Halaman

27 September 2012

Sultan Mizan berangkat ke Masjid Tengku Tengah Zaharah

Sultan Mizan berangkat ke Masjid Tengku Tengah Zaharah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu, Tuanku Mizan Zainal Abidin, berkenan berangkat ke Masjid Tengku Tengku Zaharah, Kuala Terengganu, malam ini bagi menyertai solat hajat, bacaan Yaasin dan doa selamat sempena sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda.


Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Haji Mazlan Ngah; Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan serta para pembesar negeri menyertai program berkenaan.


Ketua-ketua jabatan agensi kerajaan negeri dan Persekutuan serta Pegawai Tadbir Negeri turut hadir bagi menjayakan majlis berkenaan. Majlis tersebut yang disertai kira-kira 400 jemaah, dimulakan dengan solat Maghrib secara berjemaah yang diimamkan Timbalan Mufti Ustaz Haji Mohd Rozi Bidin

 Selepas itu diadakan pula solat hajat diikuti bacaan Yaasin dan doa selamat. Majlis tersebut berakhir dengan jamuan makan malam.