Halaman

14 July 2013

Calon BN Tengku Zaihan anak kelahiran Kuala Besut.


Abdullah Che Muda..wakil calon BN

Oleh: Mohammad Ishak

Pihak pembangkang mula memutar belit isu status calon Barisan Nasional (BN),Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman, 37,kononnya dia bukan anak tempatan dan kelahiran luar dari Kuala Besut.

Terdeak dengan ketandusan isu untuk meraih undi daripada pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kuala Besut, peceramah pembangkang mula menyerang peribadi calon walapun sebelum ini sudah berjanji tidak melakukanya.

Wakil calon BN, Abdullah Che Muda berkata,calon BN berkelulusan dalam bidang Kejuruteraan Awam dari USM adalah anak jati Kuala Besut.

Katanya, anak kedua daripada keluarga berlatar belakangkan agama itu dilahirkan di rumahnya beralamat No 666 Kampung Nail, 22300 Kuala Besut, Terengganu.

Menurutnya, penceramah sengaja melebalkan Tengku Zaihan dilahirkan ditempat lain dan bukan anak jati Kuala Besut kerana dengan berbuat demikian pengundi akan beralih sokongan kerana tidak mahu calon dari luar kawasan.

 “Sebagai bekas wakil rakyat DUN Kuala Besut, saya amat mengenali Tengku Zaihan dan keluarganya yang sememangnya berasal dari sini,”katanya ketika mengulas dakwaan pembangkang itu.

 Abdullah yang dipertanggungjawab mengurus pergerakan Tengku Zaihan sepanjang kempen PRK ini berkata sehingga ini penduduk setempat memberi sokongan dan sambutan baik terhadap pemilihan beliau sebagai calon BN.

Katanya, ketika ini hampir 80 peratus pengundi sudah didekati Tengku Zaihan dan mereka amat mengenalinya kerana beliau anak ustaz dan calon professional yang diketengahkan pemimpin tertinggi BN.