Dr. Ahmad Samsuri ketika berucap menyempurnakan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Persatuan Pegawai Tadbir Negeri di Wisma Darul Iman, hari ini. Foto Oleh: Tengku Syamim Tengku Ismail |
Kerajaan negeri sentiasa bersedia menerima sebarangan pandangan dan kritikan daripada mana-mana pihak demi kepentingan rakyat khususnya dan negeri amnya.
Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, anggota pentadbiran kerajaan mahupun rakyat berhak untuk membuat kritikan yang bertujuan memberi kebaikan kepada corak pentadbiran kerajaan kini.
“Kita hendak ubah satu paradigma pemikiran bahawa ‘The Boss Is Always Right’. Pada saya, itu adalah satu pandangan yang silap. Kita bekerja dalam satu pasukan dan bila dalam satu pasukan, setiap diantara kita daripada bawah sampai ke atas termasuklah menteri besar haruslah berada dalam keadaan minda yang bersedia untuk terima sebarang pandangan mahupun kritikan.