Halaman

14 July 2013

500 unit rumah untuk penduduk DUN Kuala Besut: Menteri Besar.




Oleh: Mohammad Ishak 

Kerajaan Negeri akan membina 500 buah unit rumah rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut sekiranya Barisan Nasional (BN) berjaya mengekalkan kemenangan pada PRK Kuala Besut pada 24 Julai ini.

Menteri Besar,Dato’Seri Ahmad Said yang mengumukan perkara itu pada majlis perjumpaan dengan penduduk di DUN Kuala Besut semalam.

Beliau berkata projek tersebut bakal menjadi kesinambungan kepada 80 buah unit rumah yang telah di luluskan di Lay Out Tok Sabah, khusus yang sebelum ini yang terpaksa dipindahkan ekoran ancaman ombak besar di kawasan itu.

 “Sekiranya BN terus mempertahankan kerusi disini kerajaan negeri berjanji akan membina 500 unit lagi rumah untuk rakyat Kuala Besut.

Bagi Memastikan perancangan ini terlaksana dengan jayanya rakyat perlu terus memberi sokongan padu kepada kita (BN)” Katanya,

Beliau penduduk Kuala Besut perlu memastikan Kuala Besut (DUN) terus diberikan kepada Barisan Nasional dengan lebih banyak majoriti daripada daripada PRU 13 yang lepas.

Menurutnya,sokongan dan kerjasama pengundi amat diperlukan, sekali gus memastikan segala pembangunan yang dibuat sebelum ini akan berterusan.

 “Saya meminta rakyat agar membuat pilihan yang tepat dengan memilih calon Barisan Nasional memandangkan pelbagai kemudahan dan pembangunan yang telah dilaksanakan demi untuk kesejahteraan rakyat meliputi pelbagai peringkat” katanya.

Selain itu, Kerajaan Negeri juga akan membina 4 lagi gelanggang futsal untuk rakyat di DUn Kuala Besut.

Ini kerana kita sentiasa meletakkan kehendak dan keperluan rakyat sebagai keutamaan dalam setiap pembangunan yang di laksanakan.

Oleh itu, rakyat di kawasan ini diharap dapat memberikan sokongan yang terbaik kepada BN dan menambahkan lebih banyak majoriti undi sebagai suara dan harapan jelas kepada pucuk pimpinan negara”. katanya