Halaman
14 January 2014
100 golongan miskin di daerah Besut dan Setiu terima bantuan dari FAMA
Nawi menyerahkan motosikal roda tiga kepada petani.
Oleh: Mohammad Ishak
Seramai 100 golongan miskin tegar dari Besut dan Setiu telah menerima bantuan menerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dari peruntukkan yang disalurkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita , Keluarga dan Masyarakat ,yang membabitkan perbelanjaan RM1 juta sejak dilancarkan tahun lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Industri Asas Tani, Perladangan dan Komuditi negeri, Nawi Mohamad berkata pemberian adalah dalam bentuk bantuan peralatan pertanian, ternakan, peralatan menangkap ikan, peralatan perniagaan kedai runcit dan gerai jualan, industri asas tani, alatan pertukangan, motosikal roda tiga dan alat jahitan.
Nawi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Besut berkata, bagi penerima yang gagal dalam memanfaat bantuan yang diberikan mereka akan terus dibimbing manakala yang menyalahgunakan bantuan mungkin alat bantuan yang diberikan kepada mereka akan ditarik semula.
“Pada tahun ini sejumlah 100 lagi telah dikenali pasti bagi menerima bantuan Azam Tani bagi memastikan mereka bebas dari kemiskinan,katanya selepas katanya ketika menyampaikan bantuan motosikal roda tiga kepada 8 penerima Program Azam tani di Pejabat FAMA Besut di sini hari ini. Hadir sama Pegawai Daerah Besut, A Rahim Jusoh.
Katanya, setakat ini seramai 12 penerima bantuan berjaya menafaatkan bantuan diberikan k epada mereka dengan mampu menjana pendapatan yang baik hingga mampu terkeluar dari garis kemiskinan.
Beliau turut kesal apabila terdapat penerima bantuan yang bertindak menjual alat bantuan yang diberikan dalam meraihkan keuntungan segera tetapi bilangannya tidaklah ramai , .