rumah baru. Bermula tahun 2008 hingga 2011, sejumlah RM113.72 juta diperuntukkan dengan melibatkan 14,208 unit rumah rakyat.

Jadual 1.1 : Jumlah Peruntukan Program Atap Biru di Terengganu

Tahun Jumlah Rumah Jumlah Peruntukan
2008 1,280 buah RM 6.4 juta
2009 3,200 buah RM 16 juta
2010 3,200 buah RM 16 juta
2011 3,200 buah RM 16 juta
Jumlah 10,880 buah RM 54.4 juta

Jadual 1.2 : Jumlah Peruntukan Program Baik Pulih Rumah

Tahun Jumlah Rumah Jumlah Peruntukan
2008 960 buah RM 7.68 juta
2009 288 buah RM 3.16 juta
2010 288 buah RM 3.16 juta
2011 192 buah RM 2.11 juta
Jumlah 1,728 buah RM 16.12 juta





Jadual 1.3 : Jumlah Peruntukan Program Bina Rumah Baru

Tahun Jumlah Rumah Jumlah Peruntukan
2008 640 buah RM 11.52 juta
2009 320 buah RM 10.56 juta
2010 320 buah RM 10.56 juta
2011 320 buah RM 10.56 juta
Jumlah 1,600 buah RM 43.2 juta

Pada tahun ini, RM42.56 juta lagi diperuntukan untuk tiga program berkenaan.

Bantuan Persediaan Belajar

Jadual 1.4 : Jumlah Bantuan Kerajaan Terengganu Kepada Setiap Pelajar

Bil Kategori Jumlah
1 IPT peringkat PhD RM1,000
2 IPT peringkat Sarjana RM1,000
3 IPT peringkat Sarjana Muda RM1,000
4 IPT peringkat Diploma RM750
5 Peringkat Matrikulasi RM500
6 Peringkat Sijil RM500
7 Tingkatan Enam RM1,000
8 Sekolah Berasrama Penuh RM500


Jadual 1.5 : Jumlah Peruntukan Kerajaan Terengganu Untuk Bantuan Persediaan Belajar

Tahun Jumlah Pelajar Jumlah Peruntukan
2008 22,813 pelajar RM16.10 juta
2009 26,235 pelajar RM19.49 juta
2010 26,801 pelajar RM20.03 juta
2011 21,786 pelajar (Sehingga September) RM16.13 juta


Tabung Dana Khas Perubatan

Terengganu satu-satunya negeri di Malaysia yang menyalurkan peruntukan khas kepada pihak hospital dalam usaha meningkatkan taraf kesihatan rakyat. Sejak diperkenalkan tahun 2007, kerajaan negeri memperuntukkan RM72 juta untuk tabung ini. Manafaat untuk rakyat termasuklah RM3.2 juta untuk membeli 20 buah ambulan dan RM1 juta untuk mesin Echocardiography.

Selain itu, RM500,000 dibelanjakan untuk perkhidmatan reproduktif bagi Program Tabung Uji dan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) salah sebuah daripada empat hospital kerajaan di Malaysia tawar perkhidmatan itu. Selain itu, RM2 juta diperuntukkan untuk menyediakan mesin pengimbas, Tomografi Berkomputer Multiclise di HSNZ.

Tajaan Pendidikan Yayasan Terengganu

Jadual 1.6 : Jumlah Tajaan Yayasan Terengganu Untuk Pendidikan IPT

Tahun Jumlah Pelajar Jumlah Peruntukan
2008 3,787 pelajar RM36.12 juta
2009 4,696 pelajar RM52.57 juta
2010 3,112 pelajar RM47.30 juta
2011 3,723 pelajar RM54.13 juta


Tabung Darul Iman

Sejak diwujudkan tahun 2009, seramai 7,579 mendapat manafaat daripada tabung itu sehingga hujung tahun lalu dengan perbelanjaan RM6.37 juta. Tahun ini, kerajaan negeri mencarumkan RM5 juta lagi untuk bantuan bencana dan kecemasan kepada rakyat di mana RM2 juta daripada jumlah itu untuk bantuan sosial perubatan membantu pesakit miskin membiayai kos rawatan dan pembelian peralatan.

Program Jaya Diri

Program kelolaan Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu itu bertujuan memberi pinjaman modal perniagaan antara RM3,000 hingga RM10,000 kepada ibu tunggal, golongan miskin dan belia ceburi perniagaan untuk keluar dari kepompong kemiskinan.

Jadual 1.7 : Jumlah Penerima dan Pinjaman Program Jaya Diri

Tahun Jumlah Penerima Jumlah Pinjaman
2008 778 RM 2,864,800
2009 1,371 RM 4,711,400
2010 1,184 RM 4,148,800
2011 1,024 RM 4,620,000
Jumlah 4,357 RM 16,345,000

Tahun ini, Kerajaan Terengganu memperuntukkan RM 6 juta untuk program itu dengan penyertaan kira-kira 1,100 peserta.

Tabung Penyakit Kronik

Diperkenalkan tahun 2010 dengan peruntukan RM10 juta untuk membiayai kos rawatan dan pembedahan rakyat Terengganu yang kurang berkemampuan. RM1.8 juta telah dibelanjakan sehingga Mac tahun ini membabitkan 1,204 pesakit. Daripada jumlah itu termasuklah RM551,000 untuk pesakit jantung, barah (RM358,000) dan buah pinggang (RM328,000).



Elaun Imam dan Bilal

Bagi program pengimarahan masjid-masjid di Terengganu, pelarasan elaun baru membabitkan kira-kira 2,100 imam dan bilal dengan bayaran RM800 seorang bagi imam dan RM600 bagi bilal mulai Januari 2011.

Jadual 1.8 : Jumlah Peruntukan Elaun Imam dan Bilal

Tahun Jumlah
2008 RM 8.27 juta
2009 RM 8.32 juta
2010 RM 6.70 juta
2011 RM 12.95 juta
Jumlah RM 36.26 juta


Bantuan Persekolahan

Agihan RM100 kepada pelajar sekolah rendah dan RM150 untuk sekolah menengah.

Jadual 1.9 : Jumlah Penerima dan Peruntukan Bantuan Persekolahan

Tahun Jumlah Penerima Jumlah Peruntukan
2008 99,731 pelajar RM 12.64 juta
2009 106,506 pelajar RM 10.65 juta
2010 106,506 pelajar RM 10.65 juta
2011 109,216 pelajar RM 11.85 juta
2012 119,800 pelajar RM 12.00 juta


Dana Program Bakti Remaja

Jadual 1.10 : Jumlah Penerima dan Peruntukan Dana Bakti Remaja

Tahun Jumlah Penerima Jumlah Peruntukan
2008 93,478 remaja RM 18.69 juta
2009 90,081 remaja RM 23.15 juta
2010 95,252 remaja RM 23.42 juta
2011 95,219 remaja RM 24.00 juta







Dana Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina dan Deepavali

Jadual 1.11 : Jumlah Agihan Dana Raya Aidilfitri

Tahun Jumlah Penerima Jumlah Peruntukan
2008 156,290 keluarga RM 47.52 juta
2009 166,029 keluarga RM 50.62 juta
2010 164,243 keluarga RM 46.88 juta
2011 176,838 keluarga RM 50.47 juta

Jadual 1.12 : Jumlah Agihan Dana Tahun Baru Cina

Tahun Jumlah Penerima Jumlah Peruntukan
2008 8,217 keluarga RM 2.39 juta
2009 9,353 keluarga RM 2.72 juta
2010 9,203 keluarga RM 2.66 juta
2011 8,929 keluarga RM 2.33 juta

Jadual 1.13 : Jumlah Agihan Dana Deepavali

Tahun Jumlah Penerima Jumlah Peruntukan
2008 218 keluarga RM 62,800
2009 216 keluarga RM 63,200
2010 199 keluarga RM 54,400
2011 212 keluarga RM 58,600



Pembinaan Masjid Baru

Jadual 1.14 : Jumlah Masjid Baru Yang Telah Siap Dibina

Tahun Jumlah Masjid Jumlah Peruntukan
2008 19 RM 82.03 juta
2009 6 RM 35.51 juta
2010 2 RM 9.79 juta

Pada tahun 2011, dua buah masjid masih dalam pembinaan dengan kos RM 12 juta.







Insentif Kepada Atlet Terengganu

Jadual 1.15 : Insentif Kerajaan Terengganu Kepada Atlet Cemerlang

Bil Perkara 2008 2009 2010 2011 Jumlah Keseluruhan
1 Insentif Sukma RM 715,000 (340 orang) - RM 129,495 (282 orang) RM771,000 (146 orang) RM 1,615,495
RM 615,000 (Majlis Keraian) RM 615,000
2 Bintang Cemerlang RM 297,100
(265 orang) RM 681,800 (268 orang) RM332,900 (150 orang) RM430,800 (172 orang) RM1,742,600
3 Skim Hadiah Cemerlang (SHAKE) RM 110,100 (180 orang) RM 222,000 (290 orang) RM 256,130
(262 orang) RM 360,100 (465 orang) RM 948,330
4 Skim Wakil Negara (SWARA) RM 23,000
(25 orang) RM 33,300
(53 orang) RM 47,900
(54 orang) RM 146,100
(95 orang) RM 250,300
5 Biasiswa (Atlet Sukma) RM 50,800
(101 orang) RM50,800
6 Biasiswa (Atlet Sekolah Sukan Bukit Nenas) RM 30,200
(151 orang) RM 30,200
Jumlah RM 1,760,200 RM 937,100 RM 766,425 RM 1,789,000 RM 5,252,725