Oleh: Aida Abd RahmanEmas Terengganu disumbangkan ratu kanu, Siti Rajiah Ali. Terengganu mengungguli acara kanu yang dipertandingkan di Sukan Malaysia (Sukma) 2011 Kuala Lumpur dengan mengutip tiga emas dan dua perak daripada 6 pingat yang ditawarkan pada hari pertama temasya itu, semalam.
Emas Terengganu disumbangkan ratu kanu, Siti Rajiah Ali menerusi acara K1 ( W ) 1,000 meter dengan catatan masa 5.36 saat diikuti K2 ( W ) 1,000 meter , Nurul Farahim Wahab yang bergandingan dengan Noraishah Yahya yang melakukan catatan masa 5.06 saat.
Manakala emas ketiga pula menerusi Siti Rajiahi, Noraishah, Nurul Farahim dan Norazlina Tajuddin menerusi acara K-4 ( W ) 1,000 meter dengan catatan masa 4.40 saat.
Sementara itu, pingat perak pula melalui Mohamad Azman Ibrahim dan pasangannya Mohamad Syafwatudin Mohd. Azaha bagi acara K2 1,000 meter dengan catatan masa 4.18 saat. Pingat perak kedua melalui acara K4 ( L ) 1,000 meter gandingan Ahmad Faez Mahdi, Khairi Anuwar Mohd , Mohd Hanaffi Yusof serta Muhamad Azmi Ibrahim dengan catatan masa 3.54.
Selain kanu, atlet judo turut menyerlah apabila menghadiahkan dua gangsa di gelanggang Majlis Olimpik Malaysia melalui Yousuff Daniel Fauzi Cruz dan Mohd Shahril Hafiz Abdul Wahab serta Norsafrina Rahman yang berpasangan dengan Norhidayu Muliar pula melengkapkan pungutan pingat kedua berkenaan.
Bagi acara lawan pedang Epee ( L) yang digalas oleh Mohd Roslan bin Mohamed menggegarkan Gymnasium Majlis Sukan Negara Bukit Jalil dengan kedudukan pingat perak.
Syabas buat Kontinjen Terengganu kerana memulakan langkah yang gemilang dengan lapan pingat melibatkan 3 emas, 3 perak, 2 gangsa di hari pertama temasya Sukma Ke- 14.
Dalam perkembangan lain, cadangan pengelolaan Sukma 2011 dibentangkan di Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembangunan pada 27 Mei 2010 dan bersetuju pengelolaan Sukma akan diadakan tiap-tiap tahun.
Majlis Sukan Negara dipertanggungjawabkan menganjurkan SUKMA pada tahun ganjil . Manakala temasya ditahun genap dianjurkan oleh negeri. Temasya Sukma ke-14 Kuala Lumpur disertai oleh 14 Kontinjen dari semua negeri. Sebanyak 19 acara sukan telah dipertandingkan melibatkan 3,336 atlet mengambil bahagian.