Oleh: Lang Telipot
Perbuatan pihak Pas memanipulasi titah DYMM Sultan Terengganu dan menogok tambah apa yang tidak dititah oleh Tuanku amat ketara dan ia pula dilapor secara yang tidak tepat oleh blog pro pembangkang.
Dalam laporan itu kononnya Sultan Terengganu bertitah meminta pihak kerajaan supaya kerajaan negeri membuang sentimen kepartian dalam memberi bantuan kepada rakyat.
Ini bermakna parti Pas melalui para pemimpinnya cuba mencemarkan nama Sultan Terengganu untuk kepentingan mereka.
Apa yang disebut oleh Tuanku dalam teks titah di muka surat 18 ialah: “Oleh itu, kita menyeru Ahli Ahli Yang Berhormat, pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan, pemimpin pemimpin sektor swasta dan NGO serta semua golongan masyarakat megeratkan hubungan antara satu sama lain tanpa mengira fahaman politik dan bekerjasama untuk mengharungi cabaran cabaran yang bakal ditempohi kelak”.
Muka surat 20: “Penuh rasa hormat-menghormati antara satu sama lain tanpa mengambil kira ideologi politik masing masing”.
Oleh itu tidak timbul soal derhaka kepada Sultan seperti dilaporkan dibangkit oleh Adun Pas Chukai.
Sila bandingkan dengan laporan dan manipulasi laporan blog pembangkang (harakahdaily) dengan teks titah yang sebenar sebagaimana berikut:
Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) seluruh negeri diseru mentaati titah Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin yang mahu semua pihak membuang sentimen kepartian dalam memberikan bantuan kepada rakyat.
Adun Chukai, Hanafiah Mat memberitahu, selepas Pilihan raya Umum ke-13 lalu, JKKK telah berhelah dan tidak mahu menandatangani borang-borang permohonan rakyat dengan alasan kononnya mereka tidak ada kuasa lagi.
Beliau yang juga Penolong Setiausaha PAS Terengganu berkata, apabila ditanya kepada pihak JKKK mengapa berbuat demikian diberitahu tidak mempunyai kuasa.
"Saya paling ramai orang mengadu, JKKK tak mahu tandatangan.
Bila saya tanya, dia (JKKK) kata MB tak beri untuk tandatangan dan dia (JKKK) sebut lagi, dia tak ada kuasa.
"Jadi saya juga minta MB Ahmad Said supaya dengar perintah (titah) sultan hari ini, jangan menderhaka," ujarya dipetik Buletin Online.
Sultan Mizan sewaktu bertitah merasmikan pembukaan penggal pertama sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) kali Ke-13 di Wisma Darul Iman kelmarin menyeru semua pihak bekerjasama tanpa mengira fahaman politik.
Harakahdaily sebelum ini melaporkan, Presiden PAS yang juga Adun Rhu Rendang, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, titah tuanku itu harus diberi perhatian kerana selepas PRU13 Mei lalu, wujud diskriminasi terhadap rakyat kerana faktor politik.