Halaman

14 January 2014

Sultan Mizan titah amal wasatiyyah Rasulullah s.a.w dalam kehidupan

Oleh: Noraini Jusoh

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin bertitah, dalam konteks negara ini yang bercirikan masyarakat majmuk, perlaksanaan sesuatu perkara yang berasaskan pendekatan ‘wasatiyyah’ Rasulullah s.a.w, mampu menjadikan rakyat khususnya masyarakat Islam hidup aman dan bahagia, bersatu padu dan saling sayang menyayangi antara satu sama lain.

"Sempena sambutan Maulidul Rasul yang menekankan kepada tema ‘Wasatiyyah tonggak kesatuan ummah, beta menyeru kepada sekalian rakyat khususnya umat Islam di Terengganu menjadikan tema ini sebagai penggerak ke arah mencapai kesatuan ummah,” titah baginda di majlis perasmian sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri di Stadium Negeri, Kuala Terengganu, hari ini.



Turut hadir, Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Haji Mazlan Ngah serta Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Haji Mohd Zuber Embong.

Baginda turut mengingatkan umat Islam agar tidak membiarkan perpecahan terus berlaku tetapi haruslah saling bersatu.

“Beta berharap, barisan pemimpin dan para ulama’ bergading bahu berusaha bersama membawa masyarakat Islam ke arah jalan yang diredhai Allah s.w.t. Jadikanlah kepentingan dan maslahah ummah sebagai matlamat perjuangan tanpa menggadai maruah dan agama Islam.

Janganlah rakyat menjadi taruhan dan dikorbankan. Beta yakin, perpaduan ummah dapat dicapai sekiranya semua pihak dapat menghayati kehendak tema ‘Wasatiyyah tonggak kesatuan ummah’ dan mencontohi Rasulullah s.a.w dengan melaksanakan pendekatan tersebut,” titah baginda.

Sultan Mizan bertitah, perhimpunan umat Islam seluruh dunia pada setiap 12 Rabiul Awal setiap tahun bertujuan mengingati kembali kelahiran Nabi Muhammad s.a.w yang banyak berkorban demi keselamatan dan kesejahteraan hidup umatnya di dunia dan akhirat.

Menurut baginda, Nabi Muhammad s.a.w adalah manusia pilihan dan paling mulia di sisi Allah s.w.t dan baginda diutuskan bagi membawa rahmat Allah s.w.t berpaksikan ajaran agama Islam kepada manusia sejagat. Kemuliaan Rasulullah s.a.w terletak pada perilaku dan budi pekerti yang luhur.

 





11,000 sertai perarakan Maulidul Rasul

Oleh: Noraini Jusoh

Tradisi sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri Terengganu yang diadakan setiap tahun berlangsung meriah apabila kira-kira 11,000 umat Islam dari pelbagai agensi menyertai perarakan sambil berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w, hari ini.

Perarakan sejauh 2.4 kilometer bermula dari Dataran Shahbandar melalui Jalan Sultan Zainal Abidin, Bulatan Batu Bersurat, Jalan Sultan Mahmud berakhir di Stadium Negeri.



Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, barisan Exco kerajaan negeri, ketua jabatan dan pegawai kanan kerajaan turut menyertai perarakan sebagai memperingati Hari Keputeraan Rasulullah s.a.w.

Pasukan beruniform, sekolah dan institusi pengajian tinggi, jabatan kerajaan Persekutuan dan jabatan kerajaan negeri, sektor swasta di samping badan-badan bukan kerajaan serta Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) seluruh negeri turut mengambil bahagian.

Bagi menghargai penglibatan kontijen dalam perarakan, hadiah turut disediakan berbentuk wang tunai dan sijil penghargaan kepada pemenang dimana tempat pertama membawa pulang wang tunai RM3000.


Kolej Universiti Tati (TATiUC) memenangi kategori jabatan kerajaan negeri dan badan berkanun negeri manakala kategori jabatan kerajaan dan badan berkanun Persekutuan dimenangi oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Sementara Taman Tamadun Islam (TTI) Management Sdn Bhd menjuarai kategori syarikat-syarikat terpilih dan swasta.


Selain itu, Sekolah Menengah Imtiaz Kuala Terengganu pula memenangi kategori sekolah menengah dan institut pengajian tinggi manakala kategori JKKK dimenangi oleh JKKK Jalan Tekukur.

Selain perarakan, sambutan peringkat negeri dimeriahkan dengan pertandingan mewarna huruf jawi, bercerita, penulisan khat serta kebersihan dan keceriaan masjid.

 













Mohamad bantu bangunkan Guntung Luar.

Mohamad Mat Zin.
Oleh: Aminudin Ismail.

PEMBABITANYA dalam UMNO selepas bersara dari Angkatan Tentera Malaysia kira-kira 15 tahun lalu ternyata tidak sia-sia kerana berapa tahun selepas aktif dalam politik di Kampung Guntung, akhirnya dia terpilih untuk menjawat jawatan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Guntung pada 2004.

“Saya memang meminati politik kerana itulah apabila bersara dari tentera saya terus aktif dalam UMNO di Kampung Guntung Luar ini, lagipun ayah saya juga bekas ketua kampung di kampung ini,” kata Mohamad Mat Zin, Pengerusi JKKK Guntung Luar, Setiu.

Pelbagai usaha dilakukannya selepas menjawat jawatan terpenting di peringkat kampung itu, antaranya ialah menyusun semula pembangunan pekan Guntung Luar menjadi sebuah pekan kecil yang lebih kemas dan teratur.

“Dulu, keadaan kedai-kedai di Kampung Guntung Luar ini adalah diperbuat daripada kayu dan ia agak lama dan kurang teratur tetapi atas usaha JKKK ketika itu, kami berusaha membangunkan Kampung Guntung Luar ini.

“Lagipun kampung ini adalah menjadi laluan orang ramai kerana ia terletak di di tepi jalan yang menghubungkan Kuala Terengganu dan Kota Baharu. Alhamdulillah, pekan Guntung Luar ini sudah banyak bezanya daripada dahulu kerana banyak bangunan baru didirikan,” katanya yang juga Setiausaha Persatuan Bekas Tentera Malaysia, Terengganu itu.

Sebagai Pengerusi JKKK, Mohamad juga mempastikan semua penduduk akan mendapat pelbagai kemudahan daripada kerajaan antaranya ialah bantuan untuk mendapatkan perumahan PPRT dan bantuan untuk membaiki rumah.

Sedang meneliti buku profil Guntung Luar di rumahnya.
“Sejak saya pegang jawatan ini, lebih 10 buah rumah PPRT di bina di kawasan ini, manakala lebih 30 buah rumah sudah dibaik pulih. Semua yang layak, saya akan usahakan untuk mendapatkan bantuan daripada kerajaan ini.

“Begitu juga dengan kemudahan jalan-jalan kampung dan kebun, saya dan JKKK berjaya mendapatkannya dan ada yang masih dalam permohonan” katanya.

Mohmad berkata, antara pencapaian yang membanggakannya ialah darisegi keselamatan kampung kerana sejak beliau memegang jawatan itu, tidak pernah berlaku kegiatan jenayah yang besar di Kampung itu sehingga akhir tahun lalu.

“Kampung ini diakui bersih daripada kegiatan jenayah oleh Ketua Polis Daerah Setiu ketika datang ke Majlis Polis bersama Masyarakt, baru-baru dan saya mengharapkan ianya akan berterusan dan kami JKKK dan penduduk kampung akan sentiasa memastikan kampung ini sentiasa selamat,” katanya.

Mohamad mengharapkan penduduk di kampungnya akan terus memberi sokongan kepada kerajaan Barisan Nasional supaya segala perancangan untuk membangun dan memakmurkan kampung itu akan dapat terus dilaksanakan.

 

SEKITAR SAMBUTAN MAULIDUR RASUL DI TERENGGANU

Gambar-gambar oleh Zulkipli Putra

Menteri Besar bersama Setiausaha Kerajaan Negeri, Ahli Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri, Speaker Dewan Undangan Negeri, Ahli Yang Berhormat, Pegawai Kanan Kerajaan dan Ketua Jabatan menyertai perarakan Maulidur Rasul peringkat negeri dari Dataran Shahbandar ke Stadium Negeri, Kuala Terengganu.









100 golongan miskin di daerah Besut dan Setiu terima bantuan dari FAMA


Nawi menyerahkan motosikal roda tiga kepada petani.

Oleh: Mohammad Ishak 

Seramai 100 golongan miskin tegar dari Besut dan Setiu telah menerima bantuan menerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dari peruntukkan yang disalurkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita , Keluarga dan Masyarakat ,yang membabitkan perbelanjaan RM1 juta sejak dilancarkan tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Industri Asas Tani, Perladangan dan Komuditi negeri, Nawi Mohamad berkata pemberian adalah dalam bentuk bantuan peralatan pertanian, ternakan, peralatan menangkap ikan, peralatan perniagaan kedai runcit dan gerai jualan, industri asas tani, alatan pertukangan, motosikal roda tiga dan alat jahitan.

Nawi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Besut berkata, bagi penerima yang gagal dalam memanfaat bantuan yang diberikan mereka akan terus dibimbing manakala yang menyalahgunakan bantuan mungkin alat bantuan yang diberikan kepada mereka akan ditarik semula.

 “Pada tahun ini sejumlah 100 lagi telah dikenali pasti bagi menerima bantuan Azam Tani bagi memastikan mereka bebas dari kemiskinan,katanya selepas katanya ketika menyampaikan bantuan motosikal roda tiga kepada 8 penerima Program Azam tani di Pejabat FAMA Besut di sini hari ini.  Hadir sama Pegawai Daerah Besut, A Rahim Jusoh.

Katanya, setakat ini seramai 12 penerima bantuan berjaya menafaatkan bantuan diberikan k epada mereka dengan mampu menjana pendapatan yang baik hingga mampu terkeluar dari garis kemiskinan.

Beliau turut kesal apabila terdapat penerima bantuan yang bertindak menjual alat bantuan yang diberikan dalam meraihkan keuntungan segera tetapi bilangannya tidaklah ramai , .  

13 January 2014

T-Team sasar lima terbaik

Pengendali T-Team Mohd Azraai Khor Abdullah, mahu bersikap lebih realistik apabila sekadar menyasarkan kedudukan lima terbaik dalam Liga Super yang akan bermula 18 Januari ini.

Mohd Azraai yang juga bekas jurulatih Kedah dan Negeri Sembilan berkata sasaran berkenaan bertepatan dengan kekuatan dan keupayaan The Titans, namun jika mampu berada di tangga lebih baik, ia bonus untuk pasukannya.

 "Kita tak ada pemain yang mempunyai nama besar dalam pasukan dan rata-rata pemain yang menganggotai skuad kali ini merupakan pemain skuad Piala Presiden T-Team, jadi kita kena berdepan dengan realiti," katanya kepada pemberita di sini.

Mereka menduduki tangga ketiga tercorot daripada 12 pasukan, pada musim lepas. Azraai turut menjangkakan saingan kali ini lebih seimbang dengan adanya pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Selangor serta Pahang yang muncul juara Piala Malaysia, musim lalu.

Menurutnya menjelang aksi pembuka tirai saingan Liga Super menentang Selangor di gelanggang lawan pada 18 Jan ini, rombakan kecil dalam kesebelasan utama akan dilakukan. Ia ekoran masih terdapat beberapa pemain yang masih dibelenggu kecederaan termasuklah dua pemain import, Evaldo Goncalves (Brazil) dan Nelson San Martin (Chile).

"Kita perlu memperbaiki beberapa kelemahan dalam pasukan terutamanya di bahagian serangan sebelum turun menentang Selangor kerana kita tidak mempunyai penggempur tempatan yang benar-benar berwibawa ketika ini.

 "Sebab itulah dalam banyak perlawanan persahabatan sebelum ini, kita mencuba pelbagai gandingan di bahagian atas termasuklah Azlan (Ismail), Zul (Mohd Ramzul Zahini Adnan) dan Hattaphon (Bun An) untuk mencari gandingan terbaik," katanya.

Senarai penuh pemain T-Team dijangka diketahui sempena majlis menandatangani kontrak pemain dan memperkenalkan jersi bersama pasukan Terengganu di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah (SSINS), di Kuala Terengganu, Selasa ini.

Kerajaan akan laksanakan lebih banyak projek tebatan banjir

Oleh: Aida Abd Rahman
Gambar oleh Zulkipli Putra

Kerajaan Pusat akan melaksanakan lebih banyak projek projek tebatan banjir di seluruh negara termasuk di Terengganu dan Pahang demi memastikan keselamatan rakyat terjamin, kata Perdana Menteri,  Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak.

Sehubungan itu, bagi melaksanakan semua prasarana itu, kerajaan memerlukan lebih banyak peruntukan yang diharap dapat diperoleh daripada tranformasi ekonomi negara.

"Untuk melaksana projek tebatan banjir yang keperluannya amat mendesak, kos amat tinggi. Di Chukai RM480 juta, di Kuantan RM700 juta...(ia) memakan belanja berbilion tidak termasuk jalan, jambatan, sekolah dan lain-lain kemudahan yang rosak akibat banjir," katanya.

Beliau berucap demikian di Majlis Penyampaian Bantuan Mangsa Banjir dan Meraikan Sukarelawan di Padang Astaka, Chukai, Kemaman, semalam.

Menurutnya,  kerajaan sentiasa mahu melihat rakyat hidup dalam keadaan selamat dan sejahtera dan adalah tidak adil untuk rakyat menyalahkan kerajaan di atas setiap bencana yang berlaku.

Malah, katanya tidak ada negara di dunia ini yang terlepas daripada bencana akibat perubahan iklim dunia sehingga mengakibatkan banjir besar.

Dalam pada itu, Menteri Besar,  Dato' Seri Haji Ahmad Said berkata laporan lengkap untuk membina sistem tebatan banjir di Chukai sudah selesai dan akan dilaksanakan sebaik sahaja kerajaan negeri menerima peruntukan.

Katanya,  Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menganggarkan RM480 juta diperlukan untuk membina sistem tebatan banjir berkenaan tidak lama lagi. 

Di majlis itu, seramai 30 daripada 19,205 keseluruhan mangsa banjir di Terengganu menerima sumbangan kelengkapan rumah iaitu televisyen, peti sejuk, tilam, bantal dan set dapur yang bernilai kira-kira RM5,000 yang akan disampaikan secara berperingkat-peringkat.

 Selain itu, setiap mangsa juga akan menerima bantuan RM500 dari Kerajaan Pusat dan bantuan RM500 hingga RM1,500 dari kerajaan negeri bergantung kepada nilai kerugian.


Kumpulan Kompang KRT Lorong Haji Da semakin dikenali.

KENANGAN...Kumpulan Kompang KRT Lorong Haji Da, Batu Buruk, bergambar kenangan selepas membuat persembahan di satu majlis di Kuala Terengganu baru-baru ini.

Kumpulan kompang yang ditubuhkan pada 2011 itu dianggotai remaja kampung itu dan sering menerima undangan untuk membuat persembahan di sekitar Bandar Kuala Terengganu termasuklah majlis-majlis kerajaan negeri.

Di ketuai oleh Pengerusi KRT itu sendiri, Mazlan Ismail, kumpulan kompang itu juga pernah diundang untuk menyambut ketibaan ketibaan Perdana Menteri Malaysia di Sekolah Kebangsaan Seri Budiman tidak lama dulu.

Sedia..kumpulan sedia dijemput.
Mazlan berkata, pihaknya mahu memantapkan lagi kumpulan itu dengan mengadakan latihan lebih kerap dan mengambil beberapa anggota baru sebagai pelapis.

"Kami juga menerima jemputan dari luar Bandar Kuala Terengganu sekiranya ada jemputan dan bayaran yang dikenakan adalah berpatutan," katanya- oleh: Aminudin Ismail.

 

150 belia sahut cabaran daki Everest

Oleh: Suriati Ali 
Gambar oleh Zulkipli Putra

 Hampir 150 belia anak Terengganu termasuk 20 wanita hadir pada hari pertama sesi pemilihan peserta untuk Program Terengganu De' Everest 2015, di Stadium Tertutup, Gong Badak, Kuala Terengganu, baru-baru ini.

YB Rozi Mamat (kiri) diberi penjelasan mengenai alatan mendaki gunung oleh Datuk Khalid Yunus sambil disaksikan peserta Terengganu De' Everest 2015 di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Terengganu.

Pengerusi Jawatankuasa Belia & Sukan dan Sumber Manusia negeri, YB Rozi Mamat, berkata mereka terdiri daripada kalangan pelajar, kakitangan awam serta swasta itu cukup bersemangat mendaftar diri walaupun rata-ratanya tidak mempunyai pengalaman mendaki ke puncak tertinggi di dunia itu.

 “Saringan pertama bermula minggu ini dengan 40 peserta akan mara ke peringkat seterusnya sebelum lapan dipilih menyertai misi itu bersama lima calon simpanan.


“Senarai pendek peserta yang layak mengikuti misi itu dijangka diumumkan selewat-lewatnya pada penghujung April ini,” katanya.

 Presiden Persatuan Kembara Negara, Datuk Khalid Yunus berkata, pihaknya menyediakan program latihan lengkap termasuk di luar negara bagi membantu peserta yang akan bersaing merebut tempat.

"Bagi sesi dalam negeri, peserta perlu berlatih lima hari seminggu iaitu tiga hari pergi ke gimnasium untuk latihan menguatkan otot, satu hari latihan berenang dan satu hari lagi kena berlari selain mendaki sebuah gunung pada setiap bulan di negara ini.


"Sementara sesi latihan di luar negara pula, melibatkan pendakian puncak tertinggi di benua Afrika, Gunung Kilimanjaro diikuti latihan teknikal di Banjaran Annapurna, Nepal pada Mac dan April.

 "Ini disusuli latihan mendaki kedua di Gunung Elbrus, Rusia pada Ogos serta latihan mendaki ketiga yang juga boleh disifatkan sebagai praekspedisi ke Everest iaitu di Gunung Baruntse, Nepal pada September," katanya.

 Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita dalam sesi pemilihan dan pelancaran program Terengganu De' Everest 2015 yang disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia negeri, Rozi Mamat di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Terengganu, baru-baru ini..

 Datuk Khalid turue memberitahu, selain mengadakan sesi latihan berterusan, peserta juga perlu menjalani pemeriksaan kesihatan dari semasa ke semasa bagi memastikan kecergasan mereka sentiasa pada tahap terbaik.

"Dalam masa yang sama, kita juga akan memberi penerangan tentang halangan terutama sekali dari segi cara-cara dan teknik mendaki, soal pemakanan serta lain-lain yang berkaitan dengan pendakian itu," ujar beliau.

Projek Gunung Everest kali ini yang dijangka bermula pada Mac 2015, adalah hasil usaha sama kerajaan negeri menerusi Majlis Sukan Negeri Terengganu dan Persatuan Kembara Negara yang bertindak sebagai penggerak program.

 

12 January 2014

909 pelajar terima Bantuan Persekolahan-Terima kasih kerajaan BN.

Terima Kasih..Seorang penerima menerima bantuan di Telaga Daing, hari ini.
Oleh: Aminudin Ismail.

SEBERANG TAKIR: Seramai 909 pelajar dari 564 keluarga di Dun ini menerima wang sebanyak RM100 dan RM200 tiap seorang di Majlis Bantuan Persekolahan 2014 yang diadakan di Kampung Telaga Daing, hari ini.

Majlis yang bermula kira-kira jam 10 pagi itu dirasmikan oleh Pegawai Biro Pembangunan Kuala Nerus, Azmi Abdul Rahman yang mewakili Adun Seberang Takir, Dato' Razif Abdul Rahman yang tidak dapat hadir kerana berada di Kemaman di satu majlis bersama Perdana Menteri.

Tinjauan Teganukita mendapati rata-rata penerima bersyukur kepada Tuhan dan berterima kepada Kerajaan Barisan Nasional kerana memberi bantuan itu bagi meringankan bebanan untu membeli keperluan persekolahan anak-anak.

Sapinei..gembira.
Seorang penerima, Sapinei Mahmud, 51, seorang buruh, berkata dia begitu gembira kerana mendapat bantuan itu, hari ini dan mengharapkan kerajaan meneruskan bantuan itu pada masa depan.

"Terima kasihlah kepada kerajaan kerana perihatin terhadap orang seperti saya ini yang berpendapatan kecil, dengan bantuan itu saya boleh mengunakan untuk membeli beberapa keperluan lain kerana saya sudah membelanjakan duit gaji saya untuk membeli baju pakaian sekolah anak-anak," katanya yang mempunyai dua anak yang masih bersekolah itu.

Siti Hasmah Jamaluddin(50)dari Kampung Seberang Takir pula, berkata walaupun bantuan itu mungkin kecil bagi mereka yang berpendapatan lebih tetapi baginya duit bantuan RM100 dan RM200 itu amat besar nilainya.

Zanariah..amat bermakna.
"Saya berterima kasih kepada kerajaan (BN) dan bersyukur kepada Allah dengan rezeki ini. Dengan RM200 ini, saya akan beli beberapa peralatan sekolah yang belum cukup lagi untuk anak saya seramai empat orang yang masih bersekolah," katanya.

 Bagi Mohd Zapi Mat Sidek, 43, pula menganggap bantuan itu dapat menampung perbelanjaan persekolahan anaknya seramai empat orang yang masih bersekolah dan berharap supaya kerajaan meneruskan bantuan itu bagi membantu golongan berpendapatan rendah sepertinya.

Seorang lagi penerima, Zanariah Mohd, 44, dari Kampung Seberang Takir mengucap berbanyak terima kasih kepada kerajaan dan bersyukur kepada Allah kerana menerima bantuan itu.

"Suami kerja nelayan, kais pagi makan pagi. Anak-anak masih ramai yang bersekolah. Bantuan ini amat bermakna sekali bagi kami walaupun ia mungkin kecil bagi mereka yang berpendapatan lebih. Terima kasih banyak-banyaklah kepada YB Dato' Razif dan kerajaan BN," katanya.

Seramai 1,769 pelajar dari 1092 keluarga dari seluruh Dun Seberang Takir menerima bantuan pakaian sekolah yang diadakan selama dua hari bermula hari ini.(12 dan 13 Jan).
Mohd Zapi..empat anak bersekolah.

Zanariah...besar nilainya.

Azmi..rasmi majlis.

S.u UMNO Kuala Nerus turut berucap.

Ramli..memimpin bacaan doa.

Tunggu giliran...sebagian penerima yang hadir.

Dengar...penerima lelaki mendengar ucapan dari Azmi.

Asyik..penerima wanita asyik mendengar ucapan Azmi.