jurugambar: Harish Fadzillah
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin berharap pengundi di Kuala Besut memilih calon Barisan Nasional (BN), Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman sebagai wakil rakyat pada Pilihan Raya Kecil Kuala Besut, bagi membolehkan BN terus membangunkan kawasan tersebut.
Beliau berharap semua pengundi yang telah mengundi calon BN, Alahyarham Dr A Mokhtar Abd Rahman pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) memberi sokongan kepada Tengku Zaihan pada PRK kali ini.
Pada PRK yang ditetapkan 24 julai ini, BN akan menghadapi tentangan satu lawan satu dengan calon Pas, Endut @ Azlan jusoh.
Tan Sri Muhyiddin berkata, Tengku Zaihan merupakan orang muda yang tentunya bakal mendapat sokongan daripada pengundi muda di DUN Kuala Besut.
“Calon ini berasal dari keluarga baik-baik, berkelayakan, berpengalaman dalam bidang kejuruteraan dan mempunyai banyak kelebihan,” tambahnya.
Timbalan Perdana Menteri berharap BN akan mencatatkan keputusan lebih baik pada PRK ini dan semua pemimpin di peringkat negara dan negeri bekerja keras bagi memastikan kemenangan tengku Zaihan.
“Kita akan menyusun strategi yang lebih tersusun dan rapi pada pilihan raya kali ini dengan mengambil kira pandangan dan sensitiviti pemimpin tempatan bagi memastikan BN menang,” katanya.