Pertubuhan Alumni 4B Terengganu menggerakkan program Cakna Masyarakat dengan menyasarkan bantuan kepada individu dan keluarga yang memerlukan dari semasa ke semasa.
Dengan menarik penglibatan bersama generasi muda bagi menyemai keprihatinan mereka, program itu dimulakan melalui usaha bergotong-royong membaiki dan memperbesarkan kediaman seorang penduduk di Kampung Alor Binjai, Kubang Parit di sini kelmarin.
Usaha itu dijayakan dengan kerjasama para penuntut Universiti Malaysia Terengganu (UMT), pelatih Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan penduduk setempat, melibatkan peruntukan sebanyak RM10,000.
Ia membawa kegembiraan Tengku Rohaya Tengku Embong, 47, yang kesihatannya terjejas akibat serangan angin ahmar bersama keluarga apabila bantuan itu membolehkan dia tinggal dalam keadaan lebih selesa bersama lima orang anak.
Timbalan Pengerusi Alumni 4B Terengganu, Ir. Mohd. Johari Awang memberitahu, berdasarkan reaksi penerima, program sedemikian akan diteruskan sebagai suatu bentuk sumbangan kepada masyarakat.
Jika tiada aral melintang, kita akan perluaskan program seperti ini yang digemblengkan hasil dana yang diterima daripada orang perseorangan dan sebagainya," katanya ketika ditemui semasa menjayakan program itu.
Yang turut hadir, Pengerusi Alumni 4B Terengganu, Datuk Matulidi Jusoh serta Naib Pengerusi pertubuhan itu, Othman Endut.
Sementara itu, anak kepada Tengku Rohaya, Nurul Rasyidah Mat Alusaini, 18, mewakili ibunya berterima kasih di atas keprihatinan Alumni 4B Terengganu yang menyifatkan bantuan itu sebagai suatu yang amat bermakna.
E
makya tidak boleh bercakap banyak sejak diserang angin ahmar awal tahun ini. saya tahu dia sangat suka. Rumah agak sempit dan beberapa orang adik-beradik kini tinggal bersama nenek," ujarnya.