Halaman

12 February 2013

LPP Terengganu kenal pasti tapak TKPM baru

Oleh: Noraini Jusoh

Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Terengganu sedang mengenal pasti tapak Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) baru bagi dijadikan mini TKPM.

Pengarahnya, Tuan Haji Shamsuddin Mat Rani berkata, terdapat empat TKPM sedia ada di negeri ini iaitu di Marang, Setiu, Besut dan Kemaman tetapi lokasinya jauh dari penempatan penduduk.

"Jumlah TKPM sedia ada belum mencukupi untuk menampung keperluan penduduk yang kian meningkat.

"Selain itu, kesan pembangunan juga akan menyebabkan kawasan pengeluaran makanan mengecil dan bagi mengelakkan kawasan pengeluaran makanan ini pupus, kita akan berusaha mencari kawasan khusus untuk dijadikan tapak TKPM baru dan mini TKPM,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Majlis Penyampaian Anugerah dan Penghargaan kepada Peladang, Penternak dan Nelayan Sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan 2012 dan Kursus Usahawan Peladang di Wisma Peladang Terengganu, baru-baru ini.

Katanya, setakat ini belum ada kawasan khusus yang dikenal pasti untuk dijadikan tapak baru bagi menjalankan projek TKPM.

"Bagi menampung kuantiti pengeluaran makanan, kita mungkin akan membangunkan tanah rezab jabatan-jabatan kerajaan yang belum digunakan bagi mewujudkan mini TKPM.

"Dengan adanya mini TKPM, selain dapat menyumbang kepada pengeluaran makanan negara, ia juga dapat memberi peluang kepada pengusaha untuk menambah pendapatan, contohnya dengan mengusahakan tanaman sayur-sayuran secara lesen sementara di atas tapak tersebut,” katanya.

 

HALANG TETAP HALANG, HALANG SAMPAI MEREKA HILANG...TUKAR KERAJAAN BUKAN TUKAR CELANA, SILAP TUKAR HIDUP AKAN MERANA!!

Oleh: Ruslan Abdul Rahman


Rakyat di Terengganu pernah terpengaruh dengan slogan- ‘acu ubah
sekali’hingga akhirnya Terengganu diberikan kepada Pas dan kerana
sangkakan Pas bawa perubahan itu lebih baik.

Tetapi dengan sekelip mata dalam PRU 10, Terengganu hancur lebur
dari sebuah negeri yang harmoni dan aman-makmur menjadi kucar-
kacir pada malam bertukar kerajaan itu juga.

Pas dan pembangkang yang tiba-tiba ditakdirkan menjadi kerajaan
dengan budaya samsengnya terus mengadakan huru-hara dengan
perarakan kemenangan di jalan-jalan raya dan Wisma Darul Iman
ditawan dengan rakusnya.

Pada malam itu pusat pentadbiran di kepung seolah-olah berebut harta
rampasan perang.

Kereta-kereta bekas Exco Kerajaan yang dirampas di jalanan dengan
kasar dan kerasnya, hingga ada wakil rakyat yang terpaksa berjalan kaki
dan cari teksi .

Dendam kesumat puak-puak Pas ini amat hebat, lupa segala ajaran
murni agama Islam yang dilaungkan.

Segala itu tidak pernah dilupakan rakyat Terengganu.

Mereka sangkakan hukum hudud dan pentadbiran menurut
perlembagaan Islam dijalankan, tetapi akhirnya hampa bila mana
Menteri Besar, Haji Hadi Awang hanya mampu berkata, hudud hanyalah
0.0001 dari perundangan Islam.

Beliau berkata demikian ketika berdialog dengan pegawai dan
kakitangan kerajaan tidak berapa selepas Pas menjadi kerajaan .

Pengundi yang terpengaruh dengan slogan acu ubah sekali itu
sangkakan kerajaan Pas lebih adil dan utamakan golongan susah dan
miskin...tetapi rupa-rupa wang zakat juga dibahagikan kepada anak-
anak Exco Kerajaan Pas menafikan hak golongan yang daif dan derita.

Disangkakan hak orang miskin akan terus dibela, tetapi sayangnya
yang berlaku selepas Pas menjadi kerajaan di bawah pimpinan yang
disangkakan ulamak itu telah memotong bantuan kepada 1 492
penerima bantuan bulanan kebajikan masyarakat.

Ditamatkan elaun 2,048 guru al-Quran seluruh Terengganu dan
dihapuskan imbuhan kepada hafiz dan hafizah al-Quran hatta yang buta
penglihatan serta elaun qariah yang berjasa Hajah Rogayah Sulong juga
ditamatkan!!

Mereka kata mereka daulatkan Islam dan Al-Quran tetapi itulah realiti
yang mereka lakukan!!



PSY puji Perdana Menteri

Oleh: Kamarudin Mat Akib 

Penyanyi terkenal Korea Selatan, PSY yang baru saja membuat persembahan di negara ini, turut memuji kehebatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Penyanyi lagu popular Oppa Gangnam Style yang digilai masyarakat seluruh dunia itu telah menghantar tweet mesej kepada Perdana Menteri yang berbunyi “U were horter than weather, hotter than ever!! One Malaysia!! (Anda lebih hangat daripada cuaca, lebih hangat daripada biasa!! Satu Malayia!!).

Ini bermakna dalam kesibukan membuat persembahan di seluruh dunia, penyanyi tersebut masih berpeluang mendapatkan maklumat mengenai Dato’ Seri Mohd Najib dan mengkagumi ketokohan beliau sebagai Perdana Menteri.

Tentunya, sebelum datang ke negara ini PSY atau nama sebenarnya Park Jae Sang, sudah dikhabarkan bahawa Dato’ Seri Najib merupakan pemimpin yang berwibawa dan berjaya membawa perubahan besar kepada negara ini melalui program transformasinya.

Justeru itu, setelah melihat sambutan hangat yang diberikan rakyat kepada Perdana Menteri yang turut hadir menyaksikan persembahannya di Pulau Pinang, PSY menghantar mesej tersebut kepada Dato’ Seri Mohd Najib, bagi melahirkan kekagumannya kepada Perdana Menteri, secara ikhlas.

Pujian penyanyi sensasi dunia itu terhadap Perdana Menteri, sepatutnya menjadi kebanggaan bagi seluruh rakyat Malaysia kerana amat jarang pemimpin negara lain yang mendapat pujian seumpama itu.

Kita semua maklum bahawa rakyat Korea masih lagi memegang kuat tradisi timur dan masih terikat dengan tata susila.

Justeru itu, bila mereka lihat seseorang yang dikagumi, mereka tidak segan silu untuk memujinya sebagai tanda hormat.

Kehebatan Perdana Menteri menerajui negara memang sentiasa mendapat pujian masyarakat luar negara, cuma puak-puak pembangkang saja yang tidak tahu menghargainya.

Sebagai rakyat yang bijaksana dan berfikiran waras, kita semua perlu menghargai jasa-jasa yang telah dicurahkan oleh Dato’ Seri Mohd Najib setelah hampir lima tahun mengetuai pentadbiran negara.

Kita semua perlu memberi sokongan kepada Perdana Menteri dan saf kepimpinan Barisan Nasional (BN) bagi memastikan BN menang dengan majoriti dua pertiga pada pilihan raya umum kali ini.

Terengganu paling rendah kemalangan

Kadar kemalangan di Terengganu paling rendah Terengganu mencatat kadar kemalangan jalan raya paling rendah berbanding negeri lain menerusi Ops Selamat II yang bermula 3 Februari lalu dan berakhir 17 Februari nanti.

Berdasarkan perangkaan polis, kadar kemalangan di negeri ini menurun sebanyak lima peratus di mana ia amat positif dalam usaha kerajaan mengurangkan kemalangan jalan raya.

Begitu juga statistik pecah rumah di negeri ini turut menunjukkan penurunan dan pihak polis akan berusaha lebih gigih bagi memastikan keadaan itu dapat diteruskan.

11 February 2013

PRU13 : 342 PDM bersedia

Oleh: Aida Abd Rahman

Semua 342 pusat daerah mengundi (PDM) di seluruh Terengganu bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tidak lama lagi, kata Pengarah Strategik Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu, Datuk Rosli Mat Hassan.

“Umno negeri sudah menjalankan persiapan rapi sejak tahun lalu termasuk memastikan keperluan logistik dan peralatan kempen mencukupi sepanjang PRU13 nanti.

"Malah, simulasi pilihan raya sudah pun diadakan secara manual dan dalam talian bagi menguji tahap persediaan Barisan Nasional (BN) Terengganu dan mengenal pasti kelemahan yang perlu diperbaiki supaya persiapan lancar dan mantap. Sehingga kini, hanya menunggu senarai calon dan masa untuk memastikan BN menang besar di 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang kita kenalpasti," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan di Pusat Media Kelab Wartawan Terengganu (Kawat) di Jalan Sultan Sulaiman, baru-baru ini.

Datuk Rosli yang juga Ketua Perhubungan Umno Bahagian Dungun berkata Umno Terengganu yakin dapat menarik sokongan akar umbi termasuk pengundi atas pagar berikutan pelbagai pakej Bantuan Rakyat 1Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak yang memberi manfaat kepada rakyat negara ini .

Katanya lagi, Terengganu dianggap negeri yang unik kerana melaksanakan pelbagai program bantuan untuk kebajikan rakyat termasuk Dana Khas Raya, Dana Perubatan Sosial dan Tabung Darul Iman yang menjadi faktor kekuatan BN di negeri itu.

"Kemenangan itu juga berasaskan kepada situasi politik semasa di peringkat nasional ketika ini berada dalam keadaan sangat baik berikutan pihak pembangkang ketandusan isu, malah kerapuhan pakatan parti pembangkang juga semakin terserlah hari demi hari.

"Rakyat semakin bijak menilai parti manakah yang benar-benar membantu rakyat dan parti mana yang hanya pandai menabur janji, namun tidak pernah ditepati," katanya.

Selain itu, kecenderungan pengundi muda untuk menggunakan media baru adalah perkembangan baik untuk BN kerana kumpulan khas yang terdiri daripada golongan muda boleh digerakkan untuk mendekati dan memberi penerangan kepada generasi muda lain melalui medium itu.

Pesakit terharu terima kunjungan MB

Oleh: Suriati Ali
Gambar: Hazli Mustafa

Tiada yang mampu diucapkan pesakit dan penerima Bantuan Atap Biru melainkan jutaan terima kasih apabila menerima kunjungan istimewa daripada Menteri Besar Dato’ Seri Haji Ahmad Said.

Dato’ Seri Haji Ahmad sempat meluangkan masa hampir sehari bagi melawat 13 pesakit dan uzur terlatar di Kampung (Kg) Darat, Kg Beris Nenas dan Kg Bukit Anak Dara, Kijal, Kemaman, semalam.

 Lebih istimewa, Pegawai Perubatan Klinik Awana Kijal, Prof Dr Selvaraj Y Subramaniam turut serta dalam kunjungan itu bagi merawat pesakit secara lebih terperinci.


 Dato' Seri Haji Ahmad sentiasa prihatin dan tidak pernah jemu menjaga kebajikan penduduk terutama yang keuzuran 

class="fullpost">

 Hadir sama isteri Menteri Besar, To’ Puan Seri Hajah Norliza Mahmud, 20 ahli Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Kemaman dan 15 kakitangan Pusat Khimat Masyarakat DUN Kijal.

Rombongan itu menghulurkan wang sumbangan dan pelbagai barangan keperluan dapur bagi meringankan beban membeli ubat, lampin pakai buang dan susu khas.

 Pada masa sama, rombongan itu turut membantu tiga penduduk di Kampung (Kg) Darat, Kijal yang kurang berkemampuan memasang atap biru yang disumbangkan kerajaan negeri.


Prof Dr Selvarajsetia bersama Dato' Seri Haji Ahmad bagi merawat pesakit

Rata-rata pesakit dan penerima atap biru menyatakan perasaan terharu dan gembira kerana pemimpin utama negeri sudi menjenguk mereka walaupun menyedari sibuk mengurus pelbagai urusan harian terutama kini semakin tiba Pilihan Raya Umum (PRU) Ke 13.

 Isteri pesakit, Rahmah Abu Bakar, 78, berkata terima kasih banyak kepada Menteri Besar dan kerajaan negeri sebab sudi melawat suami, Abdul Karim Jusoh, 80 yang sudah sepuluh bulan terlantar akibat serangan strok.

Katanya, kunjungan Dato’ Seri bersama rombongan lain cukup bermakna, selain sedikit sebanyak meghilangkan rasa sedih dengan apa yang dialami itu.

"Segala nasihat Dato’ Seri dan doktor supaya terus tabah menjaga suami dengan memberi makanan berkhasiat, mengurut, dan tidak putus asa berdoa akan dituruti,” katanya.

 

Sambut Maulidul Rasul di atas rakit


Peserta berakit di Sungai Besut

Oleh: Mohammad Ishak 

Penduduk di kawasan pedalaman Hulu Besut mempunyai kelainan tersendiri menyambut Maulidul Rasul tahun ini apabila mereka mengadakan aktiviti itu di atas rakit.

Program anjuran Pergerakan Pemuda Umno Hulu Besut itu, satu aktiviti menarik dan mendapat sambutan penduduk setempat kerana ia agak berlainan dengan acara yang biasa dilakukan untuk sambutan berkenaan.

Penyelaras program, Wan Zulkifli Aizan Zakaria, berkata menerusi program itu peserta secara berkumpulan dapat melahirkan daya kreativiti masing-masing untuk menghias rakit diperbuat daripada buluh.

Katanya, seramai 130 peserta mewakili 13 peti undi dari Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Besut menyertai program berakit sehari menyusuri Sungai Besut.

ADUN Hulu Besut,Nawi Mohamad melakukan upacara pelepasan di Kampung Batu 13, manakala ADUN Jertih, Datuk Seri Idris Jusoh yang juga Ketua Umno Bahagian Besut,melakukan upaca penutup dan menyampaikan hadiah kepada pasukan yang berjaya.

Pihak penganjur menyediakan hadiah wang tunai RM1,000 kepada pasukan yang bergelar johan, naib johan RM700 dan ketiga RM600.

Beliau berkata, program itu selain menguji semangat kerja berpasukan peserta ia juga bertujuan menggalakkan peserta mengenai kededaran menjaga khazanah alam yang banyak terdapat sepanjang sungai berkenaan.

Sambutan Tahun Baru Cina Parlimen Besut tetap meriah



Oleh: Mohammad Ishak 

Sambutan Tahun Baru Cina peringkat Parlimen Besut tetap meriah dan mendapat sambutan daripada penduduk pelbagai kaum di daerah itu.

Majlis yang berlangsung di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hwa, Jertih dihadiri oleh semua pemimpin Barisan Nasional (BN) Besut serta komuniti setempat.

Antara tetamu yang hadir ialah Ketua UMNO Bahagian Besut, Dato;Seri Idris Jusoh yang juga ADUN Jertih, Timbalanya, Nawi Mohamad (ADUN Hulu Besut), Naib Ketua, Muhamad Pehimi Yusof (ADUN Kota Putera), Setiausaha Bahagian,Dr A Rahman Mokhtar (ADUN Kuala Besut), Bendahari, Dato’ Seri Dr Abdullah Md Zin,(Ahli Parlimen Besut), ADUN Jabi, Ramlan Ali

Yang lain ialah, Ketua MCA Besut, Lee Chan Fook,Ketua Wanita UMNO Bahagian, Engku Naimah Engku Taib, dan Ketua Puteri UMNO, Che Senah Sulaiman. Pada majlis itu tetamu turut disajikan dengan pelbagai jenis jamuan selain dapat beramah mesra dengan pemimpin terbabit.

Berucap pada majlis itu, Idris mahu masyarakat Cina negeri ini terus menymokong BN bagi mempastikan ekonomi negara terus kukuh dan rakyat berada dalam keadaan aman dan sejahtera.

Katanya, jika pembangkang memerintah Malaysia dikhuatiri keadaan akan berlaku sebaliknya dan rakyat tanpa mengira bangsa akan berada dalam keadaan tidak selesa.

“Oleh itu, pada Pilihan Raya Umum (PRU13) rakyat patutk menolah Pakatan Rakyat (PR) kerana gabungan mereka adalah rapuh dan tidak kosisten dalam mengurus negara,” katanya.

RM2 bilion naiktaraf landasan kereta api

Oleh; Esah Abdullah

Rakyat Terengganu bakal menerima perkhidmatan kereta api laju sebagai altenatif pengangkutan awam untuk ke beberapa destinasi di negara ini apabila projek menaiktaraf landasan diluluskan.

Pengerusi Jawatankuasa Perindistrian, Perdagangan dan Alam Sekitar negeri, Dato’ Toh Chin Yaw berkata, projek menaiktaraf landasan sudah diluluskan dan kini dalam proses kajian dan reka bentuk.

“Projek berkenaan dianggarkan menelan kos hampir RM2 bilion,” katanya dalam sidang media di majlis Sambutan Tahun Baru Cina di Dewan Tunku Abdul Rahman, Kuala Terengganu semalam..

Katanya,setakat ini kita mendapat kelulusan untuk menyambung dan melebarkan landasan dari Pelabuhan Kemaman terus ke Bukit Besi.

Menurutnya landasan asal dari Kawasan Perindustrian Gebeng Kuantan ke Kemaman dan Kerteh dikhaskan untuk muatan kargo sahaja.

Katanya, usaha menaiktaraf landasan termasuk melebarkannya akan disambung ke Bukit Besi ke Chabang Kerteh seterusnya ke Teluk Kalong, ke Pelabuhan Kemaman, Gebeng dan Pelabuhan Kuantan.

“Projek ini juga akan disesuaikan dengan teknologi terkini, iaitu di samping untuk kegunaan pengangkutan kargo juga untuk pengangkutan awam,” katanya.

Katanya projek ini diharapkan berterusan ke laluan Kuala Terengganu, Kuantan, Mentakab dan terus ke Kuala Lumpur yang akan menjadikan satu sistem pengangkutan lengkap dan menyumbang dalam pembangunan aktiviti industri di sini.
 

Peranan jentera JR penting

Oleh: Noraini Jusoh

Peranan jentera Jalinan Rakyat (JR) di kalangan ahli wanita Umno sangat penting dalam memastikan pengundi menyokong Umno dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) tidak lama lagi.

Ketua Pergerakan Wanita Umno Perhubungan Negeri Terengganu, Datuk Fatimah Hamat berkata, Terengganu mempunyai kira-kira 18,000 jentera JR.

"Peranan mereka adalah untuk mendekati pengundi di mana seorang ahli wanita Umno yang bertindak sebagai JR akan menjaga sepuluh buah rumah yang berdekatan dengan rumahnya.

"Semua yang layak mengundi dalam rumah di bawah jagaannya menjadi tanggungjawab JR berkenaan untuk memastikan segalanya berjalan lancar contohnya seperti pendaftaran pengundi terbabit,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada Teganukita ketika ditemui pada Majlis Penganugerahan Pensijilan ISO 9001:2008 di Hospital Pakar Kuala Terengganu (KTS) baru-baru ini.

Katanya, selain dari tugas tersebut jentera JR juga berperanan mengenalpasti setiap permasalahan yang dihadapi pengundi di bawah jagaannya dan sekiranya ada apa-apa masalah, mereka akan melaporkan perkara tersebut kepada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) untuk tindakan lanjut.

Mengulas mengenai siapa calon yang akan bertanding pada PRU-13 nanti, katanya telah menjadi pendirian wanita untuk akur kepada siapa juga calon yang dipilih.

"Cuma harapan saya agar calon yang terpilih akan menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan dengan sebaik mungkin,” katanya.