“Kaki kanan suami saya yang putus sudah tidak dapat diselamatkan lagi,” kata Norazwani binti Seme, isteri anggota polis yang kemalangan sewaktu menjalankan tugas di pilihanraya kecil Kuala Besut semalam.
“Saya reda atas apa yang terjadi dan saya tidak tengok pun lagi bahagian kaki suami saya yang terputus itu,’ kata Norazwani sayu.
Semalam seorang pegawai polis trafik yang bertugas untuk pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut putus kaki kanan setelah motosikal berkuasa tinggi yang ditungganginya dirempuh sebuah kereta di hadapan Sekolah Kebangsaan Alor Peroi di Kuala Besut hari ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 4.40 petang itu, Insp Farid Hasni Mamat, 33, dari Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah, terhumban kira-kira 10 meter berhampiran tembok sekolah akibat impak rempuhan itu.
Ketika kejadian mangsa bersama Pegawai Penguatkuasa Tadbir Trafik Ibu Pejabat Kontinjen Pahang ASP Zainalabidin Othman, 48, sedang melakukan rondaan berhampiran kawasan sekolah itu.
Menurut Zainalabidin, selepas selesai melakukan pemeriksaan di sekolah tersebut, mereka berdua menuju ke Sekolah Kebangsaan Kampung Baru apabila sebuah kereta dari arah bertentangan dipandu laju memotong sebuah kenderaan lain. Katanya beliau yang berada kira-kira 50 meter di hadapan mangsa sempat mengelak kereta Proton Saga yang dipandu seorang pemuda berusia 19 tahun itu namun mangsa gagal berbuat demikian.
Ketua Pergerakan Pemuda Besut, YB Mahadi Musa (Abe Adi) yang juga Adun Kota Putera bersama isteri telah melawat mangsa yang kini sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi, Hospital USM Kubang Krian. Dalam kunjungan itu, YB Mahadi bagi pihak pimpinan Umno Bahagian Besut menemui isteri mangsa Norazwani dan menyerahkan sedikit sumbangan tanda prihatin.
Norazwani menceritakan pada jam 2 petang, suaminya Ins Farid Hasni ada menghubunginya dan anak-anak melalui telefon .
“Walaupun bertugas jauh, tetapi suami saya setiap hari menghubungi saya dan anak-anak setiap hari bertanya khabar,” katanya yang ditemani ibu dan ahli keluarganya.
Anak-anak mereka kesemuanya perempuan, berusia 7, 5 dan 3 tahun.