Halaman

14 July 2013

Muhyiddin Berterawih Bersama Penduduk Kuala Besut


Muhyidin bersalaman dengan ayah Tengku Zaihan sambil diperhatikan Ahmad Said. dan Tengku Zaihan.

Oleh: Mohammad Ishak

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menunaikan solat Isyak dan terawih di Masjid Kampung Baharu diekat Kuala Besut bersama penduduk sekitar.

Muhyiddin, yang lengkap berbaju Melayu dan bersongkok, tiba kira-kira 8.40 malam dan disambut Menteri Besar Datuo' Seri Ahmad Said, Ahli Parlimen Besut Dato' Seri Idris Jusoh dan calon BN bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman.

Selesai menunaikan terawih, Muhyiddin yang juga Pengarah PRK DUN Kuala Besut, beramah mesra dan menyertai moreh bersama jemaah sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur.

Terdahulu, Muhyiddin berkesempatan menghadiri majlis berbuka puasa dan bersolat Maghrib di Masjid Pengkalan Sentol. PRK Kuala Besut pada 24 Julai ini, yang mempunyai 17,683 pengundi, menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN Tengku Zaihan, 37, seorang jurutera dan anak tempatan dengan calon PAS Endot@Azlan Jusoh, 48, seorang ahli perniagaan.

Kerusi DUN itu kosong berikutan kematian penyandangnya, Dr A Rahman Mokhtar pada 26 Jun lepas akibat kanser paru-paru.

Calon BN Tengku Zaihan anak kelahiran Kuala Besut.


Abdullah Che Muda..wakil calon BN

Oleh: Mohammad Ishak

Pihak pembangkang mula memutar belit isu status calon Barisan Nasional (BN),Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman, 37,kononnya dia bukan anak tempatan dan kelahiran luar dari Kuala Besut.

Terdeak dengan ketandusan isu untuk meraih undi daripada pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kuala Besut, peceramah pembangkang mula menyerang peribadi calon walapun sebelum ini sudah berjanji tidak melakukanya.

Wakil calon BN, Abdullah Che Muda berkata,calon BN berkelulusan dalam bidang Kejuruteraan Awam dari USM adalah anak jati Kuala Besut.

Katanya, anak kedua daripada keluarga berlatar belakangkan agama itu dilahirkan di rumahnya beralamat No 666 Kampung Nail, 22300 Kuala Besut, Terengganu.

Menurutnya, penceramah sengaja melebalkan Tengku Zaihan dilahirkan ditempat lain dan bukan anak jati Kuala Besut kerana dengan berbuat demikian pengundi akan beralih sokongan kerana tidak mahu calon dari luar kawasan.

 “Sebagai bekas wakil rakyat DUN Kuala Besut, saya amat mengenali Tengku Zaihan dan keluarganya yang sememangnya berasal dari sini,”katanya ketika mengulas dakwaan pembangkang itu.

 Abdullah yang dipertanggungjawab mengurus pergerakan Tengku Zaihan sepanjang kempen PRK ini berkata sehingga ini penduduk setempat memberi sokongan dan sambutan baik terhadap pemilihan beliau sebagai calon BN.

Katanya, ketika ini hampir 80 peratus pengundi sudah didekati Tengku Zaihan dan mereka amat mengenalinya kerana beliau anak ustaz dan calon professional yang diketengahkan pemimpin tertinggi BN.

Fasik jika ingkar keluar Zakat

Oleh; Esah Abdullah 

Orang yang enggan mengeluarkan zakat , sedangkan dia mengi’tiqadkannya wajib dan mengakui kefarduannya akan menjadi fasik, berdosa dan dikenakan azab seksa di akhirat kelak.

Seperti Firman Allah s.wt dalam Surah at-Taubah ayat 34-35, yang bermaksud ‘Dan ingatlah orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakan pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan balasan azab seksa yang tidak terperi sakitnya. Iaitu pada hari dibakar emas perak dan harta benda itu dalam neraka Jahanam, lalu ia diselar dengannya dahi mereka dan rusuk mereka serta belakang mereka sambil di katakan kepada mereka inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah azab dari apa yang kamu simpan itu’.

Menyingkap buku, ‘Potensi Zakat Baru Untuk Mengetas Kemiskinan’ ditulis oleh penceramah bebas, Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri memberi kesedaran kepada umat Islam tentang kewajipan membayar zakat.

“Zakat merupakan rukun Islam yang ketiga selepas mengucap dua kalimah syahadah dan mendirikan solat, oleh itu ulama bersepakat menyatakan bahawa orang menentang dan mengingkari zakat adalah kafir dan murtad,” katanya.

 Menurutnya, membayar zakat mempunyai banyak hikmah dan faedah di mana amalan itu boleh membiasakan diri pengeluarnya bersifat pemurah dan suka mengerjakan ibadah qurban serta boleh membuang sifat kedekut dan lebih ketara kepada penambahan harta daripada menguranginya.

“Allah juga menunjukkan cara untuk memanfaatkan dan mengembangkan harta tersebut kepada pemiliknya di samping ganjaran pahala yang besar kerana mengeluarkan harta semata-mata untuk keredhaanNya,” katanya.

Apabila ia dilaksanakan, hasilnya akan jelas kelihatan dan kesan yang menakjubkan kerana ia dapat membersihkan jiwa daripada hasad dengki dan iri hati serta mengeratkan hubungan persaudaraan sekalipun mereka berbeza dari segi kemewahan dan kekayaan.

Ini berdasarkan firman Allah s.w.t dalam Surah at-Taubah ayat 103, yang bermaksud ‘Ambillah sebahagian dari harta mereka menjadi sedekah (zakat) supaya dengannya engkau membersihkan mereka dari dosa dan menyucikan mereka dari akhlak yang buruk’.
 

Manifesto Azlan, Calon PAS Jika Menang PRK Kuala Besut




Penduduk Kuala Besut sudah banyak menikmati pembangunan.




Oleh: Mohammad Ishak

Menjelang pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, 24 Julai ini, pembangkang amat seronok kerana berpeluang menabur janji kepada penduduk di kawasan berkenaan.

Malah, kejayaan Barisan Nasional (BN) membangunkan pekan kecil yang dahulu dikenali sebagai pekan kaboi dan kini dikenali pusat pelancongan dicemburi pemimpin pembangkang.

Sebab itu, dalam ceramah yang diadakan pemimpin Pas meraka membuat janji untuk membangunkan kan Kuala Besut lebih maju dan ke hadapan jika diberi mandat menguasai kerusi DUN terbabit.

Bagaimanapun,janji mereka hanyalah penyedap mulut kerana terbuktikan Pas tidak mampu berbuat sesuatu utntuk pengundi di DUN Kuala Besut.

Berlainan dengan janji BN yang sentiasa memenuhi permintaan dan kehendak rakyat apabila kerajaan melaksanakan apa sahaja demi kepentingan rakyat. Semalam

Timbalan Perdana Menteri,Tan Sri Muhyiddin Yassin, melakukan upacara majlis perasmian dan perletakan batu asas pangsapuri mampu milik untuk penduduk Kuala Besut.

Pembinaan pangsapuri setinggi empat tingkat mengandungi 72 unit rumah berharga RM10.35 juta di Kampung Kandang Lembu,Tok Saboh,  satu lagi usaha kerajaan BN untuk menolong penduduk mendapat rumah kediaman lebih selesa.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said yang meluluskan peruntukan berkenaan sebelum ini mahu melihat nasib penduduk terutama mereka yang tinggal di persisiran pantai dan sering terdedah kepada risiko berlakunya ombak besar akan diberi peluang memohon rumah berkenaan.

13 July 2013

AHMAD SAID DAN IDRIS JUSOH SAMA-SAMA BERUSAHA MEMENANGKAN CALON BN, TENGKU ZAIHAN


Ruslan Abdul Rahman melaporkan: Sekiranya anda hadir ke kempen Pilihanraya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut, pasti anda akan menemui dua pemimpin ini, Dato’ Seri Haji Ahmad Said dan Menteri Pendidikan II, Dato’ Seri Idris Jusoh bersama-sama berkempen untuk memastikan kemenangan calon BN, Tengku Zaihan Engku Abdul Rahman.
 Majlis utama yang sering dihadiri mereka ialah berbuka puasa bersama penduduk di beberapa kampong di Dun Kuala Besut yang akan disertai sama oleh calon BN, Tengku Zaihan.
Dalam gambar ini kelihatan Dato’ Seri Idris meletakkan kuah ke dalam pinggan nasi Dato’ Seri Ahmad di suatu majlis berbuka puasa semalam.
Sementara itu, bekas wakil rakyat Kuala Besut, Dato’ Haji Wan Zakaria Abdul Rahman dan Haji Abdullah Che Muda sentiasa mengiringi calon, Tengku Zaihan untuk menemui rakyat.

LIM KIT SIANG DAN DS HAJI HADI DISAPA DS IDRIS SEMASA PENAMAAN CALON PRK KUALA BESUT

Penasihat DAP, Lim Kit Siang adalah di antara pemimpin dalam pakatan pembangkang yang hadir menemani Presiden Pas,Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang di penamaan calon, PRK Kuala Besut semalam, lapor Ruslan Rahman. 
  Walaupun pada peringkat awal, anaknya Lim Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP meminta Pas memboikot PRK itu, tetapi Pas meneruskan hasratnya bertanding juga.
  Hubungan rapat Presiden Pas dan Penasihat DAP itu amat jelas tergambar kerana mereka tidak pernah berpisah sama-sama memberi sokongan kepada calon Pas dalam PRK itu.
  Bagaimanapun, Menteri Pendidikan II, Dato' Seri Haji Idris Jusoh tetap menyapa kehadiran kedua-dua pemimpin pembangkang itu di pusat penamaan calon, Pusat Rakan Muda Daerah Besut.
  

TPM PUJI KERAJAAN NEGERI TERENGGANU BANGUNKAN PERUMAHAN UNTUK RAKYAT

Laporan Roslan Rahman dari Kuala Besut:
 Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin memuji langkah kerajaan Terengganu yang berusaha menyediakan perumahan kepada rakyat, iaitu dengan sasaran 10 ribu unit pada tempoh lima tahun.
  Langkah itu adalah menepati juga dengan dasar kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Perdana Menteri , Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak yang mahu menyediakan perumahan kepada rakyat, termasuk golongan yang berpendapatan rendah.
 Tan Sri Muhyiddin memberitahu, dalam aku janji kerajaan BN dalam PRU 13 yang baru lalu, sebanyak 1 juta unit rumah akan di bina dalam tempoh lima tahun akan datang.
  Katanya, kementerian berkaitan sedang mengambil langkah-langkah wajar bagi menentukan taburan projek tersebut supaya meliputi seluruh negeri.
  Beliau berkata demikian ketika berucap di perasmian Perletakan batu asas pangsapuri mampu milik 4 tingkat Kampong Layout Tok Saboh Kuala Besut petang ini 13 Julai.
  Hadir sama Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, Menteri Pendidikan II, Dato’ Seri Idris Jusoh, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Haji Mazlan Ngah dan pemimpin-pemimpin negeri dan pusat serta penduduk kampong berkenaan.
   Tan Sri Muhyiddin menyatakan, bahawa memberi kemudahan perumahan kepada rakyat adalah menepati kehendak agama Islam.
    Beliau berkata, dasar-dasar kerajaan semuanya adalah menepati kehendak agama Islam dan janganlah ada pihak pembangkang cuba mengatakan apa yang kita lakukan tidak Islamik dan sebagainya hanya kerana perbezaan parti.


TENGKU ZAIHAN MENYENTUHI HATI PENGUNDI: JIWA SENI BAPANYA MENGALIR DALAM DIRINYA...

Oleh: Ruslan Rahman


 Calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman  berkempen dengan cara menemui pengundi secara mesra dan sentuhan hati.
 Sama ada pengundi muda, pertengahan dan pengundi lama (berusia) semua didekatinya agar memberi sokongan kepada beliau sebagai calon BN.
 Nelayan, petani, buruh dan sebagainya ditemui oleh Tengku Zaihan tanpa kekok kerana beliau adalah anak kelahiran Kuala Besut dan ramai yang mengenali beliau dan keluarganya.
 Tengku Zaihan mempunyai keluarga yang besar di Kuala Besut.
  Beliau ingin sekali melihat Kuala Besut dapat diberi kekuatan untuk dimajukan serta menekankan soal pembangunan dan peluang pekerjaan untuk dijadikan keutamaannya bila dipilih sebagai wakil rakyat nanti.       Hati dan jiwanya berdarah seni, mudah tersentuh hati dan berjiwa rakyat…..
  Dilampirkan sebuah puisi karya ayahandanya, KUALA BESUT SEBUAH NAMA:

 Kuala Besut sebuah nama keramat
 Ku ingat sejarahmu setiap menjelang
Fajar pagi yang kudus gemilang
Ku zikir namamu setiap siang memanjang
Ku mimpikan zaman manis bersama gadis-gadismu
 Beberapa musim berlalu

 Mengingati lagenda zaman bahari
 Panglima Abu dan Panglima Ebeh
 Yang gagah kening bertaut mata bulat berapi
 Dan rambutnya sampai ke buku lali
Menguasai pantai laut dan pulau-pulau
Dagang senteri dan Munsyi Abdullah
Gentar melewati pulau-pulau dan muara terdedah

Batin Besut yang berpengkalan
Di bibir kelu yang tenang dan
 Kaya dengan khazanahnya- menyerahkan
Lubuk Emas ini dengan segantang kail cuma
 Lalu berpindah ke hulu sungai – Batu Pahat
 Dan hilang entah ke mana
 Kuala Besut,
Engkau pernah menyaksikan api siang api malam
Kampong jadi renting di pusatnya masjid usang
Tetap teguh tetap selamat
 Engkau menyimpan para wali para keramat
Engkau miliki dua ulamak namanya Haji Muhamad

Di bawah kulung langit sedang aku berdiri
Di atas bumi nelayan yang sedang aku pijak ini
Putera puterimu bersuara lantang
Menghalau penjajah dalam segala bidang
Di sini lahirnya KMM
Di sini tegaknya PKMM,
API Dara muda membuak persis suara
Gelombang musim tengkujuh di pantai Besut.

Karya: Che Ku Abdul Rahman Che Ku Abdullah Kuala Besut 1990















KERJA-KERJA SEBAGAI WAKIL AKAN DIURUSKAN ORANG LAIN- KATA CALON PAS KUALA BESUT

Laporan Ruslan Rahman dari Kuala Besut: Akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian hari ini menyiarkan kenyataan calon Pas yang awal awal menyatakan akan melantik orang lain untuk menguruskan kerjanya jika menang. Kenyataan beliau yang boleh ditonton yang dimuatkan dalam portal Terengganu Today (http://terengganutoday.com) itu antara lain menyebut keadaan dia yang sibuk termasuk menguruskan perniagaan di Kota Bharu, Kelantan. Menurut laporan itu lagi, disebabkan itu beliau akan melantik dan menggaji orang lain untuk menguruskan kerja-kerjanya sebagai wakil rakyat sekiranya berjaya. “Saya ada banyak kerja sekarang, satunya saya ada perniagaan di Kota Bharu. Kalau saya keluar kerja pun, kerja-kerja sebagai wakil (wakil rakyat) akan diuruskan oleh orang lain, saya akan menggaji dia,” katanya seperti dipetik menerusi rakaman video tersebut.