Oleh: Mohammad Ishak
Seramai 500 peserta mengikuti forum isu-isu semasa yang diadakan di Institut Pendidikan Guru, Kampus Sultan Mizan,Bukit Keluang, dekat Jertih, semalam.
Program anjuran Jabatan Penerangan Terengganu dengan kerjasama Bahagian Pengurusan dan Analisis Maklumat (BPAM), Kementerian Penerangan,Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) peringkat negeri itu disertai peserta mewakili pelbagai jabatan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO).
Penganjur memilih dua ahli panel untuk membincangkan isus-isu semasa bagi member pendedahan daan penjelasan kepada peserta terbabit.
Ahli panel yang mengendalikan forum itu ialah Ketua Penolong Pengarah Bahagian Ancaman Ektremis Sosial PDRM Bukit Aman, SAC Dato;Mohd Sofian Md Makinuddin dan Pengurus Besar Kanan,Pejabat Pengurus Negeri PTPTN Kuala Lumpur. Manakala moderatornya Haji Mohd Nasir Salleh bekas Pengarah Penerangan Terengganu.
Pengerusi Jawataankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Dr A Rahman Mokhtar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut, melakukan upacara penutup program berkenaan.
Ahli panel membentangkan dengan jelas dua isu utama yang sebelum ini menjadi topik kepada pembangkang termasuk isu PTPTN sehingga mengelirukan pelajar dan ibu bapa apabila pembangkang meminta kerajaan memansuhkan PTPTN.
Bagi isu keselamatan pula, peserta berpuas hati dengan papparan video dan penyampaian yang disampaikan oleh ahli panel terbabit kerana ia menyentuh seal ancaman dan keselamatan negara jika pihak tidak bertanggungjawab terus memainkan isu yang boleh memecahkan perpaduan rakyat.
Berucap pada majlis itu Dr A Rahman berharap, dengan adanya majlis penerangan yang disampaikan oleh ahli panel berkenaan ia dapat memberi kesedaran dan keinsafan kepada peserta sekaligus menggunakan pengetahuan yang ada untuk memperbetulkan isu yang diselewengkan pihak pembangkang.