Laporan Ruslan Rahman dari Kuala Besut: Akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian hari ini menyiarkan kenyataan calon Pas yang awal awal menyatakan akan melantik orang lain untuk menguruskan kerjanya jika menang.
Kenyataan beliau yang boleh ditonton yang dimuatkan dalam portal Terengganu Today (http://terengganutoday.com) itu antara lain menyebut keadaan dia yang sibuk termasuk menguruskan perniagaan di Kota Bharu, Kelantan.
Menurut laporan itu lagi, disebabkan itu beliau akan melantik dan menggaji orang lain untuk menguruskan kerja-kerjanya sebagai wakil rakyat sekiranya berjaya.
“Saya ada banyak kerja sekarang, satunya saya ada perniagaan di Kota Bharu. Kalau saya keluar kerja pun, kerja-kerja sebagai wakil (wakil rakyat) akan diuruskan oleh orang lain, saya akan menggaji dia,” katanya seperti dipetik menerusi rakaman video tersebut.