Sultan Mizan Zainal Abidin bersama Sultanah Nur Zahirah berkenan mengurniakan bantuan kepada anak yatim dan fakir miskin di Istana Maziah, Kuala Terengganu. |
Oleh: Suriati Ali dan Nurul Suraya Abd Sukor (Pelatih)
Gambar oleh Zulkipli Putra
Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat ke Majlis Berbuka Puasa dan Pengurniaan kepada Anak Yatim dan fakir miskin sempena sambutan perayaan ulang tahun ke-51 Hari Keputeraan Sultan Terengganu yang ke-51 di Istana Maziah, Kuala Terengganu, petang semalam.
Turut berkenan berangkat, Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah dan Raja Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan.
Hadir sama, kerabat-kerabat Diraja dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Haji Mazlan Ngah serta isteri To’ Puan Hajah Rohani Abdullah.
Lebih 500 fakir miskin dan anak yatim dari pelbagai pelbagai latar belakang, pertubuhan dan sekolah hadir menerima agihan duit raya yang disampaikan Sultan Mizan dan Sultanah Nur Zahirah. Pemberian sumbangan itu dapat memberikan sedikit keceriaan kepada golongan itu menjelang hari raya nanti.