Umno memerlukan transformasi pemikiran baru, semua ahli
hendaklah berfikiran positif bagi memperkasakan Umno, terutama bagi menawan
pemikiran generasi Y, kata Ketua Umno Bahagian Marang, YB A.Latiff Awang.
Katanya, transformasi Umno seharusnya merangkumi transformasi minda, gaya dan bentuk pengurusan
yang cekap dan transformasi kea rah mendapat
sokongan rakyat dan rakan strategik.
Beliau berkata demikian sempena sambutan Ulangtahun ke 68
Umno.
“Umno perlu membina dan memperkasakan perjuangan dan
membentuk keyakinan rakan-rakan strategik parti dan rakyat keseluruhan,” katanya.
Beliau juga menyarankan agar kepimpinan Umno di semua
peringkat meletakkan KPI dalam setiap
tindakan dan Umno tidak boleh berfikiran jumud, melainkan perlu perubahan paradigma
dalam cara berfikir, yakni di luar kotak kebiasaan, di samping pemimpin dan
ahli yang berhati luhur.
YB A.Latiff yang juga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
bagi portfolio berkaitan transformasi kerajaan, komunikasi dan multi media negeri berkata, Umno mesti menjiwai rakyat, orang
Melayu khususnya dan para pemimpin di semua peringkat perlu turun padang
sentiasa bersama rakyat sama ada di kampung mahupun di bandar.
“Umno perlu terus relevan dan konsisten dalam perjuangan
membela nasib bangsa Melayu dan Umno mesti melakukan transformasi yang berkesan,
stail pengurusan parti yang lebih cekap
dan berinovasi di semua peringkat pusat, negeri, bahagian, Dewan Undangan
Negeri dan cawangan-cawangan” ujarnya lagi.
Beliau berharap program-program parti yang dianjurkan dengan
gerak kerja yang berkesan dan menarik hati pengundi-pengundi dengan membentuk
imej dan identiti yang mulia dan cemerlang.