Pertubuhan Peladang guna buruh Indonesia kutip hasil
Lembaga Pertubuhan Peladang Kuala Terengganu terpaksa menggunakan tenaga buruh dari Indonesia untuk bekerja memungut hasil buah kelapa sawit di ladang komoditi berkenaan disebabkan masalah kekurangan tenaga kerja tempatan.
Pengurus Besarnya, Sawalludin Ahmad, berkata pihaknya perlu mengambil langkah tersebut bagi mengelak kerugian akibat hasil tidak dipungut mengikut tempoh yang ditetapkan menyebabkan ia menjadi tidak segar.
Beliau berkata, pihaknya telah mengemukakan permohonan untuk mengambil 50 tenaga kerka asing untuk bekerja di ladang kelapa sawit di Bukit Diman, tetapi pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) hanya meluluskan 22 pekerja.
Halaman
12 October 2013
1300 hadir mesyuarat 3 sayap UMNO Setiu hari ini.
Perwakilan Pemuda. |
SETIU: Kira-kira 1300 perwakilan cawangan dari seluruh Setiu hadir di Mesyuarat pemilihan Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO bahagian Setiu, yang bermula jam 9 pagi di tiga di tempat berasingan di Tarom dan Putera Jaya, hari ini.
Sehingga jam 1 tengahari tadi, keputusan pemilihan belum diumumkan dan dijangka diketahui selewat-lewatnya petang ini.
Berikut adalah gambar-gambar sekitar mesyuarat tiga sayap UMNO Setiu itu:
Perwakilan Wanita |
Unisza perhebat promosi
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) terus memperhebat promosi dalam usaha mengantarabangsa institusi berkenaan ke seluruh dunia.
Baru-baru ini, UniSZA berkunjung ke China dan memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan tiga universiti iaitu Guangzhou University, Jinan University dan Beihang University.
MoU itu ditandatangani Presiden Guangzhou University Prof. Yu Jian She, Presiden Jinan University, Prof. Jun Hu dan Presiden Beihang University, Prof. D. Jiang Tao manakala UniSZA diwakili Naib Canselornya, Prof. Dr. Yahaya Ibrahim.
Majlis menandatangani MoU di Guangzhou itu turut disaksikan Pengerusi Lembaga Pengarah UniSZA, Tan Sri Datuk Alimuddin Mohd Dom; Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) Profesor Dr. Amran Ahmed dan Pengarah Kampus Antarabangsa UniSZA Profesor Dr. Mohd Zambri Jaafar.

Menurut Yahaya, MoU itu membuka jalinan kerjasama lebih luas termasuk melibatkan aktiviti penganjuran bengkel dan seminar di peringkat antarabangsa dan penyelidikan mengenai isu-isu semasa yang akan dipersetujui dari semasa ke semasa.
"Selain itu, MoU berkenaan turut melibatkan pertukaran pelajar, staf akademik, profesor pelawat antara institusi-institusi tersebut serta kerjasama lain dalam bidang akademik," katanya kepada pemberita.
Menurut Yahaya, melalui perjanjian persefahaman itu UniSZA dapat mengembangkan lagi sistem pengajian yang sedia ada selain mempromosi pengajian kepada masyarakat luar terutama warga China.
"Usaha ini juga bagi mengukuhkan UniSZA sebagai sebuah universiti yang mempunyai keunggulan komparatif dan berdaya saing setaraf dengan universiti-universiti lain.
"Malah, kerjasama ini turut menjadi pemangkin dalam usaha meningkatkan kualiti akademik dalam kalangan pensyarah dan pelajar di UniSZA," katanya.

11 October 2013
102 PELAJAR SMKAKA TERIMA SIJIL TAMAT PERSEKOLAHAN
OLEH : CHE KU ZAINAL CHE KU MUDA
Seramai 102 orang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Abang (SMKAKA) di sini menerima Sijil Tamat Persekolahan pada Majlis Graduasi yang diadakan di Dewan Majlis Perbandaran Dungun di sini semalam.
Daripada jumlah itu seramai 65 pelajar perempuan dan 37 pelajar lelaki menerima sijil tersebut daripada Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Dungun, Che Mohd Yusri Che Muda sebelum mereka menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak lama lagi.
Semasa berucap pada majlis perasmian, Che Mohd. Yusri mengingatkan kepada para pelajar apabila mereka mendapat tawaran belajar ke peringkat universiti atau mana-mana Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) kelak, mereka hendaklah menunjukkan tauladan serta tingkah laku yang baik sejajar dengan didikan yang mereka perolehi semasa di SMKAKA.

“Di SMKAKA ini kita dapati ramai pelajar lelaki dan perempuan yang cemerlang dalam pelbagai bidang termasuk bidang pelajaran, aktiviti sukan, pembuatan kapal terbang dan sebagainya dan saya amat berharap agar mereka menjadi ikutan atau “role model” kepada generasi selepas mereka.
Di samping itu, mereka bukan sahaja mendapat didikan secara ilmiah malahan turut ditekankan adalah mata pelajaran sains dan teknologi yang berteraskan konsep Islam yang syumul,” katanya
Che Mohd. Yusri seterusnya berkata, beliau yakin ramai di kalangan pelajar SMKAKA akan mendapati cemerlang pada keputusan peperiksaan SPM nanti sekali gus ditawarkan memasuki IPTA sama ada di dalam atau di luar Negara.
Jelasnya, bermula dari situ hasrat kerajaan untuk melahirkan garaduan yang berpendidikan serta berpengetahuan dalam bidang Sains dan Teknologi Islam dapat direalisasikan.

RAKYAT HIDUP MEWAH DI BAWAH BN
OLEH : CHE KU ZAINAL CHE KU MUDA
Rakyat di negara ini patut bersyukur kerana dapat hidup mewah berbanding negara-negara di Rantau Asia kerana kebijaksanaan Kerajaan Barisan Nasional (BN) mentadbir negara serta berjaya mengawal harga barangan daripada dimanipulasi mereka yang tidak bertanggungjawab.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Hasan Malek berkata, hasil tinjauan mendapati rata-rata rakyat hidup dengan aman serta mewah meskipun hanya ada beberapa peratus sahaja yang hidup di bawah paras kemiskinan.
Beliau berkata, bekalan barangan seperti gula, tepung gandum, susu, sayur-sayuran dan sebagainya amat mencukupi dan rakyat tidak perlu risau dengan kenaikkan harga barang kerana KPDNKK sentiasa memantau serta mengawal barangan terbabit
“Kita tidak pernah dengar rakyat di negara kita tidak dapat makan kerana ketiadaan sumber barangan asasi seperti beras, gula, susu, sayur-sayuran dan sebagainya kerana pihak kerajaan sentiasa prihatin dan ia amat mencukupi dengan jumlah penduduk yang ada.
“Oleh itu, kita semua patut bersyukur kerana dapat hidup aman serta mewah tanpa sebarang gangguan meskipun ada beberapa kes-kes terpencil kerana mereka tidak mahu berusaha,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Perasmian Program Mesra KPDNKK Bersama Masyarakat di Mayang Sari Resort di sini semalam.

Pada program tersebut, seramai kira-kira 100 orang yang terdiri daripada penggiat masyarakat bagi kawasan Parlimen Dungun termasuk Ketua UMNO Bahagian Dungun, Datuk Wira Rosli Mat Hassan turut hadir.
Berhubung dengan kenaikkan harga barangan,
Hasan menegaskan bahawa orang ramai tidak perlu risau dan jika mereka dapati ada barangan yang dinaikkan oleh peniaga mereka boleh membuat aduan terus kepada ke Pusat Aduan KPDNKK di seluruh negara.
Jelasnya, para pegawai KPDNKK sentiasa memberi kerjasama kepada para pengguna yang memerlukan bantuan termasuk membuat aduan mengenai kenaikan harga barang kawalan dengan sesuka hati oleh sama ada peniaga atau pembekal.
“Pihak Kementerian juga mempunyai tugas yang berat dan terpaksa berhadapan dengan mereka yang tidak bertanggungjawab yang bertindak sebagai penyeludp bagi menyeludup barangan tertentu.
“Bagaimanapun, KPDNKK ada Pusat Aduan dan orang ramai boleh membuat aduan terus pada bila-bila masa sahaja dan pihak kami amat berterima kasih di atas kerjasama yang ditunjukkan oleh para pengguna,” jelasnya.

Mesyuarat Pemilihan Pemuda dan Puteri UMNO esok.
Teks dan gambar: Aminudin Ismail.
SETIU: Seramai kira-kira 1000 wakil Pemuda dan Puteri dari Cawangan UMNO seluruh Setiu akan hadir di Mesyuarat Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Setiu yang akan diadakan di Dewan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD)Setiu, Putera Jaya, pagi esok.
Persidangan yang dijangka diadakan jam 9 pagi itu didahului dengan ucapan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Setiu, Kazan Che Mat sebelum mesyuarat dan pemilihan diadakan.
Setiausaha UMNO Bahagian Setiu, Ismail Saamah berkata, sehingga petang ini, persiapan untuk mengadakan mesyuarat pemilihan sayap UMNO itu berjalan lancar dan majlis akan diadakan mengikut jadual.
"Seramai 640 wakil pemuda cawangan dan kira-kira 500 wakil puteri akan hadir di mesyuarat yang akan diadakan di dewan PPD itu," katanya.
Mesyuarat itu menyaksikan pertandingan tiga jawatan utama iaitu Naib Ketua Pemuda iaitu antara Rosmadi Nasir (Langkap) dan Zokri Osman (Permaisuri).
Manakala Ketua Puteri pula pertandingan antara Nik Ana Azlina Nik Soh (Jabi) dan Nur Fuzilawati Jusoh (Permaisuri). Naib Puteri ialah antara Norhaslinda Yusof dan Mayu Azlina Ismail.
Jawatan Ketua Pemuda tiada pertandingan kerana Adun Jabi, Mohd Iskandar Jaafar, akan diumunkan memenangi jawatan itu esok kerana beliau adalah calon tunggal untuk merebut jawatan tertinggi pemuda UMNO Setiu itu.
Bendera UMNO mula di pasang. |

Sekeluarga dipilih memimpin UMNO peringkat cawangan
Yaacob bersama isteri dan anaknya.
Oleh: Mohammad Ishak
Ketika ahli UMNO lain berebut untuk menjadi pemimpin parti sekeluarga dari Kampung Tok Motong, dekat Jertih, mempunyai keistimewaan tersendiri apabila penduduk khasnya ahli cawangan memilih sekeluarga untuk menjadi ketua mereka
Ini terbkti apabila semua jawatan utama parti peringkat cawangan dimonopoli sepenuhnya oleh keluarga berkenaan dengan didahului jawatan Ketua Cawangan,Ketua Wanita,Timbalan Ketua Cawangan, Ketua Penerangan dan Ketua Pemuda.
Apa tidaknya, selain Yaakob Abdul Rahman, 77,yang menjadi ketua cawangan Kampung Tok Motong sejak 1968, isterinya,Wan Minah Wan Leh,66, menjadi Ketua Wanita Cawangan, manakala tiga lagi anak lain turut memegang jawatan penting peringkat cawangan. Tiga lai anak Yaacob yang memegang jawatan ialah, anak lelaki sulong, Rosli,48, menjadi Ketua Penerangan, Abdul Halim,, 43, Timbalan Ketua Cawangan manakala seorang lagi,Abdul Rahman,35, dipilih sebagai Ketua Pemuda Cawangan.
Menurut Yaacob, keluarganya bukan berhasrat untuk menguasai parti berkenaan sebaliknya pada setiap kali diadakan mesyuarat pemilihan jawatankuasa baru penduduk khasnya ahli Umno kampung itu mencadangkan keluarnya memimpin parti.
“Ketika semua tempat sibuk dengan perebutan jawatan sewaktu diadakan pemilihan jawatankuasa baru pada Julai lalu, saya, isteri dan tiga anak lain masih diberi kepercayaan untuk memimpin parti,” katanya ketika ditemui di rumahnya.
Menceritakan resepi kejayaan itu,Yaacob berkata, dia sendiri tidak tahu kenapa penduduk kampung itu sering mengangkat keluarganya sebagai ketua.
Bagaimanapun,katanya, perkara penting yang diamalkan ialah beliau sentiasa mengutamakan kepentingan ahli parti daripada menjaga keluarganya terutama dalam memajukan kampung dan pengagihan projek untuk masyarakat.
Beliau yang pernah menjadi Pengerusi JKKK selama 25 tahun dan bersara pada 2009 bertanggungjawab memajukan kampung itu sehingga kini muncul antara kampung terbaik dalam aspek pembangunan pertanian.
Kejayaan beliau memajukan kampung membolehkan Kerajaan Negeri memilihnya untuk menunaikan fardu haji pada 2008 bagi mengenang jasa dan khidmat cemerlang memajukan kampung.
Selain menjadi Ketua Cawangan,Yaacob juga masih memegang beberapa jawatan penting lain dalam komuniti termasuk Pengerusi PIBG Sekolah Kebangsaan Tok Motong, Ahli Lembaga Pengarah LPP Kawasan Pelagat dan beberapa jawatan lain.
FGS medan pertemuan pecinta gamelan seantero dunia
Oleh; Esah Abdullah
Sebanyak 14 penyertaan akan mengambil bahagian dalam Festival Gamelan Sedunia (FGS) yang akan berlangsung di Dataran Shah Bandar Kuala Terengganu bermula 25 hingga 27 Oktober depan.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan negeri, Dato’ Haji Mohd Jidin Shafee berkata, tujuh daripadanya kumpulan gamelan dari luar negara dan selebihnya dari dalam negara.
“Kumpulan dari luar negara antaranya ialah Kumpulan Gamelan Melayu Nusantara Nottingham, Eropah; Gamelan Gabungan Karawitan Darmasiswa, Eropah; Gamelan Wasabi, Jepun; Gamelan Central Conservatory of China, China.
“Gamelan Gondrong Gunarto, Jawa, Indonesia; Gamelan Sangrila,B , Indinesia dan Cak Lempong Gastarana, Bukit Tinggi, Indonesia,” katanya kepada pemberita di Muzium Negeri Terengganu semalam.
Selain itu katanya, kumpulan professional dalam negara yang mengambil bahagian ialah Gamelan Hands Percussion; Gamelan Rhythms in Bronze; Gamelan Swakarya Pakngah Production; Gamelan Okestra Tradisional 1Malaysia, Istana Budaya; Gamelan Gema Gangsa, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Gamelan Alkis Gamawan.
Katanya, tiga kumpulan gamelan dari negeri ini turut membuat persembahan ialah Gamelan Suktra, Gamelan SaGa Warisan dan Gamelan Sekolah Menengah Sultan Sulaiman Kuala Terengganu.
“Kira-kira 400 peserta akan mewarnai sepanjang festival berkenaan yang turut diadakan persembahan serta bengkel yang dikendalikan oleh pakar gamelan dari Malaysia, Indonesia dan Eropah,” katanya.
Katanya, tujuan utama bengkel adalah untuk memberi pendedahan kepada pencinta gamelan mempelajari dan seterusnya mendalami seni permainan alat muzik gamelan Melayu, alat muzik gamelan Jawa serta alat-alat muzik gamelan Bali.
Menurutnya, FGS kali ketiga ini merupakan medan pertemuan pencinta gamelan seantero dunia dan juga diterjemahkan sebagai satu acara bagi memeriah serta menjayakan kempen tahun Melawat Terengganu.

Jawatankuasa Pelaksanaan Bahasa Kebangsaan bertanggungjawab pelihara bahasa Melayu
Oleh: Aida Abd Rahman
Kerajaan menubuhkan Jawatankuasa Pelaksanaan Bahasa Kebangsaan yang bertanggungjawab untuk memastikan taraf dan kedudukan bahasa Melayu terus terpelihara di semua kementerian, jabatan dan agensi kerajaan serta sektor berimpak tinggi.
Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Prof Dr Zaharani Ahmad, berkata bagi tujuan itu, pelbagai pekeliling dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam, termasuk yang terbaru Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 tahun 2011 tentang Panduan Penggunaan Bahasa Kebangsaan dalam Perkhidmatan Awam.
“ Menyedari hakikat ini, bagi membantu Jabatan Perkhidmatan Awam memantau dan menguatkuasakan pelaksanaan pekeliling ini, DBP telah mengambil langkah positif dengan memperkenalkan program audit bahasa demi memastikan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan terus dimartabatkan dan diperkasakan di sektor awam.
“Tiga perkara utama yang akan diaudit ialah dokumen-dokumen rasmi, komunikasi lisan dan paparan, manakala aspek pengauditan tertumpu kepada taraf dan mutu bahasa Melayu,” katanya di Majlis Pelancaran BBK Peringkat Negeri Terengganu, di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, semalam.
Turut hadir merasmikan majlis itu, Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said dan Tokoh Bahasa dan Felo Institut Alam Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Dato’ Teo Kok Seong.
Prof Dr Zaharani berkata, menerusi program itu semua dokumen di jabatan dan agensi kerajaan akan mula diaudit pada tahun ini.
“Pada tahun ini, Dewan Bahasa dan Pustaka telah mewujudkan sistem Penarafan Bintang Bahasa Kebangsaan bagi menghargai usaha Pihak Berkuasa Tempatan memartabatkan dan memeperkasakan penggunaan bahasa kebangsaan di tempat awam,”katanya.
Katanya, melalui pelaksanaan pelbagai program bahasa, anggota masyarakat yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur mempunyai peluang dan ruang untuk menyertai apa-apa juga aktiviti yang dilaksanakan.
Beliau berkata, semua kegiatan tersebut disusun bagi memenuhi aspirasi nasional yang ingin melihat rakyat Malaysia hidup dalam rukun damai dan bersatu padu.
“Kami berharap dampak semangat mencintai dan berbangga akan bahasa kebangsaan akan tergambar dan tertanam di sanubari semua lapisan masyarakat.
“Walaupun negara kita sudah 56 tahun mencapai usia kemerdekaan, namun kemantapan bahasa kebangsaan dalam sistem bernegara masih belum boleh dibanggakan, malahan masih jauh daripada pencapaian yang sewajarnya.
Menurutnya, bertitik tolak dari situ, DBP yang diamanahkan oleh kerajaan untuk menyebarluaskan penggunaan bahasa Melayu akan terus melaksanakan program memartabatkan dan memperkasakan bahasa tersebut agar terpamer jati diri dan citra bangsa Malaysia.

Risda belanja RM18 juta untuk insdustri getah
Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) Terengganu membelanjakan hampir RM18 juta untuk pembangunan semula industri getah di negeri ini tahun ini.
Pengarah Risda negeri Zakaria Mat Zin berkata Risda memperuntuk belanjawan sebanyak RM19.8 juta untuk pembangunan, termasuk tanaman semula getah di negeri ini tahun ini.
"Daripada jumlah itu, kita telah belanja hampir RM17.7 juta atau 89.5 peratus, bakinya kita jangka selesai sebelum akhir tahun ini," katanya.
Zakaria berkata sambutan program tanaman semula getah di Terengganu tahun ini sangat menggalakkan dan telah mencapai sasaran seluas 1,600 hektar.

Beliau berkata seluas 4,604 hektar ladang yang melibatkan 3,900 pekebun di Terengganu terlibat dalam program tanaman semula getah setakat ini.
Katanya untuk tahun depan, Risda akan membuka pendaftaran lebih awal supaya permohonan cepat diproses dan diluluskan segera dan untuk itu pekebun kecil yang bercadang menanam semula getah digesa mengemukakan permohonan masing-masing di pejabat stesen Risda berhampiran. Beliau berkata tahun depan Risda menyasarkan untuk menanam semula 1,200 hektar di Terengganu. Menurutnya amalan pertanian yang baik dalam pengurusan, khususnya program pembajaan, memberikan hasil yang baik dan memberangsangkan. "Ini perkara utama dalam usaha pekebun kecil untuk meningkatkan hasil," katanya. Beliau berkata pengeluaran getah di Terengganu kini mencapai 1.2 tan sehektar dan angka itu dijangka meningkat kepada 1.6 tan sehektar akhir tahun ini. "Ini kerana kita masih ada tiga atau empat bulan lagi sebelum tahun 2013 melabuh tirainya," katanya.

Subscribe to:
Posts (Atom)