Halaman

24 April 2013

Kem Si Penyu UMT

Oleh: Aida Abd Rahman

Unit penyelidikan Penyu (SEATRU), Institut Oseanografi dan Sekitaran (INOS), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) akan mengadakan program kesedaran penyu khas kepada 39 pelajar Tahun Lima Sekolah Kebangsaan Pulau Redang bermula esok.



Program dua hari merangkumi dua siri pada 25 hingga 26 April dan 3 hingga 4 mei ini merupakan aktiviti tahunan di Santuari Penyu Chagar Hutang, Pulau Redang yang dilaksanakan sejak 1996.

Menurut Pejabat Komunikasi Korporat UMT, peserta yang mengikuti kem berkenaan akan dibimbing fasilitator yang terdiri daripada 12 pelajar MMB4300 (Biodiversiti dan Pemuliharaan Marin) dengan dibantu lapan sukarelawan penyu.

“Selain memupuk rasa saying dan cinta kepada penyu, program ini jug secara tidak langsung akan memberi pendedahan serta latihan kepada pelajar MMB4300 dalam pengendalian sesuatu program outreach.

“Objektif kem bagi memupuk kesedaran di kalangan orang awam terutama pelajar sekolah rendah mengenai kepentingan penyu dan usaha pemuliharaan yang dilakukan untuk melindungi haiwan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan akhbar kepada media, semalam.

Menurutnya, kesedaran yang diperolehi pelajar dari kem itu akan ditrjemahkan kepada semangat cintakan alam semula jadi dan azam untuk membantu memulihara penyu.

Katanya, pemilihan pelajar sekolah rendah sebagai golongan sasaran untuk kem ini adalah wajar berikutan golongan muda bakal menjadi pelapis pemimpin masa hadapan dan bertanggungjawab memulihara alam sekitar.

“Pelbagai aktiviti menarik dan interaktif akan dilaksanakan semasa kem itu antara aktiviti itu ialah menganalisa sarang penyu, melihat penyu bertelur, membuat sarang penyu dan aktiviti kesedaran untuk pemuliharaan penyu.

 “Selain itu, peserta juga akan dikehendaki untuk menandatangani aku janji untuk memakan telur penyu,” katanya.





Terengganu cadang Idris jadi Menteri Kabinet jika BN berkuasa


Ahmad (tengah) bersama Idris dan calon BN di Parlimen Besut mengangkat tangan tanda sepakat menentang PAS

Oleh: Mohammad Ishak 

Kerajaan negeri akan mencadangkan Perdana Menteri melantik Ketua UMNO Bahagian Besut, Dato’ Seri Idris Jusoh sebagai salah seorang anggota kabinet apabila Barisan Nasional (BN) berkuasa semula selepas pilihan raya nanti.

Menteri Besar, Dato’Seri Ahmad Said berkata, bagi mempastikan harapan itu berjaya pengundi di Parlimen Besut perlu mempastikan Idris calon Parlimen Besut,mendapat manjoriti besar dalam PRU13.

 “Takkaln lah selepas mendapat manjoriti besar Perdana Menteri tidak melantik Idris sebagai menteri kebinet yang mewakili Terengganu,” katanya selepas mengadakan perjumpaan dengan jentera pilihan raya DUN Kuala Besut, petang semalam.

Ahmad juga menafikan tomahan sesetengah pihak beliau dan Idris bermusuhan dalam politik sejak krisis jawatan Menteri Besar pada 2008. “Itu anggapan orang dan sememangnya dalam politik macam-macam orang melihat pemimpin, yang pasti kami tekad untuk bekerjasama mempastikan BN kekal di Terengganu.

Beliau berkata, engaruh rakyat Kelantan yang memberi sokongan kepada PAS tidak sedikitpun mempengaruhi pengundi di kawasan Parlimen Besut untuk mengundi Barisan Nasional (BN) pada setiap kali pilihan raya umum diadakan.

Katanya, kawasan Parlimen Besut adalah kubu kuat dan banteng pertahanan BN yang paling kukuh di Terengganu sejak sekian lama.

Oleh itu,katanya, tidak tumbul pengundi di Besut menyokong pembangkang walaupun mereka tinggal di berhampiran sempadan Kelantan/Terengganu. Malah,kata Ahmad faktur itu diperkukuhkan lagi dengan kebijaksanaan pimpinan BN Besut diterajui bekas Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh yang berpengalaman luas dalam menghadapi pembangkang.

“Saya yakin dengan barisan BN Besut yang sentiasa kukuh dan padu akan mendapat manjoriti lebih besar pada PRU13 ini,” katanya. Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri itu,menaruh harapan Besut akan membuktikan kejayaan cemerlang dengan adanya semangat tinggi penyokong parti yang ingin melihat negeri ini terus kekal di bawah BN.

 Hadir sama Calon Parlimen Besut, Dato’ Seri Idris Jusoh, calon DUN Kuala Besut, Dr A Rahman Mokhtar dan Nawi Mohamad DUN Hulu Besut.

Sokong kerajaan atau dikena tindakan disiplin – PBPMT

Oleh; Esah Abdullah

Persatuan Bekas Polis Malaysia Terengganu (PBPMT) memberi ingatan kepada lebih 4,800 ahli seluruh negeri terus setia kepada kerajaan memerintah kerana itu termaktub dalam Undang-Undang Tubuh Persatuan.

Pengerusinya, Haji Hussin Awang Ngah, berkata mana-mana ahli yang tidak mematuhi Undang-undang Tubuh Persatuan bakal berdepan tindakan disiplin.

“Sekiranya terdapat mana-mana ahli secara jelas mempamerkan sikap tidak menyokong kerajaan memerintah tindakan disiplin boleh diambil terhadap mereka,” katanya ketika ditemui dalam satu majlis di Hotel Permai baru-baru ini.

Katanya, mereka terbabit akan dirujuk kepada Jawatankuasa Disiplin Pusat dan surat tunjuk sebab akan dikeluarkan mengapa tindakan tidak boleh diambil kepada mereka.

Menurutnya setakat ini belum ada mana-mana ahli yang secara jelas mempamerkan sikap mereka menentang kerajaan, sebaliknya tidak menolak kemungkinan ada yang bangkang secara sembunyi.

“Tindakan tegas akan diambil jika ahli menjadi calon, pencadang atau penyokong calon bertanding atas tiket parti pembangkang,” katanya.

Beliau turut melahirkan rasa terkilan sikap segelintir anggota pasukan keselamatan berpaling kepada parti pembangkang apabila bersara serta menyifakan perjuangan mereka sebelum itu adalah sia-sia.

“Semasa bertugas kita memikul senapang serta sanggup tahan kepala dan dada kita terdedah dengan ledakan peluru musuh semata-mata untuk pertahankan negara tetapi selepas bersara kita belot kepada negara, apa maknanya tu,” katanya.

Baginya, selagi bernama pejuang bangsa dan negara walaupun sudah bersara, sampai bila-bila pun kedaulatan dan keamanan negara mesti dipertahankan kerana itu ikrar anggota keselamatan.

“Contohnya, kita dirikan sebuah rumah yang lengkap dan cantik hasil keringat ketika bekerja makan gaji , tetapi bila pencen kita mahu potong tiang dan runtuhkan rumah berkenaan, tentu ia tidak rasional,” katanya.

Beliau seterusnya mengharapkan rakan-rakan seperjuangan terus sematkan rasa cinta dan sayangkan negara daripada diceroboh oleh petualang yang ingin merosak keharmonian yang ada.

“Semua orang ada masalah, tetapi jangan jadikan ia suatu dendam yang boleh memudaratkan semua orang sebaliknya bawa berbincang supaya yang keruh boleh dijernihkan,” katanya.

 

CALON N 06 PERMAISURI





CALON N 05 JABI





CALON P 034 SETIU





Masyarakat Tionghua perlu sokong calon BN

Oleh: Gelombang biru

Barisan Nasional (BN) Terengganu mengharapkan masyarakat Tionghua di negeri ini terus setia kepada parti itu agar barisan calon yang ditampilkan memperoleh kemenangan selesa pada Pilihan Raya Umum Ke -13 (PRU13).

 Menteri Besar Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata dia yakin masyarakat Tionghua tidak berpaling tadah kepada pembangkang yang sememangnya jelas pincang pelbagai aspek, selain tidak sehaluan dalam pemilihan calon.

 “Awal –awal lagi mereka sudah tunjuk sikap tidak sehaluan, itu belum lagi dapat memimpin negara,. Sikap yang ditonjolkan itu wajar dijadikan pengajaran agar tidak memilih calon pembangkang pada pilihan raya nanti. “BN tampil calon terbaik di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar, Dato’ Toh Chin Yaw yang sebelum ini sudah dua penggal berkhidmat membangunkan DUN itu.

“Calon terjun PKR, Azan Ismail yang berasal dari Pahang patut malu dan tidak wajar bertanding di DUN itu, kerana rakyat setempat tidak mengenalinya apatah mahu memilihnya sebagai wakil rakyat,” katanya.

 Toh Chin Yaw yang memperolehi majoriti undi 1,142 pada PRU12 dilihat semakin mendapat sokongan masyarakat pelbagai kaum apabila pembaharuan yang dilaksanakan di DUN itu diterima ramai.

 Sepanjang dua penggal menjadi wakil rakyat, beliau turut dilantik pucuk pemimpin negeri, bagi memikul tugas sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Alam Sekitar Negeri.

Dato’ Seri Haji Ahmad berkata, dia cukup berharap masyarakat Tionghua menyokong sepenunya calon MCA itu dan calon Parlimen Kuala Terengganu, Zubir Embong.

 "Jika tiada sokongan, maka tiada lagi suara yang akan mewakili mereka, apa jua keadaan, masyarakat Tionghua perlu menyokong bangsa sendiri bukan calon terjun,” katanya.

 Dato’ Seri Haji Ahmad turut memberitahu BN sudah lama bersedia menghadapi segala kemungkinan berlalu termasuk pelbagai fitnah melalui laman sesawang dan ceramah.

“Terbaru berkaitan saya dituduh terlibat dengan `skandal’ pengagihan balak, apa yang diperkatakan itu sama sekali tidak benar dan saya berani bersumpah dengan lafaz, Wallahi, Wabillahi dan Watallahi,” katanya.

 

Pemuda BN arah henti tayang video lucah

Oleh: Aida Abd Rahman

Pemuda Barisan Nasional (BN) Terengganu akan mengarahkan penyokong parti yang didapati menayangkan video lucah melibatkan pemimpin pembangkang di markas Barisan Nasional (BN) menghentikan perbuatan tidak bermoral itu kerana jelas mencemar imej dan peribadi seseorang, kata ketuanya, Encik Saiful Bahri Baharuddin.

 “Jika saya dapati ada berlaku, sewajarnya Pemuda BN dan pimpinan negeri beri arahan supaya hentikan perkara itu.

“Sewajarnya bagi pihak BN, kita memang tidak menggalakkan atau menegah individu serta orang ramai menayangkan filem video kerana ia boleh mencemarkan imej peribadi seseorang. Kita memang mencegah perkara itu dari berlaku,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu, semalam.

Encik Saiful yang juga Ketua Pemuda Umno negeri mengulas demikian ketika ditanya berhubung isu penayangan video lucah terbabit di sekitar Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Setiu sepanjang kempen menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Sebagaimana Encik Saiful, Ketua Pemuda Umno Bahagian Kuala Terengganu, Encik Badrol Hisham Zaki juga menjelaskan bahawa pihaknya tidak mengetahui kewujudan kegiatan tidak sihat itu di markas BN.

“Setakat yang saya tahu kita tidak pernah menyanagkan apa-apa gambar atau filem berkaitan. Kalau secara persendirian itu kita tidak boleh kata apa tetapi dalam cermah atau secara terbuka tidak mungkin berlaku.

“Kita tidak mahu sesuatau yang boleh menimbulkan masalah terutama dari sudut kesalahan atau keselamatan jika menayangkan filem sebegitu menyalahi peraturan dan undang-undang.Tidak mungkin kita melakukan perkara yang boleh menyalahi peraturan,” katanya.

Beliau berkata, BN serta Umno juga tidak pernah mengeluarkan arahan supaya video itu ditayangkan bagi tujuan menjatuhkan pihak lawan.

Encik Badrol yang mengakui belum melihat video berkenaan menyifatkan tindakan keterlaluan menayangkan rakaman itu hanya boleh membuka aib seseorang, selain Islam juga mengharamkan perbuatan membuka aib orang.



CALON N 02 KOTA PUTERA





23 April 2013

Pemuda desak Hadi dedah calon terlibat edar pil khayal

Oleh: Aida Abd Rahman 

Pemuda Umno Negeri Terengganu tampil membuat laporan polis berhubung kenyataan Presiden Pas, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang yang mendakwa terdapat calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) terlibat dengan pengedaran pil kuda.



Ketuanya, Encik Saiful Bahri Baharuddin mendesak supaya Abdul Hadi mendedahkan nama individu yang terlibat sebagai membuktikan sejauh mana kebenaran dakwaan pemimpin Pas terbabit.

“Abdul Hadi mesti membuktikan calon PKR memang betul-betul terlibat dengan kes pengedaran pil khayal itu bagi memastikan kesahihan kenyataan beliau (dalam ceramah) itu.
 
“Dia mesti buktikan kerana kami Pemuda Umno dan Barisan Nasional (BN) tertunggu-tunggu siapa calon PKR yang terlibat dengan kes itu,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu, hari ini.

Abdul Hadi dipercayai mengeluarkan kenyataan itu ketika menyampaikan ceramah di Tebakang, Alur Limbat, Marang, malam kelmarin.

Terdahulu, Presiden Pas itu berkata tindakan Pas menurunkan calon bertanding di tiga kawasan yang turut ditandingi PKR adalah bagi emnyelamatkan parti itu dan pakatan pembangkang daripada anasir `syaitan’.

Menurut Abdul Hadi, Pas mendapat maklumat ada calon yang melakukan kerja `haram’ dengan bertindak mengedar pil kuda serta mempunyai fahaman bertentangan apabila meletakkan gambar pejuang revolusi komunis Rusia iaitu Karl Marx, Vladimir Lenin dan Joseph Stalin di markas parti mereka.

Encik Saiful berkata, sekiranya benar apa yang didakwa Presiden Pas itu, ia jelas membuktikan bahawa calon-calon yang dicadangkan oleh PKR mempunyai masalah akhlak kerana terlibat dengan gejala jenayah dan sosial.

“Kes itu membuka mata pengundi terutama orang muda tentang wujudnya ketidaksepakatan dan kepincangan antara Pas dengan PKR berhubung isu calon sehingga menimbulkan masalah sedemikian,” katanya. 

Katanya, kejadian itu juga menyerlahkan lagi bahawa pakatan pembangkang berada dalam keadaan tidak menentu yang mungkin berpunca dengan masalah dalaman antara kedua-dua parti khususnya dalam soal mengetengahkan calon yang sesuai di satu-satu kerusi.

Sehubungan itu juga, Pemuda Umno juga bersetuju dengan cabaran Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said (ketika sidang media di Besut), supaya Abdul Hadi tampil membuat laporan polis bagi membuktikan dakwaan beliau itu.