Muzium Negeri Terengganu di minta mencari idea baru dan mempelbagai program bulanan bagi menarik minat lebih ramai pengunjung ke lokasi bersejarah itu.
Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata pihak itu perlu bersama-sama agensi pelancongan wajar merancang jaual dan program sesuai yang boleh menarik minat untuk orang ramai datang ke muzium.
Sebagai contoh, jika boleh wujudkan jualan barangan emas, berlian atau koleksi baju setiap kali menganjurkan aktiviti yang dirancang, pada masa sama, jadia ia sebagai pakej atau jadual lawatan khs ke muzium setiap menerima kujungan pelancong.
“Langkah itu, sekurang-kurangnya dapat memabantu mempromosikan bahan sejarah, selain meningkatkan jumlah pengunjung yang ada,” katanya ketika berucap ketika merasmikan Pameran Air Tangan, di perkarangan Muzium Negeri, Losong Kuala Terengganu, hari ini.
Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan negeri Datuk Mohd Jidin Shafie dan Pengarah Muzium Negeri Terengganu, Encik Mohd Yusof Abdullah
Menteri Besar berkata, apa yang menyedihkan, masyarakat kita hari ini, kurang menyokong apa yang dianjurkan pihak muzium, sebaliknya lebih gemar ke pusat membeli-belah berbanding melawat tempat bersejarah.
“Situasi itu dibimbangi akan diwarisi generasi akan datang di mana tidak akan mengerti, apa itu khazanah lama, barangan artifak dan sebagainya,” katanya.
Sementara itu, Encik Mohd Yusof, berkata pihaknya mengambil peluang untuk menonjolkan karya hebat itu kepada orang ramai menerusi yang berlangsung pada 22 Ogos hingga 21 Oktober ini.
Katanya, kemunculan acara ini dianggap istimewa kerana ia membuka lembaran baru bagi pelukis mencurahkan bakat serta daya kreativiti masing-masing selain menjdi pencetus budaya menyayangi warisan sendiri di kalangan masyarakat umum.
“Pertandingan dianjurkan bertemakan Citra Terengganu yang berpaksikan kepada budaya, sejarah, alam sekitar Terengganu itu sendiri,” katanya.
Katanya, buat julung kalinya, muzium negeri dengan berbesar hati menonjolkan koleksi terpilih citra melalui Pameran Air Tangan ini.
Menurutnya, muzium negeri mengharapkan agar ramai pelukis dan pencipta seni membuat peluang untuk menghayati aspirasi seni citra Terengganu.
“Bagi karyawan yang sudah menghasilkan karya berprestijini, pihknya berterima kasih dan berbangga dengan komitmen yang diberikan sepanjang penganjuran pertandingan itu.
“Pameran bertujuan memberi apresiasi terhadap seni lukis tanah air dengan memgumpul karya-karya terpilih dalam satu pameran,” katanya.
Katanya, pameran itu juga mampu memberi pendedahan dan maklumat kepada masyarakat mengenai citra negeri menerusi seni lukis.
Selain itu, pameran itu sebagai menyokong dan menyuntik motivasi kepada pelukis tanah air dalam proses kreativiti seni mereka.
Malah, ia juga diharap sebagai kaedah mempromosikan pertandingan Citra Terengganu yang merupakan sebagai satu aktiviti tahunan jabatan serta mengisi program muzium ke arah memperkasakan warisan menerusi medium seni lukis.