Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Haji Mazlan Ngah (gambar) membuat perakuan bahawa apa yang beliau dapati, penjawat awam (pegawai dan kakitangan kerajaan negeri ) di negeri ini memberi sokongan dan dokongan kepada kepimpinan, terutama berteraskan wawasan kepimpinan untuk “Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan.”
“Dalam penelitian saya, setakat ini kerjasama daripada pihak awam, pentadbiran negeri dan pucuk pimpinan negeri berjalan dengan amat baik,” kataya dalam satu pertemuan dan wawancara ekslusif dengan Pengarang Teganukita, Unit Komuniknasi Negeri.
Malah pegawai dan kakitangan awam memberi sokongan dan dokongan yang baik kepada pucuk pimpinan, pentadbiran dan saya sendiri selaku sekalu Setiausaha Kerajaan.
Berikut adalah wawancara saya (pengarang Teganukita, Unit Komunikasi Negeri) dengan Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Dato’ Haji Mazlan Ngah pada hari ini ,27 September 2012 di bilik pejabatnya di di Wisma Darul Iman.
Dato’ Haji Mazlan dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan pada 16 April 2010, iaitu lebih kurang2 tahun 5 bulan yang lalu:
Pengarang Teganukita: Dalam tempoh perkhidmatan Dato’ sebagai Setiausaha Kerajaan apa yang Dato’ boleh gambar dan lukiskan....?
Dato’ Haji Mazlan: Amat baik sekali perjalanannya, dalam pemerhatian saya setakat ini kerjasama amat baik dari semua pihak, pentadbiran negeri, pucuk pimpinan negeri dan orang awam (ramai) keseluruhan. Suatu kerjasama yang mantap dan amat baik.Masing-masing saling bekerjasama baik.
Pengarang Teganukita: Sokongan pegawai dan kakitangan kerajaan kepada kerajaan dan pimpinan?
Dato’ Haji Mazlan: Apa yang saya perhatikan penjawat awam (pegawai dan kakitangan kerajaan) membei sokongan dan dokongan. Wawasan kerajaan negeri sekarang Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan, semua sokong dan mendokongnya.
Pengarang Teganukita: Tiada yang melakukan kesalahan tatatertib dan adakah diambil apa apa tindakan?
Dato’ Haji Mazlan: Ada. Tindakan tatatertib (disiplin) kita sentiasa ambil. Sepuluh orang telah dibuang kerja dari tahun 2010 hingga sekarang dibuang kerja kerja tidak melanggar tata tertib dengan tidak hadir bekerja.
Pengarang Teganukita: Apakah Dato’ melihat pencapaian Kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu sekarang?
Dato’ Haji Mazlan: Kemajuan dan pencapaian kerajaan BN Terengganu meningkat. Dan diharapkan projek-projek pembangunan dan kemajuan negeri terus dipantau dengan baik oleh petugas (pegawai dan kakitangan yang diberi tanggungjawab). Yang penting mereka perlu juga untuk turun padang memantau apa yang dilakukan di tapak projek.
Pengarang Teganukita: Kita mempunyai wang untuk pembangunan dan projek-projek yang dijalankan untuk kepentingan rakyat?
Dato’ Haji Mazlan: Setiap bajet yang diluluskan kita hendaklah belanjakan secara berhemah mengikut kelulusan yang diberi. Sekiranya terdapat keperluan tambahan hendaklah dibincangkan dengan pihak kewangan negeri.
Pengarang Teganukita: Adakah pengurusan dijalankan dengan cekap dan ikut jadual ?
Dato’ Haji Mazlan: Ya, sebab itulah saya menekankan supaya kita (penjawat awam) hendaklah melakukan tugasan dan arahan yang diberikan dengan cepat dan tepat, kerana jika tidak ia akan member kesan kepada orang ramai. Umumnya baik, tetapi saya harap yang ada kalanya lambat dipercepatkan, saya kurang puas hati kalau sesuatu itu lambat diuruskan.
Pengarang Teganukita: Apa harapan Dato’ kepada pegawai dan kakitangan kerajaan?
Dato’ Haji Mazlan: Nasihat saya kepada semua penjawat awam supaya melaksanakan tugasan dengan sebaik mungkin sebagaimana yang dihasratkan oleh pucuk pimpinan kita, iaitu Menteri Besar selaras dengan pendekatan “Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan “ yang diperkenalkan.