Halaman
29 September 2012
26 Pasaraya dan Pasar Borong di Terengganu turun harga barang sempena kempen
Oleh: Mohammad Ishak
Sebanyak 26 pasaraya dan pasar borong di seluruh negeri Terengganu menurunkan harga jualan membabitkan 100 jenis barangan kepada harga yang berpatutan melalui kempen penurunan harga peringkat negeri anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengunaan (KPDNKK) Negeri Terengganu dengan kerjasama Persatuan Pengguna Negeri mulai 1 Oktober ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Dr A Rahman Mokhtar berkata, semua pasaraya dan hypermarket di Terengganu telah bersetuju menurun harga barangan jualan antara 10 hingga 40 peratus sebagai menyahut seruan kerajaan dalam memastikan rakyat dapat membeli barangan keperluan dengan harga yang lebih mjurah daripada biasa.
Katanya, antara barangan yang terlibat dengan penurun harga oleh kumpulan pasaraya dan pasar borong itu termasuk harga ayam, ikan,telur,minyak masak,gula,tepung gandum,makanan bayi,roti,beras dan barangan kering seperti bawang, cili kering, kentang dan rempah ratus.
“ Langkah yang dilakukan oleh pemilik pasaraya dan pasar borong itu nyata dapat membantu rakyat sebagai pengguna mengimbangi kuasa beli mereka dalam peningkatan arus ekonomi disamping dapat mengurangkan beban rakyat dan sebaliknya mampu menjana pertumbuhan ekonomi negara “, kata selepas melancarkan Kempen Penurunan harga Peringkat Negeri Terengganu di perkarangan Pasaraya Pantai Timur di Kuala Besut di sini hari ini.
Menurutnya, kempen penurun harga itu telah dituruti bersama oleh semua pasaraya dan pasar borong diseluruh negeri yang membabitkan penurun harga bagi 60 hingga 100 jenis barang.
Dr A Rahman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Kuala Besut berkata, pasaraya dan pasar hyper yang terlibat dengan kempen penurunan harga itu ialah dari cawangan-cawangan Kumpulan Pasaraya Econjaya Sdn Bhd., Pasaraya Pantai Timur Sdn Bhd.,Pasaraya Samamaju Sdn Bhd.,Pasaraya Aneka Sdn Bhd., Pasaraya Xiri Sdn Bhd., dan Tunas manja Sdn Bhd.
Selain itu termasuk juga Pasaraya Nirwana Maju Sdn Bhd., Emporium Hock Kee Seng Sdn Bhd., Astaka Shopping Centre Sdn Bhd., Sabasun Sdn Bhd. Dan Mydin Wholesale Hypermarket serta Mydin Holdings Berhd.
Dr Rahman berkata, kempen penurunan harga itu akan akan dijalankan pada tempoh minimum selama 30 hari sehingga 3 bulan.
Katanya, kempen itu merupakan kempen kedua dijayakan dimana pada peringkat pertama yang diadakan dari 1 hingga 30 April lalu hanya 9 buah pasaraya sahaja yang menyahut seruan berbanding dengan 16 pasaraya dan pasar borong dengan 26 buah cawangan pada kali ini.
“ Kempen pada kali ini hanya membabitkan barangan berasaskan makanan dan ia dijangka akan diikuti dengan kempen penurunan harga bagi pakaian dan perabot tidak lama lagi”, katanya.
28 September 2012
Seminar Pelebahan SeAsia
Sekitar Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan merasmikan Persidangan ke-11 Persatuan Perlebahan SeAsia & APIEXPO 2012 di Dataran Awam Batu Buruk, Kuala Terengganu.
Gambar-gambar oleh ZULKIPLI PUTRA
Gambar-gambar oleh ZULKIPLI PUTRA
Sultan Mizan Zainal Abidin diberi penerangan mengenai madu lebah oleh peserta program dari Korea Selatan. |
IPGM adakan hari terbuka
Oleh; Esah Abdullah
Instutut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Dato’ Razali Ismail Kuala Terengganu buat julung kalinya mengadakan Hari Terbuka secara besar-besaran selama tiga hari mulai 3 Oktober ini.
Pegawai Pengurusan Hal Ehwal Pelajar IPGM, Encik Wan Zaidi Wan Nawi berkata sempena dengan program itu pelbagai aktiviti menarik disediakan bagi mempromosikan kampus berkenaan kepada umum.
Katanya, selain pameran agensi kerajaan dan institut pengajian tinggi awam dan swasta turut adakan pameran dan jualan daripada pelbagai syarikat termasuk syarikat automotif, telekomunikasi dan komputer.
``Selain itu turut disediakan 30 gerai yang akan menjual pelbagai barangan, makanan dan minuman yang dibuka kepada orang ramai mulai 9 pagi hingga10 malam,’’ katanya.
Tambahnya, pada sebelah malam turut diadakan persembahan kebudayaan termasuk persembahan dikir barat. Turut diadakan wacana minda dengan menjemput beberapa penceramah bagi membincangkan isu-isu masa kini dan juga kursus imam dan billal yang terbuka kepada orang ramai.
Program anjuran Jawatankuasa Perwakilan Pelajar itu dijangka akan dirasmikan oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said pada 3 Oktober depan.
Sehubungan dengan itu, orang ramai terutama penduduk sekitar Kuala Nerus dijemput hadir untuk memeriahkan hari terbuka yang julung kali diadakan secara besar-besaran
.

BN optimis rampas Marang
Oleh: Aida Abd Rahman
BARISAN Nasional (BN) optimis untuk merampas kembali kerusi Parlimen Marang dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang serta Bukit Payong pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.
Keyakinan itu dilontarkan `Giant Killer’ yang juga bekas Ahli Parlimen Marang, Senator Dato’ Abdul Rahman Bakar berdasarkan lima indikator utama iaitu pertama, BN kian diterima rakyat selepas pelbagai transformasi kepimpinan di bawah Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak yang mengutamakan kebajikan menyebabkan rakyat merasa tidak terpinggir.
Pada masa yang sama, peranan Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said yang mengetuai kepimpinan BN dan Umno peringkat negeri pula sentiasa turun padang dan bersama rakyat tanpa mengira waktu dan tempat.
“Asas dan pendekatan itu turut meruntun jiwa rakyat tanpa mengira latar belakang, malah mereka di atas pagar juga mula menyebelahi kepimpinan beliau, sekali gus akan bersama-sama menyokong kerajaan.
“Indikator kedua yang menyokong kenyataan saya adalah mengenai masalah dalaman di Terengganu yang amat kurang sejak kebelakangan ini. Jika dulu orang mengatakan di Terengganu wujud dua puak yang berpecah dalam Umno, bagaimanapun sekarang tiada lagi apabila mereka saling bercampur dan boleh berada di bawah satu bumbung, satu payung. Sekarang permusuhan itu sudah menemui jalan perdamaian demi bagi melihat Umno terus perkasa serta dihormati semua pihak,” katanya ketika ditemui Teganukita, di pejabat beliau,di Gelugor Kedai, Kuala Terengganu, baru-baru ini.
Faktor ketiga, rakyat turut mengenang budi kerajaan yang tidak jemu-jemu melaksanakan pembangunan di mana setiap pelusuk tempat boleh dinikmati pelbagai golongan selaras dengan slogan Kemerdekaan Negara ke-55, `Janji Ditepati’.
“Pelbagai pembangunan berlaku di Marang. Contohnya kemudahan infrastruktur seperti sekolah, jalan raya, balai raya, masjid, surau baru, bangunan baru termasuk kem askar dan juga Institut Latihan Perindustrian.
Daripada segi fizikal, pembangunannya memang `tip-top’ di Parlimen Marang yang turut menaikkan lagi industri desa dan menjana ekonomi penduduk kampung,” katanya.
Faktor keempat, dari segi bantuan dan kebajikan BN kepada rakyat juga diagihkan tanpa mengira waktu malah, terdapat dana yang diberikan kepada rakyat yang kurang berkemampuan tanpa dijangka. “Seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia, dana hari raya, dana bakti remaja.
Malah, bantuan kepada budak sekolah dan kemudahan untuk rakyat seperti Kedai Rakyat 1Malaysia, Klinik Rakyat 1Malaysia (KR1M), tuisyen percuma, e-book dan macam-macam.
“Jadi bantuan itu melekat di hati rakyat. Dalam kerendahan jiwa, rakyat bersyukur walaupun ada di kalangan mereka tidak meluahkannya dan memendam sahaja, hakikatnya mereka berterima kasih dengan jasa kerajaan.
“Rakyat bersyukur kerana kerajaan cakna, mengambil berat selain meringankan beban mereka. Demikian perubahan ketara yang dilaksanakan kerajaan pimpinan BN dan Umno di peringkat negeri serta Pusat. Dulu tidak ada BR1M, tidak ada KR1M, tidak ada bantuan baiki rumah, tidak ada Rumah Mesra Rakyat, rumah orang-orang tua.
Sekarang bertambah banyak dari pelbagai sudut, kategori mahu pun golongan mendapat bantuan. Tiada golongan yang terpinggir. Hatta, kanak-kanak, budak sekolah, remaja, penganggur, isi rumah, ketua isi rumah, orang-orang tua, mahu pun orang sakit dan mereka yang ditimpa musibah seperti kemalangan, kebakaran dan banjir,” katanya.
Beliau berkata, satu perubahan besar dilakukan oleh BN di peringkat negeri serta Pusat sudah pun meresap di jiwa rakyat di mana kesemua mereka tanpa batasan umur, terutama golongan muda, orang atas pagar mahu pun pembangkang menerima dan memanfaatkan kesemua bantuan itu.
Faktor kelima adalah isu yang meruncing di kalangan pembangkang di mana mereka kelihatan setangkai tetapi tidak sebau. Sebagaimana umum mengetahui, Pas hendak menubuhkan negara Islam, DAP tidak bersetuju dan tidak menyokong usaha tersebut.
“Pas kata nak berhudud tapi DAP kata jangan. Seolah-olah Pas tunduk kepada DAP. Jadi, orang tidak yakin dengan Pas sekarang, disebabkan Pas tunduk kepada DAP.
“Dulu negara Islam. Sekarang negara kebajikan. Dulu nak berhudud, sekarang tidak ada hudud sebab tunduk kepada DAP, Lim Kit Siang, Karpal Singh dan sebagainya.Di situ timbul konflik dan masalah di kalangan puak pakatan pembangkang ini,” katanya.
Tambah beliau lagi, isu kedua yang sedang meruncing adalah PKR dengan Pas pun hakikatnya `tidak sebulu’. Contoh, PKR begitu liberal mengenai dasar agama. PKR liberal dan juga pluralisme yang mana prinsip itu bercanggah dengan pegangan Pas. Malah, PKR juga menyokong dan menyertai pemimpin yang melaungkan `LGBT’.
Pada masa yang sama, Pas terpaksa tunduk demi menjaga hati, hubungan dan juga perasaan `adiknya’ ini. Bagaimanapun, mereka yang tunduk terhadap desakan adalah di kalangan pemimpin atasan sahaja termasuk Presiden Pas, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang; Mursyidul Am, Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Naib Presidennya, Mahfuz Omar.
Dari situ menyerlahkan lagi realiti tindakan puak pemimpin Pas yang kian menghancurkan dasar perjuangan mereka sehingga sanggup menggadaikan prinsip dan menjual maruah dan kesucian agama.
“Oleh yang demikian, orang muda serta orang atas pagar sudah hilang kepercayaan terhadap perjuangan Pas disebabkan mereka menjadi pak sanggup dalam pakatan rakyat ini.
“Tindakan Pas itu membuktikan bahawa parti itu tidak lagi dominan dan bukan tunjang kepada pakatan pembangkang ini. Pas kata nak ganti Umno. Umno tulang belakang kepada BN. Itu tidak sama kerana Pas bukan tulang belakang kepada PKR. PAS hanya pengikut. Jadi, orang mula meluat, timbul kebencian dan tiada keyakinan lagi dengan barisan kepimpinan Pas,” katanya.
Menurut Dato’ Abdul Rahman, dalam pilihan raya nanti pun kerusi yang akan dipertandingkan oleh Pas lebih kecil, berbanding DAP dan juga PKR.
“Pas akan bertanding pun lebih-lebih 65 kerusi sahaja daripada 222 kerusi Parlimen. Jadi, orang tak yakin sedangkan lebihan itu dibahagikan antara DAP dengan PKR. Bagi orang orang muda pula, katanya, mereka tidak yakin dengan perjuangan Pas kerana mereka daripada golongan terpelajar dan pastinya tidak akan menggadai maruah.
“Mereka tidak akan menjual maruah, dasar Islam, ketuanan Melayu kepada pembangkang. Ini semua terjadi disebabkan oleh lemahnya Pas, akibat kuatnya pengaruh DAP dan PKR,” katanya. Isu ketiga adalah pemimpin PKR jadi Perdana Menteri jika pembangkang menang dan ternyata pemimpin bukan bukan di kalangan orang Pas kerana `kuasa’ PKR mahu meletakkan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri, seandainya mereka berjaya menawan PRU13.
Bagaimana kriteria bakala PM yang berdepan dan dilabelkan dengan pelbagai moral negatif mengenai skandal seks, rasuah dan sebagainya itu harus diterima.
“Jadi, bersandarkan moral yang teruk bagaimana hendak menjadi pemimpin, lebih-lebih lagi Perdana Menteri sekali gus menyatakan hasrat untuk menawan Putrajaya. Itu momokan saja. Bukan realiti kerana semua sedar dan maklum kemampuan dia dari segi pembahagian kerusi dan masa akan datang. Jadi, kenyataan itu sekadar angan-angan mereka,” katanya.

27 September 2012
Sultan Mizan berangkat ke Masjid Tengku Tengah Zaharah

Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu, Tuanku Mizan Zainal Abidin, berkenan berangkat ke Masjid Tengku Tengku Zaharah, Kuala Terengganu, malam ini bagi menyertai solat hajat, bacaan Yaasin dan doa selamat sempena sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda.
Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Haji Mazlan Ngah; Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan serta para pembesar negeri menyertai program berkenaan.
Ketua-ketua jabatan agensi kerajaan negeri dan Persekutuan serta Pegawai Tadbir Negeri turut hadir bagi menjayakan majlis berkenaan. Majlis tersebut yang disertai kira-kira 400 jemaah, dimulakan dengan solat Maghrib secara berjemaah yang diimamkan Timbalan Mufti Ustaz Haji Mohd Rozi Bidin
Selepas itu diadakan pula solat hajat diikuti bacaan Yaasin dan doa selamat. Majlis tersebut berakhir dengan jamuan makan malam.

23 bakal imam tiga negara Asean lawat Sekolah Menengah Imtiaz
Oleh: Mohammad Ishak
Seramai 23 orang peserta yang terdiri daripada bakal imam dari negara Indonesia, Thailand, Kemboja dan peserta tuan rumah teruja dengan keisitimewaan dan keunikannya sistem pendidikan Sekolah Menangah Imtiaz Besut (SMIB) yang menggunakan sistem pendidikan berasaskan al-quran bagi melahirkan generasi Ulul Albab ketika mengadakan lawatan sambil belajar ke sekolah berkenaan di sini hari ini.
Sekolah Menengah Imtiaz Besut yang terletak di Kampung Pelagat Jerteh yang menjadi sebahagian mercu tanda dan mencipta sejarah di daerah Besut telah dilawati hampir dua jam oleh bakal-bakal imam dari tiga negara asean berkenaan yang bagi mereka merupakan satu-satu institusi di rantau ini yang mempraktikkan pendidik bercorak keislaman untuk dunia dan akirat.
Penyelaras peserta berkenaan, Nik Sukiman Nik Yusof dari Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Cawangan Timur di Bukit Keluang disini berkata kumpulan bakal imam itu merupakan peserta Kursus Kepimpinan Imam Antarabangsa yang berlangsung di ILIM yang telah memilih SMIB untuk dilawati bagi menambahkan pengetahuan mereka tentang pendidikan Islam di daerah Besut.
Katanya, lawatan tersebut amat bersesuaian dengan bakal-bakal imam berkenaan bagi menerapkan kesedaran tentang kepentingan menerapkan ilmu Islam dalam mengimarahkan masjid yang bakal mereka uruskan di negara masing-masing nanti.
Menurutnya , Sekolah Menengah Imtiaz Besut menjadi salah satu lokasi lawatan mereka kerana ia merupakan institusi pendidikan di bawah Yayasan Terengganu yang berusaha melahirkan generasi Ulul Albab di kalangan pelajarnya
” Peserta lawatan melahirkan rasa teruja dengan program sekolah yang bercirikan al Quran itu setelah melihat secara lebih dekat program–program yang disediakan kepada pelajar guru-guru yang terlatih di sekolah berkenaan”, katanya..
Ahli rombongan itu telah diberikan taklimat selama kira-kira satu jam oleh pengetua sekolah, Abdul Wahab Mohd Arshad sebelum dibawa melihat dan meninjau aktiviti yang dilakukan oleh pelajar seharian.
Nik Mohd Sukiman berkata, selain dua lokasi itu, peserta juga akan dibawa melawat ke Taman Tamadun (TTI) Islam Kuala Terengganu esok yang menjadi destinasi pelancong dalam dan luar negara.
Tanaman petai belalang saling melengkapi projek pembangunan di Taman BioPolimer
Oleh; Esah Abdullah
Inisiatif kerajaan negeri menanam petai belalang amat dialukan kerana Kompleks Biopenapisan memerlukan bahan mentah selulosa dalam kuantiti yang tinggi untuk menghasilkan produk-produk terbitan bio apabila mula beroperasi kelak,
Sebagai permulaan sebanyak 40,000 benih petai belalang akan di tanam di kawasan seluas dua hektar bagi menyediakan bekalan biojisim untuk pengiat industri bioteknologi yang beroperasi di kompleks itu.
Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC, Dato’ Jebasingam Issace John berkata, projek tanaman Petai Belalang ini sememangnya bersifat saling menyokong dan melengkapi projek pembangunan yang akan dilaksanakan di Taman BioPolimer yang telah pun membuktikan kejayaannya dalam menarik kedatangan pelabur bertaraf dunia.
Katanya, Kompleks Biopenapisan di Taman BioPolimer Kerteh akan menjadi pemangkin kepada usaha membawa pelabur baru khususnya dalam industri bioteknologi yang mempunyai nilai tambah yang tinggi ke Wilayah ECER amnya dan Terengganu khususnya.
“Kompleks ini juga merupakan mercu tanda penting yang akan menggunakan bahan mentah selulosa untuk menghasilkan produk-produk bio-derivatif seperti karbohidrat lanjutan, bio-kimia, bio-baja dan ramuan suapan aktif,” katanya di majlis perasmian Penanaman Petai Belalang di Hutan Simpan Mercang, Marang hari ini.
Majlis berkenaan dirasmikan oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said. Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Alam Sekitar negeri, Dato’ Toh Chin Yaw; Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan , Pembangunan Masyarakat dan Wanita negeri, Dato’ Yahya Khatib Mohamad; Ketua Pegawai Eksekutif NSE Resources Corporation Encik Azhar Anuar dan Pengarah Perhutanan negeri Haji Azmi Nordin.
Menurutnya, salah satu daripada ciri penting untuk menjayakan projek yang terbesar di Asia ini ialah kewujudan bekalan gula industri dan sumber tenaga yang diperolehi daripada sumber alam khususnya bahan biojisim.
“Bahan biojisim kini tidak lagi terhad kepada bahan buangan sebagai mana persepsi sebelum ini sebaliknya ia boleh dihasilkan melalui tanaman seperti petai belalang untuk menjamin kuantiti di samping mengekalkan kualiti produk yang dikeluarkan seperti gula indistri dan wap tenaga,” katanya.
Dalam perkembangan lain, kedatangan para pelabur seperti Hi-Essence Cable Sdn Bhd, Mie Copper Sdn Bhd, CJ CheilJedang Corporation dari Korea Selatan dan Akema SA daripada Perancis untuk menempatkan projek pengeluaran L-Metionina .
“Ini membuktikan keupayaan kerajaan negeri dan ECER sebagai sebuah destinasi pelaburan yang unggul, dinamik dan kopetitif serta mampu bersaing di peringkat global,” katanya.
Sehubungan itu, ECERDC dan BiotechCorp akan terus bekerjasama dengan kerajaan negeri dalam menarik kedatangan lebih ramai pelabur khususnya dalam sektor bioteknologi.
Dato' Jebasingam Issace John |
Sebagai permulaan sebanyak 40,000 benih petai belalang akan di tanam di kawasan seluas dua hektar bagi menyediakan bekalan biojisim untuk pengiat industri bioteknologi yang beroperasi di kompleks itu.
Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC, Dato’ Jebasingam Issace John berkata, projek tanaman Petai Belalang ini sememangnya bersifat saling menyokong dan melengkapi projek pembangunan yang akan dilaksanakan di Taman BioPolimer yang telah pun membuktikan kejayaannya dalam menarik kedatangan pelabur bertaraf dunia.
Anak pokok petai belalang siap untuk ditanam. - Gambar oleh ZULKIPLI PUTRA. |
“Kompleks ini juga merupakan mercu tanda penting yang akan menggunakan bahan mentah selulosa untuk menghasilkan produk-produk bio-derivatif seperti karbohidrat lanjutan, bio-kimia, bio-baja dan ramuan suapan aktif,” katanya di majlis perasmian Penanaman Petai Belalang di Hutan Simpan Mercang, Marang hari ini.
Majlis berkenaan dirasmikan oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said. Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Alam Sekitar negeri, Dato’ Toh Chin Yaw; Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan , Pembangunan Masyarakat dan Wanita negeri, Dato’ Yahya Khatib Mohamad; Ketua Pegawai Eksekutif NSE Resources Corporation Encik Azhar Anuar dan Pengarah Perhutanan negeri Haji Azmi Nordin.
Dato' Isaace menyaksikan majlis penanaman pokok petai belalang oleh Menteri Besar di Mercang, Marang. |
“Bahan biojisim kini tidak lagi terhad kepada bahan buangan sebagai mana persepsi sebelum ini sebaliknya ia boleh dihasilkan melalui tanaman seperti petai belalang untuk menjamin kuantiti di samping mengekalkan kualiti produk yang dikeluarkan seperti gula indistri dan wap tenaga,” katanya.
Dalam perkembangan lain, kedatangan para pelabur seperti Hi-Essence Cable Sdn Bhd, Mie Copper Sdn Bhd, CJ CheilJedang Corporation dari Korea Selatan dan Akema SA daripada Perancis untuk menempatkan projek pengeluaran L-Metionina .
“Ini membuktikan keupayaan kerajaan negeri dan ECER sebagai sebuah destinasi pelaburan yang unggul, dinamik dan kopetitif serta mampu bersaing di peringkat global,” katanya.
Sehubungan itu, ECERDC dan BiotechCorp akan terus bekerjasama dengan kerajaan negeri dalam menarik kedatangan lebih ramai pelabur khususnya dalam sektor bioteknologi.
Sikap buruk pembangkang beri kesan terhadap bakal jemaah haji Terengganu.
Oleh: Suriati Ali
Akibat sikap buruk pihak pembangkang yang menyertai perhimpunan haram Bersih pada April lalu, turut memberi kesan terhadap peluang bakal jemaah haji Terengganu untuk ke Tanah Suci.
Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Haji Mazlan Ngah, berkata akibat itu, kerajaan negeri hanya mampu menghantar 50 bakal jemaah termasuk kakitangan kerajaan, imam bilal, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) berbanding 150 orang sebelum ini untuk mengerjakan haji pada tahun ini.
Akibat sikap buruk pihak pembangkang yang menyertai perhimpunan haram Bersih pada April lalu, turut memberi kesan terhadap peluang bakal jemaah haji Terengganu untuk ke Tanah Suci.
Dato’ Haji Mazlan Ngah meraikan kakitangan kerajaan yang bakal menunaikan ibadat haji di Mekah |
Beliau berkata, sepatutnya semua 100 orang yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2011 dihantar mengerjakan haji sebagai ganjaran mereka meraih anugerah tersebut.
“Bagaimanapun, disebabkan Kerajaan Arab saudi mengehadkan kuota bagi tujuan tersebut, kita hanya boleh menghantar 50 kakitangan kerajaan menunaikan haji tahun ini,” katanya kepada pemberita selepas berucap pada Majlis Meraikan Bakal-bakal Jemaah Haji Warga Kerja Wisma Darul Iman (WDI) di pejabat itu, hari ini.
Seramai 14 kakitangan dirai termasuk dua orang yang mendapat tajaan kerajaan negeri. Menururtnya, seramai 800 jemaah dari tiga negeri di Pantai Timur akan menggunakan perkhidmatan penerbangan terus dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud ke Mekah atau Jeddah.
“Kesemuanya dijangka berlepas dengan dua penerbangan iaitu pada 9 dan 29 Oktober ini,” katanya. Dato’ Haji Mazlan turut mengingatkan semua jemaah supaya menjaga adap dan kesopanan ketika berada di Tanah Suci sekiranya tidak mahu pelbagai perkara buruk berlaku.
“Setibanya kita ke Tanah Suci, cukup mudah untuk kita ditimpa musibah sama ada perkara kecil atau sebaliknya. “Percakapan dan perbuatan sentiasa dijaga, jangan mengamalkan budaya buruk seperti yang diamalkan segelintir masyakat luar negara,” kataya.
Bakal jemaah haji, Puan Zaleha Yasin (gambar), 56 berkata dia bersyukur ke hadrat Ilahi dan jutaan terima kasih kepada kerajaan negeri kerana dia turut terpilih untuk menunaikan haji bersama beberapa jemaah lain.
“Peluang yang diberi ini dianggap seribu rahmat kerana dia sememangnya sudah lama berhajat untuk ke Tanah Suci, tetapi wang yang dikumpul belum mencukupi,” katanya.

Kerjasama Malaysia dengan negara luar tingkat pengeluaran madu hingga 50 peratus
Oleh: Aida Abd Rahman
Pengusaha madu lebah di negara ini perlu bekerjasama dengan pengeluar utama industri itu seperti di Thailand dan Indonesia bagi memastikan pengeluarannya meningkat sehingga 50 peratus sekali gus bukan hanya mampu memenuhi permintaan dalam negara, malah menjadi pengeksport ke luar negara.
Sehingga kini, Malaysia hanya menghasilkan 10 peratus sahaja keperluan madu dalam pasaran negara, manakala sejumlah 90 peratus produk itu masih diimport dari Australia, China, New Zealand dan Eropah.
Naib Presiden Persatuan Perlebahan SeAsia (AAA), Profesor Dato’ Dr Makhdzir Mardan berkata walaupun lima daripada lapan spesies madu dunia terdapat di negara ini sekali gus menjadi pusat kepelbagaian lebah madu dunia, pengeluaran produk itu amat rendah dan gagal menampung permintaannya yang semakin meningkat.
“Pengeluaran yang tidak menentu juga turut menjejaskan kontrak pengeluar madu dengan syarikat pengeluaran berasaskan makanan khususnya makanan kanak-kanak di negara ini.
“Syarikat pengeluaran makanan seperti Nestle umpamanya memerlukan sehingga 800 tan madu setahun bagi menghasilkan produk syarikatnya,” katanya di sidang akhbar sempena Persidangan lebah Sedunia 2012, di Tingkat 5, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, semalam (26 September).
Turut hadir, Ketua Sekretariat TMT 2013, Encik Ahmad Fathil Abd Ghani. Sebanyak 28 negara seluruh dunia mengesahkan penyertaan dalam persidangan enam hari yang bermula 28 September ini dan bakal dirasmikan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin, di Dataran Syahbandar, Kuala Terengganu, pada 28 September (esok), kira-kira jam 4 petang.
Dato Dr Makhdzir berkata, sebanyak lima bengkel dijalankan termasuk empat daripadanya berlangsung di Universiti Malaysia Terengganu sejak semalam.
Bengkel merangkumi topik bagaimana apiterapi dapat merawat penyakit lumpuh dan arthritis, bahan daripada lebah boleh digunakan untuk tujuan kosmetik, kaedah mengenali madu sama ada tulen atau tidak dengan menggunakan deria bau serta perbezaan madu Malaysia dengan negara lain.
Selain itu, beliau berkata, Terengganu antara penyumbang kepada industri itu di negara ini berikutan terdapat kira-kira 1,000 pengambil madu tualang di Marang dan madu akasia di Setiu yang masih menjalankan aktiviti berkenaan secara tradisional.
“Mereka mengambil madu sebagai mata pencarian dalam tempoh yang panjang sehingga mencapai enam hingga setahun berbanding di tempat lain lebih singkat masanya.
“Oleh itu, menerusi persidangan kita mahu menambah nilai, memperbaiki sistem pemasaran dan juga penjagaan produk berkenaan manakala bengkel pula dapat menurunkan kemahiran bagi menghasilkan keluaran yang berkualiti termasuk kaedah mengenal madu terbaik untuk pasaran yang lebih meluas,” katanya.
Bagaimanapun, pada tahun ini, beliau berkata keadaan agak luar biasa apabila lebah tidak datang sehingga gagal menghasilkan sebarang pengeluaran madu menyebabkan tindakan segera bagi mengatasi masalah itu harus dilakukan.
“Misalannya ketika hujan, panas.. cuaca tidak menentu mengakibatkan perubahan kepada bunga yang menjadi makanan lebah ini, berubah tidak teratur dan berganjak. Jadi pembiakan lebah ini terjejas.
“Ini satu perkara yang bukan sahaja berlaku di Malaysia, malah peringkat Rantau Asia dan dunia yang memberi impak kepada pertanian dan sumber genetik di hutan,” kata beliau lagi.
Sehingga kini, Summer Pasific, di Bintulu Sarawak merupakan perintis kepada industri lebah madu di negara ini yang berupaya mengeluarkan 800 tan madu lebah asli setahun menerusi perusahaan di kawasan tanah seluas 125,000 hektar .

Kerajaan komited usaha tanaman Petai Belalang
Oleh; Esah Abdullah
Kerajaan negeri komited dan bersedia mencagarkan semua tanah terbiar di negeri ini untuk diusahakan dengan tanaman Petai Belalang jika ia benar-benar boleh mendatangkan pulangan lumayan kepada petani di negeri ini.
Menteri Besar Dato’ Seri Haji Ahmad Said berkata, hasil kajian NSE Resourcer Corporation mendapati setiap 10 hektar tanaman ini boleh menghasilkan pendapatan RM2,500 sebulan kepada petani.
“Kita tidak keberatan untuk mengagihkan tanah-tanah terbiar kepada yang berminat untuk mengusahakan tanaman ini sama ada secara berkelompok atau melalui koperasi,” katanya kepada pemberita di majlis Perasmian Tanaman Petai Belalang di Hutan Simpan Mercang, Marang hari ini (27 September).
Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Alam Sekitar negeri, Dato’ Toh Chin Yaw; Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan , Pembangunan Masyarakat dan Wanita negeri, Dato’ Yahya Khatib Mohamad; Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC, Dato’ Jebasingam Issace John; Ketua Pegawai Eksekutif NSE Resources Corporation Encik Azhar Anuar dan Pengarah Perhutanan negeri Haji Azmi Nordin.
Katanya, kerajaan juga akan memastikan harga dipasaran bahan ini stabil agar petani memperolehi pulangan yang baik dan tidak mengalami kerugian.
Setakat ini terdapat tiga sepsis Petai Belalang yang boleh hidup subur di sini iaitu benih dari Australia, Thailand dan dari negara kita di mana ketiga-tiga benih ini telah ditanam untuk melihat perbezaan dari segi pembesaran dan hasil yang boleh dikomersialkan.
“Industri Ini merupakan harapan baru rakyat di negeri ini kerana ia jenis tanaman mudah hidup dan tidak perlu penjagaan rapi dan capai tempoh matang antara 15 hingga 18 bulan,” katanya.
Katanya, sebagai permulaan seluas 9,000 hektar kawasan Hutan Simpan Mercang akan ditanam dengan tanaman akasia ini..
“Kita akan galakkan mereka menanam pokok-pokok berkenaan kerana Kompleks Biopenapisan di Taman Polimer, Kertih memerlukan bahan mentah itu dalam kuantiti yang banyak untuk menghasilkan produk-produk terbitan bio (bioderivatif) seperti karbohidrat lanjutan, biokimia, biobahan, biobaja dan ramuan suapan aktif,” katanya.
Kerajaan negeri komited dan bersedia mencagarkan semua tanah terbiar di negeri ini untuk diusahakan dengan tanaman Petai Belalang jika ia benar-benar boleh mendatangkan pulangan lumayan kepada petani di negeri ini.
Majlis penanaman anak pokok petai belalang di Hutan Simpan Mercang, Marang. - Gambar ZULKIPLI PUTRA. |
“Kita tidak keberatan untuk mengagihkan tanah-tanah terbiar kepada yang berminat untuk mengusahakan tanaman ini sama ada secara berkelompok atau melalui koperasi,” katanya kepada pemberita di majlis Perasmian Tanaman Petai Belalang di Hutan Simpan Mercang, Marang hari ini (27 September).
Ribuan anak pokok petai belalang yang disemai di tempat khas. |
Katanya, kerajaan juga akan memastikan harga dipasaran bahan ini stabil agar petani memperolehi pulangan yang baik dan tidak mengalami kerugian.
Setakat ini terdapat tiga sepsis Petai Belalang yang boleh hidup subur di sini iaitu benih dari Australia, Thailand dan dari negara kita di mana ketiga-tiga benih ini telah ditanam untuk melihat perbezaan dari segi pembesaran dan hasil yang boleh dikomersialkan.
Anak pokok petai belalang yang telah ditanam. |
Katanya, sebagai permulaan seluas 9,000 hektar kawasan Hutan Simpan Mercang akan ditanam dengan tanaman akasia ini..
“Kita akan galakkan mereka menanam pokok-pokok berkenaan kerana Kompleks Biopenapisan di Taman Polimer, Kertih memerlukan bahan mentah itu dalam kuantiti yang banyak untuk menghasilkan produk-produk terbitan bio (bioderivatif) seperti karbohidrat lanjutan, biokimia, biobahan, biobaja dan ramuan suapan aktif,” katanya.
Subscribe to:
Posts (Atom)