Sebahagian daripada masyarakat India yang tinggal di Ladang Nigel Gardner.
Kerajaan Barisan Nasional (BN) mampu merubah kehidupan rakyat dan bersedia membawa kesejahteraan kepada semua kaum, begitulah mesej terakhir yang dibisikkan kepada pengundi di dalam kawasan Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor menjelang pukul 12malam semalam.
Tugas ‘rayuan terakhir’ itu turut disertai Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said yang bergerak pintu ke pintu setiap rumah estet dalam Ladang Nigel Gardner, Kampung Tagar dan Sungai Kerandang yang rata-rata dihuni kaum India.
Jarak antara rumah ke rumah yang berkilometer jauhnya serta tersorok dan tidak boleh dimasuki kenderaan membuatkan kempen terakhir ini begitu mencabar dan meletihkan.
Namun semangat jentera parti dari Terengganu tidak pernah goyah lebih-lebih lagi dengan kehadiran pemimpin nombor satu negeri yang turut bersama bermandi peluh kerana terpaksa berjalan kaki jarak jauh untuk bertemu pengundi.
Warga emas gembira menerima kunjungan Dato' Ahmad .
Kesediaan pemimpin parti meredah jalan yang berlopak untuk melawat beberapa buah rumah yang tersorok jauh di pedalaman membuktikan bahawa semangat UMNO yang berjuang untuk rakyat tidak kira di mana mereka berada, masih kukuh.
Rakyat yang dilawati kelihatan amat berterima kasih di atas kunjungan di perkampungan yang terletak lebih 30km di pedalaman dan tidak mungkin akan dikunjungi pemmpin, kecuali mereka yang berjiwa rakyat.
TEGANUKITA