Halaman

19 October 2013

Sultanah Nur Zahirah berkenan menyempurnakan Majlis Konvokesyen UMT kali ke-11

Oleh: Noraini Jusoh

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dan Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah berkenan mencemar duli menghadiri Majlis Konvokesyen kali ke-11 Universiti Malaysia Terengganu (UMT, hari ini.


Sesi pertama bagi Majlis Konvokesyen yang diadakan selama dua hari ini bermula kira-kira jam 7:30 pagi dengan ketibaan para graduan dan jemputan serta diikuti dengan keberangkatan tiba Sultan dan Sultanah Terengganu.

Sultanah Nur Zahirah merangkap Canselor UMT berkenan menyampaikan titah ucapan dalam majlis ini dan menyempurnakan pengurniaan ijazah dan anugerah kepada graduan.

Majlis konvokesyen kali ini menyaksikan 1962 orang graduan berjaya menamatkan pengajian masing-masing, iaitu 15 penerima Ijazah Doktor Falsafah, 114 penerima Ijazah Sarjana, 1727 orang penerima Ijazah Sarjana Muda dan 106 penerima Diploma.

Majlis dimulai dengan pengurniaan dua anugerah istimewa iaitu Ijazah Kehormat Doktor Sains kepada Profesor Emeritus Dato’ Dr Zakri Abdul Hamid manakala Ijazah Kehormat Doktor Pengurusan dianugerahkan kepada Tan Sri Dato’ Dr Mohd Yusof Md Noor.

Kemudian, diikuti pengurniaan ijazah dan anugerah kepada graduan sebelum pengisytiharan penangguhan majlis untuk sesi pagi ini.



 

Sultan dan Sultanah Terengganu berkenan berangkat ke Majlis Santapan UMT

Oleh: Noraini Jusoh



Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dan Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah berkenan berangkat ke majlis Santapan Malam sempena majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Terengganu (UMT) kali ke-11 di Pusat Konvensyen, Taman Tamadun Islam, malam tadi.

Sultanah Nur Zahirah ialah Canselor UMT.

Keberangkatan tiba Sultan dan Sultanah Terengganu diiringi Tengku Sri Paduka Raja dan Yang Berbahagia To’ Puan Rosita Abdullah.

Turut menyambut ketibaan baginda berdua ialah Menteri Besar Dato’ Seri Haji Ahmad Said dan isteri To’ Puan Seri Hajah Norliza Mahmud; Menteri Pendidikan II, Dato’ Seri Idris Jusoh; Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Haji Mohd Zuber Embong; Pro-Canselor UMT, Tan Sri Samsudin Osman; Pengerusi Lembaga Pengarah UMT, Tan Sri Datuk Dr. Ahmad Zaharudin Idrus serta Naib Canselor UMT, Profesor Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim Komoo.

Turut hadir, Ahli-Ahli Dewan Pangkuan DiRaja Terengganu serta Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu.

 



Mesyuarat Pemilihan UMNO Setiu, hari ini, lancar.

Teks dan gambar Aminudin Ismail.

Suasana ketika pendaftaran ahli.
SETIU: Kira-kira 1300 termasuk perwakilan hadir pada Mesyuarat Pemilihan UMNO Bahagian Setiu yang diadakan di Dewan Sekolah Menengah Saujana, di sini, hari ini.

Daripada jumlah itu seramai 1142 adalah perwakilan dari seluruh cawangan UMNO Setiu manakala selebihnya ialah pemerhati yang datang untuk melihat perjalanan mesyuarat itu.

Tinjauan Teganukita mendapati, perwakilan hadir sejak jam 8.30 pagi lagi untuk mendapat tempat letak kereta yang dekat dengan dewan dan mendapat laluan mudah untuk mendaftar.

Selepas lebih satu jam proses pendaftaran, mesyuarat dimulakan kira-kira jam 10 pagi selepas dewan mula dipenuhi dengan perwakilan dan jawatankuasa UMNO Bahagian Setiu yang berada di bahagian hadapan.

Teganukita sempat merakamkan gambar Adun Permaisuri, Dato' Mohd Jidin Shafee, Adun Langkap, Dato' Sabri Mohd Nor, Adun Batu Rakit, Bazlan Abdul Rahman dan Adun Jabi, Mohd Iskandar Jaafar.

Berikut ialah gambar-gambar sekitar Meyuarat Pemilihan UMNO Bahagian Setiu 2013:-
Segak...Mohd Jidin mengenakan baju Melayu merah.
Bergaya...Sabri sempat melemparkan senyuman.

Simple...Bazlan mengenakan baju merah jambu..

Senyum...Iskandar bergambar kenangan bersama rakan.


Hadir...PA Ahli Parlimen Setiu, Abang Lah turut hadir.

Bermula...Mohd Jidin bersedia memulakan mesyuarat.
Ramai...sebahagian perwakilan yang hadir.

Datuk Mamat Ghazali ketika di luar dewan.






Tengok...perwakilan sedang melihat buku senarai calon.

Ahli Parlimen Setiu, Che Zul (kanan) turut hadir memberi sokongan.
Mesra...Bazlan bersama seorang perwakilan.

Daftar...proses pendaftaran berjalan lancar.
Semak..petugas sedang menyemak nama perwakilan.

Santai..perwakilan memilih duduk di luar dewan.

Bahagi...seorang perwakilan memberi kad nama calon.

Rehat...empat perwakilan berehat sebelum masuk dewan

Banyak..beq cenderahati perwakilan.


Ismail Saamah...S.U UMNO Setiu.

7,938 perwakilan pilih pemimpin bahagian hari ini

Oleh: Kamarudin Mat Akib 

Seramai 7,938 perwakilan daripada lapan bahagian di negeri ini menghadiri persidangan Umno bahagian masing-masing hari ini bagi memilih pemimpin bahagian.

Mereka juga bakal memilih perwakilan ke Perhimpunan Agung Umno (G7) di Kuala Lumpur dan Naib Presiden Umno Pusat serta Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno.

Tujuh daripada lapan bahagian Umno di negeri ini menyaksikan pertandingan bagi jawatan ketua bahagian.

Hanya jawatan Ketua Umno Bahagian Besut tidak berlaku pertandingan apabila seorang saja calon, YB Nawi Mohmad mengemukakan borang pencalonan bagi jawatan tersebut manakala penyandang, Dato’ Seri Idris Jusoh mengemukakan borang pencalonan bagi jawatan Naib Ketu Umno Bahagian Besut.

Mesyuarat perwakilan Umno bahagian akan diadakan di bahagian masing-masing dan bermula serentak jam 8.30 pagi dikuti proses pengundian selepas pendaftaran.

Setiap bahagian membuka empat saluran mengikut kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk memberi keselesaan perwakilan membuang undi untuk memilih pemimpin bahagian dan Pusat.

Proses membilang undi akan diadakan di bahagian masing-masing sebaik selesai perwakilan membuang undi dan keputusan dijangka dapat diketahui pada sebelah malam.

Pada persidangan tahun ini, 21,694 orang perwakilan Umno bahagian, Wanita, Pemuda dan Puteri di Terengganu membuat penentuan pemimpin masing-masing di mana perwakilan bagi sayap parti telah pun bersidang pada 12 Oktober lalu.

Daripada jumlah itu seramai 7,938 orang merupakan perwakilan bahagian, Wanita (5,098) Pemuda (4,927) dan Puteri 3,731 orang.

Pada tahun ini, kesemua perwakilan berkenaan membuat pemilihan mengikut sistem yang baru diperkenalkan bagi memilih pemimpin peringkat bahagian dan pemimpin tertinggi Umno.

Gembira bantu penduduk dapat geran tanah.

Teks dan gambar Aminudin Ismail. 

Mohammad Puteh.

TUGAS seorang Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK) bukanlah satu tugas yang mudah kerana mereka perlu berhadapan dengan pelbagai masalah penduduk kampung yang perlu diselesaikan.

Sebagai orang yang diamanahkan oleh wakil rakyat untuk menjaga sesebuah kampung itu, Pengerusi JKKK perlu mengambil alih tugas wakil rakyat di kawasan kampung masing-masing.

Bagi Mohammad Puteh, 59 Pengerusi JKKK Kampung Pecah Rotan, Batu Rakit, Parlimen Setiu, yang berpengalaman hampir 30 tahun memegang jawatan itu, bersyukur kerana sepanjang tugasnya itu dia tidak pernah mengalami pengalaman yang tidak baik.

“Alhamdulillah, segala permasalahan penduduk saya membantu menyelesaikanya, ada yang dah selesai dan ada juga yang masih belum kerana sesuatu sebab yang tidak dapat dielakan.

"Saya juga bekerja, saya meminta bantuan wakil rakyat dan wakil rakyat pula membantu membawanya ke peringkat negeri, tetapi kebanyakannya saya berjaya membantu menyelesaikan,” katanya yang menjadi ahli UMNO ketika berusia 25 tahun itu.

Mohd bersama seorang rakannya.
Mohammad berkata, antara pengalaman paling manis sepanjang memegang jawatan Pengerusi JKKK kampungnya ialah berjaya membantu penduduk mendapatkan geran tanah kebun buah-buahan seluas kira-kira 120 ekar.

“Ketika itu, YB Dr. Wahab menjadi wakil rakyat, saya bersama YB bersama-sama berusaha untuk mendapat geran tanah setiap yang mengusahakan kebun itu selama setahun lebih. Akhirnya usaha saya itu membuahkan hasil kerana masing-masing mendapat geran hakmilik iaitu seramai 70 orang mendapat tanah seluas satu ekar manakala 100 penduduk lagi mendapat setengah ekar,” katanya.

Antara usaha lain Mohammad ialah, membantu mendapatkan sebanyak 20 buah rumah PPRT kepada penduduk yang layak dan membaikpulih lebih 30 buah rumah orang kampung.

“Saya akan terus memegang jawatan ini selagi diberi kepercayaan YB dan penduduk. Banyak lagi yang saya mahu usahakan bagi memajukan kampung dan meningkatkan taraf hidup penduduk Pecah Rotan ini,”katanya.

 

18 October 2013

Hari terakhir korban...Dun Jabi korban 11 ekor lembu.

Teks dan gambar Aminudin Ismail. 

Iskandar turut membantu melapah daging lembu.
JABI: Kira-kira 200 penduduk sekitar Dun Jabi hadir bergotong royong menjayakan Program Korban Perdana Parlimen Setiu, Dun Jabi yang diadakan pada hari terakhir ibadah korban pada tahun ini bertempat di Padang Bola Kampung Apal, di sini hari ini.

Adun Jabi, Mohd Iskandar Jaafar berkata, sebanyak 11 ekor lembu dikorbankan sempena program itu untuk diagihkan kepada penduduk sekitar Dun Jabi manakala seekor disembelih sebagai kenduri kesyukuran.

“Lembu-lembu ini adalah sumbangan Parlimen Setiu untuk Dun Jabi dengan kerjasama Pusat Khidmat Dun Jabi. Sebanyak 37 JKKK terbabit dengan program ini. Seekor daripada 11 ekor disembelih terlebih dahulu untuk jamuan kepada semua petugas dan yang hadir di sini hari ini.

“Setiap sembelihan ini akan diagih kepada semua JKKK dan mereka akan mengagihkan pula kepada penduduk kampung masing-masing,” katanya mengenai program yang bertujuan untuk mendekatkan hubungan pemimpin dengan rakyat itu.

Turut hadir ialah Ahli Parlimen Setiu, Che Zulkifly Jusoh dan Pengerusi Jawatankuasa Kampung Dun Jabi serta beberapa penduduk kampung berhampiran.

Berikut ialah gambar-gambar sekitar Korban Perdana itu:-
Tumbang..seekor lembu berjaya direbahkan penduduk.

Jamu..jamuan pagi turut disediakan.

Masak..seorang penduduk sedang memasak gulai lembu.

Angkat...daging lembu diangkat untuk di potong.

Erat...Iskandar bersama tiga penduduk.

 

146,500 perwakilan UMNO pilih pemimpin esok



Oleh: Mohammad Ishak 

Debaran pemimpin sayap UMNO, Wanita,Pemuda dan Puteri sudah berakhir dan terjawab apabila kelompok berkenaan sudah menentukan siapa pemimpin mereka untuk menerajui parti selepas perwakilan membuat keputusan menerusi undian pada minggu lalu.

Perhatian kini terarah pula kepada siapa yang akan menduduki barisan kepemimpinan di peringkat Ahli Majlis tertinggi (AMT) dan Jawatankuasa Peringkat Bahagian, bagi melengkapkan saf kepemimpinan parti terbesar bangsa Melayu dan Umat Islam negara ini.

Keputusannya akan ditentukan oleh 146,500 perwakilan dari seluruh negara yang akan mengadakan Mesyuarat Agung Perwakilan Umno  Bahagian esok Sabtu 19 Oktober 2013, apabila ahli akar umbi terbabit akan membuat pilihan sendiri siapa pemimpin yang mereka suka.

Pemilihan tahun ini yang dilaksanakan menerusi kaedah baru apabila pemimpin peringkat cawangan turut diberi hak memilih pemimpin sudah tentu ia akan memberi kesan besar kepada corak pemilihan pemimpin dalam UMNO.

Perwakilan sudah tentu mempunyai bayangan tersendiri untuk memilih bakal pemimpin yang menjadi pilihan mereka sama ada berasaskan kepada ketokohan, professional, personaliti dan keupayaan pemimpin terbabit memikul tugas dan tanggungjawab besar dalam membina parti.

Kini ramai yang bercakap menggunakan slogan “Meremajakan Umno” dalam usaha membina dan memantapkan parti yang disesuaikan dengan keadaan semasa dan peluang ini digunakan oleh calon yang bertanding untuk memikat penyokong atau lebih tepat perwakilan.

Bagaimanapun, dalam usaha meremajakan parti adalah tidak adil jika pemimpin yang terlalu lama berada dalam saf kepemimpinan masih degil untuk melepaskan jawatan yang disandang kerana terlalu syok dengan jawatan.

Bukan tidak penting kepada pemimpin lama tetapi berilah peluang kepada bakat baru yang berpotensi untuk menyambung perjuangan dalam mana-mana organisasi termasuk UMNO.

Di Terengganu sendiri seluruh ketua bahagian kecuali Besut akan berhadapan dengan pertandingan apabila ada ramai calon menawarkan diri untuk merebut jawatan nombor satu peringkat bahagian.

Sebenarnya, pertandingan merebut jawatan tahun ini dianggap meriah dan menarik apabila calon yang bertanding kelihatan dalam satu keluarga apabila mereka datang secara berkumpulan ketika sesi pengenalan calon dianjurkan pihak tertentu.

Semoga semangat setia kawan dan dan sifat kekeluargaan ini akan terus kekal biarpun selepas pengumum calon yang menang dan kalah dalam pertandingan diketahui selewat-lewatnya jam 8 malam esok.

TIIAF 2013 di TTI

PEMINAT seni khat kaligrafi berpeluang menimba ilmu daripada lapan tokoh terkenal dunia dalam bidang itu sepanjang berlangsung Festival Kesenian Islam Antarabangsa Terengganu 2013 (TIIAF 2013) di Taman Tamadun Islam (TTI) yang akan bermula 15 November ini.

 Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerja TIIAF 2013, Datuk Zubir Embong, empat tokoh khat tersohor dari Turki iaitu Hasan Vhelebi, Dawood Bektas, Mumtaz Durdu dan Efdaluddin Kilik telah menyatakan persetujuan menjadi juri pertandingan seni khat sempena festival itu.

 "Selain itu, Adnan Sheikh Osman dari Syria, Ziyad Al-Muhandis (Iraq) dan Shereen Abd El Sabeer (Mesir) turut bersetuju menjadi juri. Lebih istimewa Ketua Pengarah, Research Center for Islamic History, Art and Culture (IRCICA) di Istanbul, Dr. Halit Eren juga akan hadir," katanya baru-baru ini.

TIIAF 2013 akan menampilkan pertandingan seni khat antarabangsa dan kebangsaan yang dijangka disertai 100 penggiat kaligrafi berpengalaman dari 20 buah negara.

 Bermula tahun ini, satu produk baharu diperkenalkan iaitu seni corak batik bermotifkan khat untuk mempelbagaikan produk berasaskan kaligrafi.

 Kata Zubir, sempena festival tersebut, TTI turut menganjurkan ekspo produk berasaskan pakaian, hasil seni, makanan, pertunjukan batik, serta sukan rakyat.

"Pada sebelah malam pula, persembahan muzikhat iaitu persembahan konsert muzikal berkonsepkan zikir dan peralatan muzik tradisional di samping forum bicara agama oleh tokoh agama yang dipilih," katanya.

Festival tiga hari itu dianjurkan TTI Management Sdn. Bhd. dengan sokongan kerajaan negeri dan Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu dan masuk adalah percuma.

 



Masjid Al-Amin, Kuala Berang Indah dan Selesa.



Masjid Al Amin.
Pandangan depan Masjid Al-Amin.
Teks dan gambar Aminudin Ismail.

KEPERIHATINAN kerajaan Barisan Nasional terhadap pembinaan masjid di negeri ini sememang sudah menjadi lumrah sejak selepas merdeka lagi, satu demi satu masjid dibina bermula dari bangunan kayu sehinggalah kepada bangunan batu yang tersergam indah bagi memberi keselesaan dan kemudahan kepada umat Islam menunaikan ibadah sembahyang dan membuat pelbagai aktiviti keagamaan.

Antara kampung yang tidak tertinggal dalam senarai pembinaan masjid baru lagi indah ialah Kampung Buluh, Kuala Berang, di mana sebuah masjid baru dibina dan siap sepenuhnya pada 2007, selepas masjid lama (terletak berhampiran masjid baru) tidak dapat lagi menampung jumlah jemaah yang semakin meningkat.

Abdul Rasyid..iman II.
Iman II masjid yang diberi nama Masjid Al Amin itu, Abdul Rasyid Muhammad, berkata pembinaan masjid baru itu banyak memberi manfaat kepada seluruh jemaah dari dua kampung yang bersembahyang di situ iaitu Kampung Buluh dan Kampung Padang Tara.

“Jika dahulu jemaah belakang terpaksa bersesak-sesak untuk menunaikan sembahyang jumaat atau sembahyang dua hari raya kerana masjid lama tidak menampung jemaah yang semakin ramai tetapi dengan siapnya masjid baru itu, semua boleh melakukan ibadah itu dengan selesa.

“Masjid lama hanya boleh memuatkan kira-kira 300 hingga 400 jemaah sahaja sedang jumlah jemaah sejak kebelakangan ini kira-kira 500 orang. Dengan adanya masjid baru ini jemaah dapat bersolat dengan selesa malah kawasan dewan solat kedua masih kosong dan ia dapat menampung jumlah jemaah pada masa depan,” katanya.

Rasyid berkata, selain jemaah tempatan, ada juga jemaah luar yang datang untuk bersolat dan berehat di masjid yang diusahakan pembinaannya oleh bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Berang, Allahyarham Ibrahim Yusof itu.

“Selain itu, ada juga pelajar dari beberapa buah sekolah menunaikan solat jemaah di masjid ini, manakala kira-kira 50 jemaah menunaikan solat fardu pada waktu malam”, katanya.

Ismail..iman kerajaan.
Dalam pada itu, Iman I Masjid Al-Amin itu , Ismail Muhammad, berkata antara aktiviti keagamaan yang dibuat di masjid itu ialah ceramah agama dari pegawai Pejabat Agama Daerah Kuala Berang pada malam rabu yang mengajar tasauf.

“Malam Jumaat dan Sabtu ialah mengajar Fekah dari iman masjid, Rabu dan Khamis pula ialah Quran Tajwid,” katanya. Pengerusi masjid ialah Yusof Muhammad manakala dua bilal bertugas bergilir-gilir mengalunkan azan.




Dalaman yang cantik dan bersih.

Jemaah sedang berwirid selepas solat zohor.

Ruang kedua masjid yang luas.
Masjid lama Kampung Buluh.