Kerajaan negeri akan menyerahkan Pusat Latihan Antarabangsa (ITC) di Teluk Kalong, Kemaman kepada TATI University College (TATiUC) untuk dijadikan asrama bagi kemudahan pelajar yang membuat ijazah lanjutan dan pelajar luar negara.
“Keputusan tersebut diambil dalam mesyuarat Exco yang berlangsung pagi tadi,” kata Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said kepada pemberita selepas majlis penyampaian hadiah Anugerah Desa Cemerlang (ADC) Peringkat Negeri Terengganu di Wisma Darul Iman, petang semalam (11 November).
Katanya, ITC mempunyai 216 bilik yang dilengkapi kemudahan ICT bertaraf dunia dan amat sesuai untuk TATiUC menempatkan para pelajarnya yang mengikuti pelbagai kursus diploma dan ijazah.
“Kerajaan akan membuat penyerahan kepada pihak pengurusan kolej dalam masa terdekat ini setelah mendapat tarikh yang sesuai,” katanya..
Pembinaan ITC yang dilakukan mengikut konsep Harvard Business School dimulakan pada Mei 2005 dan siap sepenuhnya pada Febuari 2008.
Namun dalam lawatan Menteri Besar Ke ITC pada Jun lalu mendapati beberapa kerosakan kecil yang perlu dibaiki segera sebelum dapat digunakan sepenuhnya.
UKOMIndonesia dan UAE tempah e-BookOleh : AIDA ABD RAHMANDua pelajar kembar mencuba e-Book selepas menerimanya daripada Menteri Besar, Dato' Ahmad Said dalam majlis pengagihan papan digital itu di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Gong Badak. - Gambar oleh ZULKIPLI PUTRA.Indonesia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) antara negara yang berminat mengaplikasikan penggunaan e-Book kepada pelajar mereka selepas kerajaan Terengganu memperkenalkan papan digital itu kepada pelajar Tahun Lima sejak pertengahan tahun lalu.
Kedua-dua negara berkenaan masing-masing menempah 200 unit bagi menguji keberkesanan bahan elektronik itu sebelum digunakan secara menyeluruh.
Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said, berkata Indonesia dijangka akan menempah 50,000 unit e-Book daripada kerajaan negeri sekiranya mereka dapat menerima sistem pembelajaran berkonsepkan teknologi elektronik.
Katanya, Sarawak, Melaka dan Pulau Pinang pula antara negeri yang turut menyatakan minat menggunakan e-Book, bagaimanapun kekangan kewangan menyebabkan hasrat negeri berkenaan sukar direalisasikan.
“Ada negeri berminat seperti Sarawak, Melaka dan Pulau Pinang. Masalah sekarang mereka kekurangan sumber kewangan.
“Mereka boleh melaksanakan tidak sebagaimana Terengganu. Terengganu agih terus (e-Book), mereka mungkin sistem pinjaman. Sasaran sampai darjah enam atau darjah lima, selepas itu serah balik dan orang lain pula gunakan,” kata beliau kepada media selepas menyampaikan 1,088 unit e-Book kepada pelajar Tahun Lima di 12 sekolah rendah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tepoh, di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Terengganu, hari ini (9 November).
Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tepoh, Ustaz Muhamad Ramli Nuh.
]
Menteri Besar berkata, buku teks yang dibiayai oleh Kerajaan Pusat mungkin tidak lagi releven untuk digunakan selepas ini, sebaliknya Kerajaan Pusat boleh menggunakan e-Book dan sekiranya tidak mencukupi kerajaan negeri boleh menampung keperluan itu berdasarkan perjanjian yang dibuat.
Beliau berkata, Kerajaan Terengganu yang sudah mendapat kebenaran Intel bersedia membekal secara kredit atau membayar pendahuluan kepada negeri yang berminat untuk mendapatkan bekalan e-Book.
Pelajar sekolah dalam DUN Tepuh menerima e-Book daripada Menteri Besar.
Sementara itu, pada tahun depan lebih 50,000 pelajar dijangka dapat menggunakan kemudahan itu termasuk pelajar Tahun Empat dan Lima.
Manakala pelajar Tahun Lima pada tahun ini akan terus menggunakan kemudahan itu pada sesi persekolahan tahun depan dengan menambah perisian baru bagi memenuhi kandungan pembelajarannya pada tahun berkenaan.
UKOM