Halaman

16 March 2014

Jailani dan rombongan Kempen di Pasar Kajang.

Jailani tertarik melihat bunga ketika berkempen di Pasar Kajang.
Oleh: Aminudin Ismail. 

SEKALIPUN sibuk dengan tugas sebagai Timbalan Menteri dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu namun demi mahu melihat Kajang akan ditadbir semula kerajaan Barisan Nasional, Dato' Jailani Johari tetap meluangkan masa bersama pengundi di Kajang. semalam.

Jailani bersama rombongan UMNO Terengganu yang membantu kempen BN di Kajang mengambil masa kira-kira satu jam untuk bertemu peniaga di Pasar Kajang.

Sedang berbual dengan seorang peniaga India.
Turut sama bersama Jailani ialah Wanita UMNO, Putera dan Puteri serta bebarapa petugas BN Bandar Kajang. dalam lawatan itu Jailani sempat mempelawa peniaga di pasar itu memberi sokongan kepada calon Barisan Nasional dalam PRK Kajang.

Jailani juga sempat berkunjung ke Pusat Media yang terletak di sebuah hotel di Bandar Kajang untuk bertanya khabar dengan beberapa wartawan yang bertugas selepas melawat ke beberapa tempat di sekitar bandar itu untuk bertemu pengundi.


 

15 March 2014

TIKET LIGA SUPER TERENGGANU VS JOHOR JDT HABIS DIJUAL...

Tiket perlawanan Liga Super antara Terengganu vs Johor JDT malam ini (Sabtu-15 Mac 2014) bagai goreng pisang panas apabila penyokong daripada kedua-dua pasukan tidak mahu melepaskan peluang mendapatkannya di kaunter penjualan tiket bagi menyaksikan perlawanan itu jam 8.45 malam ini di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu. - Gambar oleh Zulkipli Putra.






 

Harap sokongan pengundi Cina.

KENANGAN...beberapa Pemuda UMNO Wilayah dan Sungai Jerlok, Kajang bergambar kenangan sebelum mengadakan majlis Sembang Santai dengan Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan yang juga Ketua Pemuda UMNO Malaysia di Kajang, hari ini.

Selepas sembang santai itu, kumpulan yang terdiri daripada kira-kira 30 orang itu akan mengadakan lawatan dari rumah ke rumah di beberapa taman perumahan sekitar Bandar Kajang bersama Dato' Seri Mustaffa Muhamed, Menteri Perdagangan Antara Bangsa dan Industri.

"Kita akan cuba merampas kembali Dun Kajang ini. Sekarang ini 50-50, jadi kita akan memperhebatkan gerakan pemuda UMNO ke rumah-rumah supaya pengundi keluar mengundi dan undi BN.

"Setelah dua penggal BN tidak memerintah, kawasan Sungai Jerlok ini tiada pembangunan dan mengalami beberapa masalah antaranya longkang tidak dicuci, jalan tidak diturap semula, memang ada masalah," kata Azrul Hisham Zabri, Naib Ketua Pemuda UMNO Sungai Jerlok.

Beliau berkata, beliau mengharapkan pengunci Cina akan mengundi Barisan Nasional supaya BN akan menang dalam PRK itu manakala pengundi Melayu tidak mempunyai masalah kerana ramai yang menyokong BN.- Aminudin.

 

EKSKLUSIF: ANWAR TIDAK BOLEH TIPU SAYA, SAYA TAHU MENGENAI DIRINYA' KATA DATUK NALLA

“Saya kenal Anwar Ibrahim dan tahu segala tentang moral dan salahlakunya. Dia tak dapat tipu saya walaupun boleh tipu rakyat dan masyarakat yang tidak tahu mengenai moralnya,” kata Datuk Nallakurappan dalam satu pertemuah khas dengan Pengarang Teganukita.
penulis & Datuk Nalla

 Datuk Nalla adalah rakan akrab Anwar suatu ketika dulu yang mengetahui segala skandal yang membabitkan pemimpin berkenaan.

Datuk Nallakaruppan pernah mendakwa Anwar Ibrahim menerima RM60 juta daripada Magnum Corporation Bhd, sebuah syarikat perjudian. Nallakaruppan sendiri menyerahkan wang tunai dengan serahan tangan semasa
Anwar menjadi Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri, Anwar meluluskan banyak lesen perjudian untuk kedai empat nombor ekor.

Nalla turut menyimpan lima pita rakaman di luar negeri dan akan digunakan jika terjadi apa-apa kepadanya “
Sambung Datuk Nalla lagi: “Dia bukan agama punya orang dia hanya berlakon seperti orang taat agama.”

Soalan: Apa pendapat Datuk bila pihak PKR menuduh keputusan mahkamah tidak adil?
  “Apa tidak adilkah lagi sampai 60 kali lebih tangguh dan tangguh berkali-kali atas kehendak Anwar. Berapa kali lagi dia mahu tangguh?”
  Soalan: Dia pergi surau dan masjid dan bersyarah agama?” “Dia boleh tipu ramai rakyat Malaysia, tapi dia tidak boleh tipu sama saya.”

Datuk Nalla juga menyatakan rakyat dipermainkan oleh keluarga Anwar.

Bila dia didapati bersalah kes liwat Saiful, dia tidak boleh bertanding, suruh Wan Azizah, sebelum ini Wan Azizah pernah letak jawatan di Parlimen Permatang Pauh untuk beri laluan kepada Awar, jadi rakyat diperkotak-katikkan sesuka hati,” kata Datuk Nalla lagi.

 
Beliau ditemui ketika sedang mengadakan kempen untuk Barisan Nasional (BN) di sekitar bandar Kajang sempena PRK Dun Kajang.




















MH 370: WAN AZIZAH PEMBOHONG DAN MENFITNAH KERAJAAN GUNA BOMOH



             Ceramah Wan Azizah tiada sambutan

Sesuatu yang tidak masuk akal, bila Presiden PKR , Datin Seri Wan Azizah Ismail mendakwa perbuatan kerajaan menggunakan bomoh untuk mengesan kehilangan kapalterbang MH370 sedangkan kehadiran bomoh itu bukan direstui oleh kerajaan.

Bahkan, pihak kerajaan telah meminta pihak Jabatan Kemajiuan Islam Malaysia (JAKIM) menghalang bomoh berbuat demikian di kawasan KLIA. Wan Azizah yang juga calon PKR dalam PRK Kajang dalam satu ceramahnya menuduh kerajaan Malaysia menggunakan bomoh bagi tujuan itu sedangkan negara-negara lain menggunakan peralatan dan teknologi moden.

 Perbuatan menuduh kerajaan Malaysia menggunakan bomoh itu sebenarnya cara beliau untuk memburuk-buruk dan mengecilkan pelbagai usaha kerajaan Malaysia dalam menangani peristiwa kehilangan MH 370 itu, sekaligus meraih undid an sokongan.

 Beliau juga mendakwa keadilan tidak diberikan kepada suaminya Anwar Ibrahim yang didapati bersalah oleh mahkamah sehingga tidak dapat bertanding dalam PRK Dun Kajang itu.

KAJANG: Khairy tumpu sokongan golongan muda.


Khairy...tumpu orang muda.
Oleh: Aminudin Ismail. 

BARISAN Nasional akan memfokuskan kempen kepada golongan muda bagi menarik lebih ramai golongan itu menyokong calon BN pada Pilihanraya Kecil (PRK) Dun Kajang 23hb Mac ini.

Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin, berkata tumpuan itu perlu dilakukan kerana pada Pilihanraya Umum (PRU) lalu, sokongan golongan muda terhadap BN kurang mengalakkan.

"Kita memerlukan sokongan pengundi muda kerana kita melihat pada keputusan PRU yang lepas, saluran muda di kawasan Kajang ini tidak beberapa memihak kepada BN.

"Jadi kita sedang kejar lagi dengan mengadakan pelbagai program, program santai seperti ini, program sukan dan beberapa program yang dijadualkan.

"Semua usaha ini adalah untuk mempastikan semua saluran muda ini kita dapat tingkatkan lagi, InsyaAllah," katanya ketika menyertai kempen bersama calon BN PRK Dun Kajang di sebuah taman di Bandar Kajang, pagi tadi.

Khairy berkata, kira-kira seramai 14 ribu pengundi muda akan mengundi di PRK Kajang ini dan pihaknya akan menjalankan beberapa pendekatan dengan memberi penerangan tentang isu-isu semasa yang dibangkit dan akan sentiasa berdampingan dengan golongan muda itu.

Menurutnya, penerimaan pengundi Kajang terhadap calon BN semakin baik dan jentera kempen BN perlu bekerja lebih kuat untuk memastikan Kajang kembali kepada BN.

Sementara itu, calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun, berkata beliau yakin dengan sokongan yang kuat dari semua kompenan parti, BN akan dapat memenangi kerusi Dun Kajang itu.
Khairy bersama Chew di sebuah kedai makan.

Chew menyampaikan risalah kepada seorang penduduk.

Khairy ketika ditemuramah.

Calon BN PRK Kajang.

 

Alumni 4B Terengganu bantu penduduk miskin

Pertubuhan Alumni 4B Terengganu menggerakkan program Cakna Masyarakat dengan menyasarkan bantuan kepada individu dan keluarga yang memerlukan dari semasa ke semasa.

 Dengan menarik penglibatan bersama generasi muda bagi menyemai keprihatinan mereka, program itu dimulakan melalui usaha bergotong-royong membaiki dan memperbesarkan kediaman seorang penduduk di Kampung Alor Binjai, Kubang Parit di sini kelmarin.

Usaha itu dijayakan dengan kerjasama para penuntut Universiti Malaysia Terengganu (UMT), pelatih Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan penduduk setempat, melibatkan peruntukan sebanyak RM10,000.

 Ia membawa kegembiraan Tengku Rohaya Tengku Embong, 47, yang kesihatannya terjejas akibat serangan angin ahmar bersama keluarga apabila bantuan itu membolehkan dia tinggal dalam keadaan lebih selesa bersama lima orang anak.

 Timbalan Pengerusi Alumni 4B Terengganu, Ir. Mohd. Johari Awang memberitahu, berdasarkan reaksi penerima, program sedemikian akan diteruskan sebagai suatu bentuk sumbangan kepada masyarakat. “

Jika tiada aral melintang, kita akan perluaskan program seperti ini yang digemblengkan hasil dana yang diterima daripada orang perseorangan dan sebagainya," katanya ketika ditemui semasa menjayakan program itu.

Yang turut hadir, Pengerusi Alumni 4B Terengganu, Datuk Matulidi Jusoh serta Naib Pengerusi pertubuhan itu, Othman Endut.

Sementara itu, anak kepada Tengku Rohaya, Nurul Rasyidah Mat Alusaini, 18, mewakili ibunya berterima kasih di atas keprihatinan Alumni 4B Terengganu yang menyifatkan bantuan itu sebagai suatu yang amat bermakna. “E

makya tidak boleh bercakap banyak sejak diserang angin ahmar awal tahun ini. saya tahu dia sangat suka. Rumah agak sempit dan beberapa orang adik-beradik kini tinggal bersama nenek," ujarnya.

 

Dato' JJ giat kempen BN di Kajang.

BINCANG...Timbalan Menteri Telekomunikasi dan Multimedia, Dato' Jailani Johari sedang diberi taklimat mengenai kempen Pilihanraya Kecil (PRK) Dun Kajang oleh seorang petugas BN di Bilik Gerakan Barisan Nasional Bandar Kajang di Kajang, malam tadi.

Hadir sama, Ketua Wanita UMNO Cawangan Bandar Kajang, Adzhaliza Md.Nor (kiri)

Dato' Jailani atau lebih dikenali dengan panggilan Dato' JJ itu adalah Ketua Kontinjen UMNO Terengganu membantu BN di Kajang. Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri itu merancang beberapa strategi kempen bersama kira-kira 40 orang rombongan UMNO ke PRK itu bagi membantu jentera kempen.

Adzhaliza memberitahu sesuatu kepada Jailani
Bilik Gerakan Barisan Nasional Bandar Kajang yang terletak di Jalan Metro Evenue itu adalah markas UMNO Bahagian Bandar Kajang. Rombongan UMNO dari Terengganu berkumpul di situ bagi merancang beberapa strategi kempen termasuklah berkunjung dari rumah ke rumah bertemu pengundi.

Antara yang pernah hadir di bilik gerakan itu ialah Adun Batu Rakit, Bazlan Abdul Rahman, Setiausaha BN Terengganu, Komsa Chik dan Ketua Wanita UMNO negeri, Datuk Fatimah Hamat.

Dalam pada itu, beberapa ceramah politik oleh kedua parti bertanding untuk kempen PRK itu diadakan di beberapa tempat di Bandar Kajang.-Aminudin Ismail.
Sempat bergambar kenangan dengan penduduk Sungai Jelok.

Dato' JJ ketika bersalaman dengan seorang penduduk Sungai Jelok.

 

550 terima BR1M di Langkap.

Orang-ramai berbaris terima Br1M
Oleh: Aminudin Ismail.

SERAMAI kira-kira 550 penduduk di kawasan Langkap menerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) di Dewan Serbaguna Kampung Sungai Tong, Setiu, kelmarin.

Bantuan berjumlah RM450 dan RM300 setiap seorang itu diberi selepas sehari sebelum bantuan yang berjumlah RM650 diberi kepada penduduk di majlis yang diadakan di Kampung Rahmat.

Turut hadir pada majlis penyampain BR1M itu ialah, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Langkap, Dato' Sabri Mohd Nor dan Adun Jabi, Mohd Iskandar Jaafar.

Iskandar bersama penerima BR1M.
Sabri mengucapkan berbanyak terima kasih kepada kerajaan pusat kerana meneruskan pemberian BR1M pada tahun ini dan beliau mengharapkan penduduk Langkap yang menerima bantuan itu memanfaatkan bantuan itu dengan membelanjakan wang itu dengan baik.

Dalam pada itu, Iskandar dalam ucapannya mahu orang ramai memahami punca kenaikan harga minyak dan manfaatnya kepada penduduk dengan kenaikan harga minyak berikutan penurunan subsidi yang membawa kepada pemberian BR1M.


Penduduk mendengar ucapan Iskandar.

 

Sokong BN elak kenaikan ketara harga rumah di Kajang- S/U Umno Bandar Kajang.

Sazlan..fikirlah sangat-sangat.
Oleh: Aminudin Ismail.

PENDUDUK Kajang perlu memilih BN pada Pilihanraya Kecil Dun itu pada 23hb ini sekiranya mereka mahu kenaikan ketara hartanah, harga rumah dan cukai pintu di Kajang tidak berlaku bagi memberi peluang kepada mereka yang berpendapatan sederhana dan kecil mampu memiliki rumah sendiri, kata Mohd Sazlan.

Setiausaha UMNO Bahagian Bandar Kajang, Mohd Sazlan Saaban berkata, kenaikan cukai pintu, hartanah dan harga rumah itu membeban penduduk Kajang terutamanya mereka yang berpendapatan kecil dan sederhana.

"Sekarang ini kenaikan cukai pintu, hartanah dan harga rumah mendadak sangat. Harga rumah di Kajang ini terlalu mahal terlalu tinggi. Harga sebuah flat biasa yang saya tahu ialah atas RM80-RM90 ribu yang sememangnya tidak mampu dimiliki oleh golongan rendah yang memerlukan rumah," katanya.

Sehubungan itu, katanya, penduduk Kajang perlu menukar kerajaan sekarang dengan memberi kemenangan kepada calon Barisan Nasional supaya segala bebanan yang ditanggung penduduk Kajang sekarang dapat dikurangkan.

PM kita Dato' Seri Najib sentiasa menyebut tentang kurangkan bebanan rakyat dan saya yakin sekiranya BN kembali memerintah Kajang, bebanan ini dapat dikurangkan supaya mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana mampu hidup dengan sempurna di Kajang ini," katanya.

Dalam pada itu, Sazlan berkata, kempen BN di Bandar Kajang sehingga kini berjalan lancar dan katanya, UMNO Bandar Kajang akan melipatgandakan usaha dalam masa terdekat ini supaya semua agenda kempen akan dapat dilaksanakan.