Halaman
06 June 2014
PPK Setiu usaha estet padi 400 hektar.
![]() |
Saipudin...dijangka mula mac tahun depan. |
KERAJAAN negeri bersetuju memberi kebenaran kepada Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Setiu untuk membangunkan kawasan tanaman padi seluas kira-kira 400 hektar di Kampung Jelapang, Langkap, Setiu yang dijangka akan bermula Mac tahun depan.
Pengurus Besar PPK Setiu, Mohamad Saipudin Abas berkata apabila dilaksanakan kelak, projek itu dijangka akan dapat mengeluarkan sebanyak 1,200 tan metrik padi untuk setiap musim sekaligus dapat mengurangkan pengunaan beras impot untuk kegunaan dalam negeri.
“Buat permulaan, mini estet secara komersil ini akan mengunakan teknologi pertanian moden dengan hanya mengunakan seramai 10 pekerja .
“Satu hektar sawah dapat mengeluarkan tiga tan metrik padi setiap kali dituai dan akan mengeluarkan hasil sebanyak dua kali setahun,” katanya pada satu majlis anjuran PPK Setiu, di Bandar Permaisuri, Kelmarin.
Saifuddin berkata, projek mini estet padi itu adalah kali pertama dilaksanakan di daerah Setiu dan ia adalah projek printis dan akan menjadi ‘rule –model’ kepada beberapa projek seumpama itu yang akan dilaksanakan kelak.
Dalam pada itu, Saipudin mahu setiap petani mempertingkat hasil dan mutu padi supaya pendapatan mereka dapat dipertingkatkan dengan mengikuti beberapa program yang diatur oleh Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Setiu.

WAJAH-WAJAH MAJLIS PENUTUP JAMBORI PENGAKAP
Perasmian Pentutup Jambori Pengakap Antarabangsa Terengganu 2014 yang disempurnakan oleh Y. Bhg. Dato' Seri Paduka Dr. Haji Shafie Haji Mohd Salleh di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail, Telaga Batin, Kuala Terengganu. - Gambar-gambar oleh ZULKIPLI PUTRA.

Dato' Seri Paduka Dr. Haji Shafie Haji Mohd Salleh menyampaikan ucapan perasmian penutup Jambori Pengakap Antarabangsa Terengganu 2014, hari ini. |

PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN DUN TEPOH, TELOK PASU DAN BUKIT TUNGGAL TETAP BERJALAN SEPERTI BIASA, KATA PPP KUALA NERUS, DATO' BASIR ISMAIL
PEGAWAI Pembangunan Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Basir Ismail meminta supaya golongan muda di dalam Parlimen tersebut bersiap sedia dan membuat perancangan tertentu untuk turut serta terbabit dalam sektor pembangunan, ekonomi khususnya, berikutan kerajaan telah bersetuju menjadikan Kuala Nerus sebagai daerah baru.
Katanya, golongan muda hari ini mempunyai peratusan yang besar jumlahnya dalam Parlimen Kuala Nerus sudah tentu mempunyai peranan yang besar untuk mara bersama-sama dengan daerah baru itu.
Beliau
berkata demikian sewaktu merasmikan Kursus Bina Negara pemuda Kuala Nerus yang
di Kem Bukit Sagu, Kuantan petang semalam.
Dato’ Basir
berharap kesinambungan perjuangan golongan muda dapat diteruskan ke arah
membentuk negara yang lebih baik dari masa ke semasa.
Beliau
berkata, pengurusan pentadbiran pemuda di peringkat kampung perlu ditekankan terlebih
dahulu supaya golongan muda di kampung-kampung dapat diberi perhatian
sebaiknya oleh kerajaan melalui saluran
yang ada.
Menyentuh
tentang perlantikan pegawai Pembangunan Dun di kawasan yang tidak diwakili oleh
Barisan Nasioanal (BN) yang tidak diwujudkan, beliau menyatakan sebagai Pegawai
Pembangunan Parlimen, beliau akan membantu mengurus sebaik mungkin
kawasan-kawasan dengan kerjasama pimpinan penyelaras Dun.
Beliau yang
juga Timbalan Ketua Umno Bahagian Kuala Nerus merakamkan ucapan terima kasih
kepada Menteri Besar, Dato’ Hj Ahmad Razif Abd Rahman yang telah memberi
kepercayaan kepadanya menunaikan tanggungjawab sebagai Pegawai Pembangunan Parlimen
Kuala Nerus. Dato’ Hj Ahmad Razif adalah Ketua Umno Bahagian tersebut.
Beliau
berkata, orang Kuala Nerus seharusnya bersyukur kerana kali ini pemimpin
bahagian mereka diberi kepercayaan sebagai Menteri Besar Terengganu.
“Kita
seharusnya bersyukur dan berterima kasih kerana perlantikan Ketua Umno Bahagian
ini sebagai Menteri Besar dan semoga beliau dapat menjalankan tugas dan amanah dengan
baik dan cemerlang, sama-samalah kita doakan,” katanya.

Anggota trafik patah bahu dirempuh penunggang motosikal.
![]() |
Mohamad Radhi (kiri) dikunjungi OCPD Setiu dan anggota trafik di rumahnya di kuarters Polis IPD, malam tadi. |
Dalam kejadian kira-kira jam 3.20 petang itu, L/K Mohamad Radhi Somiran , bersama dua lagi anggota trafik dari IPD Setiu menjalankan satu operasi dengan membuat sekatan jalan raya di Kampung Nyatoh, tiba-tiba sebuah motosikal dari arah Kuala Terengganu ke Kampung Raja melalui jalan pantai meluru ke arahnya dan terus merempuh anggota itu.
![]() |
Radhi...patah tangan dan bahu. |
"Sebuah daripada motosikal itu memecut laju dan langgar kearah saya, ” kata Radhi yang sudah empat tahun bertugas di IPD Setiu itu.
Akibat kemalangan itu, anggota trafik yang berasal dari Johor itu, mengalami patah tangan kiri, pergelangan tangan kiri, bahu kiri serta mengalami beberapa luka pada bahagian muka dan badan.
Beliau segera di bawa ke Hospital Setiu oleh rakan setugasnya untuk mendapat rawatan dan dibenarkan pulang malam tadi.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Setiu, DSP Abdul Rahman Raja Mohamed ketika ditemui di rumah mangsa selepas mendapat rawatan di HS malam tadi, mengesahkan kejadian dan beliau berkata, mangsa dilanggar oleh seorang pemuda berusia lingkungan awal 20-an.
“Motosikal yang merempuh mangsa itu dalam perjalanan dari Kuantan ke kampungnya di Besut bersama dua lagi rakanya yang menunggang motosikal.
"Anggota terbabit telah menjalankan tugas mengikut peraturan yang betul dan penunggang yang kini mendapat rawatan di Hospital Setiu akan ditahan untuk siasatan lanjut” katanya.
![]() |
Seorang wartawan TV (kiri) sedang menemuramah Mohd. Radhi. |

05 June 2014
Peserta Terengganu De Everest 2015 ke Tanzania.
KENANGAN...Lapan peserta Terengganu De Everest 2015 begitu bersemangat ketika mereka bergambar kenangan sebelum berangkat ke Tanzania selama 10 hari untuk mendaki Gunung Kilomanjaro, di MSN Terengganu, Kuala Terengganu, semalam.
Pemergian lapan peserta termasuk seorang wanita serta dua jurulatih Kembara Negara ke Tanzania adalah sessi latihan ke dua sebelum mereka menyahut pendakian sebenar Everest pada 2015 nanti dan turut hadir pada pelepasan di KLIA jam lapan semalam ialah oleh Dato' Khalid Yunus.
Pemergian lapan peserta termasuk seorang wanita serta dua jurulatih Kembara Negara ke Tanzania adalah sessi latihan ke dua sebelum mereka menyahut pendakian sebenar Everest pada 2015 nanti dan turut hadir pada pelepasan di KLIA jam lapan semalam ialah oleh Dato' Khalid Yunus.
80 hadir jamuan makan malam UKOM- Majlis Teater Negeri.
SAMBUT...Exco A.Latiff Awang (tiga dari kanan) bersama-sama membelah kek bagi meraikan perlantikan Menteri Besar, Dato' Ahmad Razif Abdul Rahman di Majlis Makan Malam Unit Komunikasi (UKOM) Negeri Terengganu bersama Badan Gabungan Majlis Teater Negeri Terengganu yang diadakan di Motel Desa, Kuala Terengganu, malam semalam.
Seramai kira-kira 90 jemputan hadir yang terdiri daripada seniman dan aktivis seni teater negeri pada majlis jamuan makan malam itu yang turut diselitkan dengan acara persembahan.
Dalam ucapannya, A.Latiff mahu seniman di negeri Terengganu terutamanya pengiat teater supaya terus menyumbangkan bakat seni mereka ke arah memertabatkan aktiviti seni di negeri ini dan pada malam itu juga beliau menyumbangkan sejumlah wang kepada badan seni itu untuk menjalankan beberapa aktiviti seni mereka.- Aminudin.

Seramai kira-kira 90 jemputan hadir yang terdiri daripada seniman dan aktivis seni teater negeri pada majlis jamuan makan malam itu yang turut diselitkan dengan acara persembahan.
Dalam ucapannya, A.Latiff mahu seniman di negeri Terengganu terutamanya pengiat teater supaya terus menyumbangkan bakat seni mereka ke arah memertabatkan aktiviti seni di negeri ini dan pada malam itu juga beliau menyumbangkan sejumlah wang kepada badan seni itu untuk menjalankan beberapa aktiviti seni mereka.- Aminudin.

200 petani sertai seminar/Ajak golongan muda sertai pertanian- YB Zulkifly.
![]() |
Beberapa petani sedang melihat produk racun yang dipamirkan. |
SERAMAI kira-kira 200 ahli Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Setiu hadir menjayakan program Hari Jalinantani Nafas Ke Arah Peningkatan Hasil Tanaman Padi dan Kelapa Sawit yang diadakan di Dewan Perpustakaan Awam Daerah Setiu, hari ini.
Program yang bertujuan untuk memberi taklimat dan penerangan bagaimana untuk terus mempertingkat hasil pengeluaran tanaman itu dirasmikan oleh Ahli Parlimen Setiu, Che Mohd Zulkifly Jusoh.
Zulkifly dalam ucapan perasmiannya mahu golongan muda menyertai bidang pertanian kerana pendapatan yang diperolehi melalui bidang itu agak lumayan sekira ianya dilaksanakan secara komersil.
![]() |
YB Zul (dua dari kanan) menerima cenderahati dari Nafas. |
Dalam pada itu, Zulkifly berkata, usaha berterusan kerajaan untuk memajukan bidang pertanian dengan menghulurkan pelbagai bentuk bantuan membuktikan kerajaan yang mentadbir negara ini sekarang sememangnya bersungguh-sungguh mahu membantu petani untuk mempertingkatkan hasil pendapatan.
“Jika dahulu, tanpa hasil bantuan baja dan segala input pertanian, hasil penamaman padi pada pada sekitar empat hingga lima metrik tan sehektar tetapi dengan adanya bantuan-bantuan ini, hasil pengeluaran dapat dipertingkatkan antara lapan hingga 10 tan metrik tan sehektar,” katanya.
Sehubungan itu, beliau mahu petani terus memberi sokongan kepada kerajaan supaya segala usaha untuk mempertingkat pendapatan petani yang dilakukan sekarang ini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang,” katanya.
Turut hadir pada program itu ialah Wakil Pengurus Besar NAFAS Mohd Yusof Hassan, Pengerus NAFAS Wilayah Timur, Anuar Hamid dan Pengurus Besar PPK Setiu, Saifuddin Abas.
![]() |
Peserta seminar melihat produk pertanian yang dipamirkan. |
![]() |
Antara ahli PPK Setiu yang hadir. |
![]() |
Ustaz Baharom Yassin membaca doa memulakan program. |

04 June 2014
INILAH PAS..TAK FAHAM PENJELASAN MENGENAI CUKAI PINTU TETAPI SUKA MENIMBULKAN SUASANA KACAU
Walaupun Menteri Besar, Dato' Hj Ahmad Razif Abd Rahman telah menyatakan kedudukan Cukai Pintu bagi Kuala Terengganu akan ditangguh dan dikaji balik untuk mencari yang terbaik untuk rakyat, tetapi nampaknya Pas masih bersikap hendak mengambil kesempatan untuk menimbulkan suasana yang tegang.
Bagaimanapun, Setiausaha Khas Kepada YAB Menteri Besar, Encik Ahmad Nizam Abdul Karim dengan hati yang lapang dan fikiran yang positif menerima kedatangan rombongan Pas dan jawatankuasa terbabit bagi menerima memorandum berkaitan di Wisma Darul Iman, pagi ini, 4 Jun 2014.
PENJELASAN BERKAITAN DAN PERKARA SEBENAR IALAH:-
Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) akur dengan saranan
kerajaan negeri supaya menangguhkan kenaikan cukai pintu, kata Datuk Bandar
MBKT, Dato’ Adzlan Mohd Dagang.
Bagaimanapun kata beliau, kajian terhadap perlaksanaan itu tetap
diteruskan kerana sudah termaktub dalam peruntukan undang-undang Akta Kerajaan
Tempatan 1976 (Akta 171).
Katanya, pihak MBKT tidak boleh sewenang-wenangnya menaikkan
kadar nilaian baru jika tidak mendapat kebenaran bertulis dari Ahli-Ahli Majlis
Mesyuarat Kerajaan Negeri.
“Apa yang dihebah dan dilaporkan dalam akhbar sebelum ini hanya
cadangan dan belum lagi dikuatkuasa, walaupun perkara berkaitan itu dirasakan
perlu kerana MBKT kini terpaksa menanggung bebanan terlalu tinggi dan cukai
pintunya tidak pernah dinaikkan sejak 1981.
Kenyataan Datuk Bandar mengenai cukai pintu. |
“Sepatutnya penilaian untuk kenaikan cukai pintu dibuat lima
tahun sekali, namun di Kuala Terengganu cukai pintu tidak dinaikkan sejak 32
tahun lalu berbanding negeri lain yang ada membuat penilaian cukai pintu selang
lima tahun sekali,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media di
pejabatnya, hari ini.
Dato’ Adzlan turut memberitahu, sehingga kini sebanyak 7,334
bantahan diterima daripada pelbagai pihak, organisasi, badan bukan kerajaan dan
individu.
“Pihak kami sangat mengalu-alukan bantahan itu kerana pelbagai
cadangan turut dimuatkan semata-mata mahu melihat Terengganu terus pesat
membangun.
“Apa yang dicadangkan, termasuk menaikkan kadar nilaian secara
berperingkat-peringkat akan dianalisa oleh Jawatankuasa Penilaian dan
Pengurusan Harta MBKT sebelum dihantar kepada pihak berkuasa negeri,” katanya.
Menurut beliau, notis mengenai senarai nilaian yang disiarkan
dan dihantar kepada 67,320 pemilik harta di Kuala Terengganu adalah tertakluk
kepada Seksyen 141 di bawah akta yang sama.
Katanya, apa yang dikesalkan sekarang ini, mengapa pihak
tertentu ingin mengeruhkan keadaan dengan mengadakan pelbagai cerita bohong,
termasuk kenaikan nilaian cukai sehingga 600 peratus.
“Perkara itu sama sekali tidak benar, mereka berbuat demikian
untuk meraih simpati,” ujarnya.
Subscribe to:
Posts (Atom)