“Sesiapa pun boleh bercita-cita dan berdoa untuk memperolehi pangkat, kedudukan dan sebagainya.Tiada masalah,” kata Dato’ Seri Haji Ahmad Said secara bersahaja dalam suatu ucapannya.
Doa itu sememangnya sesuatu yang baik bagi kita sebagai orang Islam, termasuklah doa untuk menjadi calon, YB dan sebagainya, hatta hendak menjadi Menteri Besar sekalipun, ujarnya.
Tetapi katanya, apabila sudah diputuskan, telah ditakdirkan kita kena akurlah dengan suratan takdir, kadang-kandang jadi calon sahaja, belum tentu menang lagi.
“Apa yang ditelah ditentukan oleh Tuhan, melalui perantaraan tangan-tangan manusia kita kena akurlah, terimalah, kena berjiwa besar dan tidak berdendam kerana kita juga selalu ucapkan bahawa yang menang tidak menang semua,yang kalah tidak kalah semua”, ujarnya.
“Yang penting kita perlu mendapatkan kejujuran dalam perjuangan.
Mesti ada niat yang ikhlas, cita-cita orang lain kita tidak boleh halang, tetapi sampai masa keputusan telah dibuat, terimalah, redhalah dengan suratan takdir,” katanya.
Tapi, biasalah katanya, seperti kita berdepan dengan anak-anak kita, “kalau yang nakal tu sampai 'tagor' rumah, atau ada yang manja asyik merajuk dan menangis”.
Sebenarnya penulis berpendapat banyak perkara yang boleh kita ambil pengajaran dan iktibar dari kisah-kisah yang dibawakan oleh pemimpin berpengalaman, Dato’ Seri Haji Ahmad berdasarkan ucapan-ucapan beliau.
Walaupun ucapannya kelihatan ‘simple’ sahaja dan kadang-kadang diselang-seli jenaka yang membuat kita tetawa terutama dengan perkataan-perkataan lohgat Terengganu seperti “enjar sesama sendiri”, “buleh nyior” “tagor’’ dan sebagainya lagi tetapi ia cukup mudah difahami secara mendalam oleh yang mendengar, khususnya orang Terengganu.
Tetapi apabila beliau melontarkan kata-kata “
Apa lagi yang rakyat dan pengundi mahukan, Umno telah lakukan bermacam-macam untuk rakyat dari dulu hingga sekarang, ia adalah suatu persoalan yang perlu dibincangkan untuk mencari jalan meningkatkan lagi sokongan rakyat kepada parti yang berjasa ini.
Umno adalah parti yang banyak berjasa berbanding dengan parti-parti pembangkang yang tidak melakukan apa-apa melainkan banyak menimbulkan masalah, tetapi mengapa masih ramai yang tidak mendokong dan mengundi parti itu semasa pilihanraya, katanya.
Ungkap Dato’ Seri Ahmad: “Kadang-kadang kita pemimpin ini ibarat pemain bola, lebih-lebih lagi yang memakai jersey nombor 10, macam-macam diperkatakan dan dikritik hebat oleh penonton, tidak pandailah, ‘benggonglah..bodohlah...” , bahkan kadang-kadang yang membuat kritikan keras itu pun bukan pernah bermain bola pun.
Tetapi ujarnya, memanglah menjadi hasrat kita untuk membuat yang terbaik, kalau boleh hendak sumbat sampai 10 gol dalam satu-satu perlawanan untuk menjadi pemain terhebat dan mendapat pujian penonton dan peminat, tetapi sebenarnya itu di luar kemampuan kita.
Demikianlah anologi yang cukup baik dibuat oleh Dato’ Seri Haji Ahmad dalam ucapannya yang membuat pendengar cukup terpegun dengan penyampaian dan pengolahan mudah dalam ucapan yang disampaikannya itu.
Inilah yang dapat penulis analisa dan kemukakan kepada pembaca setelah mengikut dua ucapan Dato’ Seri Haji Ahmad sewaktu merasmikan retreat Umno Bahagian Marang di sebuah resort di Gambang Kuantan baru-baru ini dan sebelumnya di sebelah petang berucap kepada kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) di setesen janakuasa Paka.
“Bedah siasat perlu untuk kita kenal pasti kelebihan dan kelemahan, apakah Tuhan mahu menguji kita dengan situasi itu, adakah kerana berlaku peteh sesama kita, apakah lagi yang rakyat mahu....semua itu perlu diperbincangkan dalam bengkel dalam retreat untuk mencari jalan penyelesaiannya bagi memastikan parti kita mencapai keputusan yang lebih baik di masa akan datang,” katanya.
Demikianlah seorang pemimpin yang sebenarnya telah hampir 30 tahun berkhidmat kepada rakyat sama ada selaku wakil rakyat ataupun pegawai kerajaan sebelumnya. Sebelum bertanding dalam pilihan raya kecil dan umum 1990 di Dun Kijal, Dato’ Seri Haji Ahmad adalah seorang pegawai tadbir kerajaan negeri.
Wibawanya cukup terserlah dengan ingat fakta dan angka-angka yang menyokong ucapannya itu bila membicarakan tentang pembangunan di Terengganu sekalipun tanpa bernota (orang Terengganu kata ingat dalam kepala).
Dan bila di berhadapan dengna pembangkang di persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), beliau boleh memukau hatta wakil pembangkang sekalipun.
Pengalaman berdebatnya amat hebat.
Hinggakan baru-baru ini, dalam persidangan DUN, beberapa orang wakil pembangkang merayu-rayu mohon ehsan dan simpat Menteri Besar itu untuk menolong orang-orang Pas yang melanggar undang-undang dan peraturan berkaitan tanah.
Ini kerana Dato’ Seri Haji Ahmad berjaya membentangkan fakta yang sebenar tentang kedudukan tanah rezab kerajaan yang diduduki oleh penduduk di sekitar jalan utama Kuala Terengganu-Kuantan iaitu di Pasir Putih (Merchang).
Tanah itu rupanya diceroboh sejak tahun 1964 lagi dan apabila wakil pembangkang mendengar kebenaran hujah Menteri Besar itu, mereka sedar keadaan sebenar lalu memohon jasa baik sebagai rayuan untuk mendapat simpati dan bukannya hak dari segi perundangan untuk mendapat sedikit pampas an setelah tanah itu hendak digunakan semula oleh kerajaan.
Adun Bukit Tunggal, Dr Alias yang pada mulanya menafikan bahawa jawatankuasa yang dibentuk bagi melantik syarikat guaman berkaitan tanah itu bukannya dari pihak Pas tetapi akhirnya terpaksa akur dengan penjelasan Menteri Besar bahawa surat itu terbukti ditulis atas nama lujnah Pas.
“Nampaknya Adun Bukit Tunggal tidak baca dan semak dulu surat sebelum serah kepada saya,” kata Dato’ Seri Haji Ahmad.
Penjelasannya beliau kepada Dewan itu amat menampakkan kelemahan dan kedangkalan Adun Pas itu.
Semua ini menggambarkan bukanlah mudah untuk mencari seorang pemimpin yang serba mampu ini dari segi mesra rakyatnya, kepetahan berhujahnya, membawa pembangunan negeri untuk faedah rakyat seleras dengan konsep Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan (MPPNT) yang diperkenalkannya, program kebajikan rakyat, pembelaan terhadap orang miskin, pendidikan, malah satu-satunya Menteri Besar yang sanggup mengharungi cabaran hingga ke benua Antartika!
Pada 22 April nanti beliau akan menyampaikan Ucaputama Negeri di Dewan Besar Wisma Darul Iman dengan menggunakan slide dan bukti-bukti bergambar tentang pembangunan yanga telah, sedang dan akan dijalankan.
Apa yang diperkatakan nanti jelas menampakkan bahawa beliau membangunan Terengganu dan rakyat dengan perancangan yang plan strategi dan hala tuju yang telah dipetakan terlebih awal.
Malahan, di bawah pimpinannya, Terengganu mempunyai bahagian khas Transformasi Kerajaan negeri dengan bakal memperkenalkan 11 Bidang Keberhasilan Utama Negeri selaras dengan apa yang dijalankan oleh Kerajaan Persekutuan melalui Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Idris Jala.
Dato’ Seri Idris Jala bagi pihak Perdana Menteri akan hadir sama di majlis Ucaputama Negeri dan Pelancaran Bidang Keberhasilan Utama Negeri pada 22 April nanti dan seterusnya menandatangani Memorandum Persefahaman Kerajaan Negeri Terengganu dan Persekutuan bagi tujuan agenda trasformasi kedua-dua kerajaan negeri dan persekutuan itu.
Pertama dalam sejarah dan inilah kehebatan Terengganu di bawah pimpinan Dato’ Seri Haji Ahmad Said. Syabas dan tahniah!
Dato’ Seri Haji Ahmad lah sebenarnya yang memperkenalkan konsep “Rakyat” dan ‘Merakyatkan” kini diterimapakai oleh banyak pihak termasuk oleh Ketua Setiausaha Negara yang memperkenalkan konsep Merakyatkan Pentadbiran Awam.