Saintis Universiti Malaysia Terengganu, (UMT), Proffesor Madya Dr. Hii Yii Siang menyokong penuh dan mengalu-alukan lawatan kerja Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Haji Ahmad Said , ke Antartika.
Beliau menyifatkan usaha Menteri Besar Terengganu itu amat besar maknanya dalam merealisasikan Antartik sebagai hak milik bersama negara-negara di dunia dan bukannya di bawah penguasaan kuasa besar semata-mata atau disebut sebagai Konsep Warisan Bersama Manusia Sejagat.
Dr Hii menyifatkan Dato’ Seri Haji Ahmad seorang yang turut mengambil tanggungjawab dan daya usaha untuk memastikan warisan milik bersama manusia sejagat itu menjadi kenyataan.
Apatah lagi usaha awal sebenarnya telah dirintisi oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Mizan Zainal Abidin sewaktu menjadi Yang Di Pertuan Agong Malaysia.
Beliau berkata demikian sebagai mengalu-alukan lawatan kerja Menteri Besar Terengganu ke Antartika anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar Malaysia yang digerakkan melalui inisiatif Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan bermula 18 Januari hingga 2 Februari ini.
Sempena lawatan kerja itu, Dato’ Seri Haji Ahmad dijangka akan menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman antara Instituto Antartico Chileno (INACH) dan Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan bagi membuka laluan kerjasama dalam bidang penyelidikan Antartika.
(wawancara khas Pengarang Teganukita, Ruslan Abdul Rahman dengan Dr. Hii Yii Siang, saintis UMT yang pernah ke sana akan disiarkan ).
IMBASAN:
19 Julai 2012:
YAYASAN PENYELIDIKAN ANTARTIKA SULTAN MIZAN TERIMA SUNTIKAN DANA LEBIH RM12 JUTA
Katanya, kehadiran Malaysia secara berterusan untuk menjalankan penyelidikan asas bagi menghasilkan pengetahuan baru adalah selaras dengan aspirasi negara untuk menjadi masyarakat berilmu.
“Saya amat berbangga kerana yayasan ini adalah yang pertama ditubuhkan di negara ini bagi membantu aktiviti-aktiviti penyelidikan sains kutub,” katanya di majlis Pelancaran Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) hari ini (19 Julai).
Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat merasmikan pelancaran itu. Berkenan berangkat Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah.
Hadir sama, Menteri Besar Dato’ Seri Haji Ahmad Said dan isteri To’ Puan Seri Hajah Norliza Mahmud; Tengku Sri Paduka Raja Tengku Ibrahim Sultan Ismail Nasiruddin Shah; Yang Dipetua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Haji Tengku Putera Tengku Awang; Setiausaha Kerajaan, Dato’ Haji Mazlan Ngah dan Naib Canselor UMT, Prof Dato' Dr. Ibrahim Komoo.
Menurutnya, pada Oktober tahun lalu, Malaysia telah menandatangani Antarctic Treaty System (ATS) 1959 dan menjadi ahli Madrid Protocol yang memberi rangka kerja bagi pengurusan dan pentadbiran Antartika serta kerjasama antara semua pihak dan ahli ATS.
Katanya, penyertaan Malaysia dalam ATS memberi peluang yang sangat luas kepada para saintis negara ini untuk menyertai komuniti penyelidikan antarabangsa dalam sains Antartika melalui Badan Bertindak Antartika dan Pusat Penyelidikan Antartika Nasional bertempat di Universiti Malaya sebagai pusat rujukan penyelidikan saintis Malaysia.
Katanya, sejak ia dimulakan (1999) hingga kini sebanyak 31 projek penyelidikan dalam beberapa bidang termasuk sains atmosfera, polar mikrobiologi, ekologi, remote sensing, geo sains, dasar dan pengurusan Antartika berjaya dilaksanakan oleh penyelidik negara.
“Manakala sebanyak 151 penerbitan saintifik telah dihasilkan dan 105 graduan dan graduan lanjutan telah mendapat latihan dalam program ini,” katanya.
Dato’ Seri Panglima Dr. Maximus menyarankan kerajaan-kerajaan negeri,sektor swasta dan individu untuk tampil kehadapan dan bekerjasama dengan yayasan dari segi sumbangan dana dan sokongan terhadap aktiviti-aktiviti yayasan,” katanya.

8 Oktober 2013:
USM Pulau Pinang: Biarpun
tidak memiliki stesen penyelidikan sendiri di Antartika, sebanyak 150
penyelidik muda dari Malaysia yang sedang membuat kajian peringkat sarjana dan
ijazah doktor falsafah di benua itu mampu membanggakan negara.
Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal
Abidin bertitah, jika kecemerlangan tersebut diteruskan tidak mustahil Malaysia
mampu memiliki stesen penyelidikan sendiri di Antartika sekali gus melonjak
nama negara di peringkat antarabangsa.
Baginda bertitah, menjadi visi kerajaan
kejayaan di Antartika dikongsi bersama seluruh dunia dan penyelidikan berkenaan
dapat dikekalkan.
"Hasil usaha yang ditonjolkan
Malaysia menerusi 'Persoalan Tentang Antartika' yang dibangkitkan dalam
Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu secara tidak langsung menjadikan Sistem
Perjanjian Antartika (ATS) lebih telus kepada negara ahlinya.
"Penyertaan Malaysia dalam ATS
juga adalah langkah tepat untuk membolehkan negara mempelbagaikan sumber bagi
meneruskan penyelidikan di Antartika," titah baginda yang juga Penaung
Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan (YPASM) ketika merasmikan Seminar
Antarabangsa Antartika Malaysia Keenam.
Yang turut hadir, Menteri Sains,
Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Ewon Ebin dan Pemangku Naib Canselor
Universiti Sains Malaysia, Prof. Datuk Dr. Ahmad Shukri Mustapha Kamal.
Sementara itu, Pengarah Pusat
Penyelidikan Antartika Kebangsaan, Profesor Datuk Dr. Azizan Abu Samah berkata,
Malaysia akan menjadi negara Asia pertama menganjurkan Persidangan Jawatankuasa
Saintifik bagi Penyelidikan Antartika yang menggunakan format baharu pada 2016.
Menurutnya, penyelidikan dan penerokaan
Antartika mampu membawa faedah kepada negara dan sejagat yang menghasilkan
pelbagai fenomena unik seperti lohong ozon, ikan yang mempunyai protein
penghalang beku dan pelbagai fenomena yang belum dikaji sebelum ini.
"Pada masa ini terdapat 27 negara yang telah memiliki stesen
penyelidikan di Antartika dan kita akan menyertai mereka, namun apa yang
penting adalah sokongan kerajaan serta kajian menyeluruh mengenai keperluan
pembinaan stesen berkenaan," 19 Julai 2012:
YAYASAN PENYELIDIKAN ANTARTIKA SULTAN MIZAN TERIMA SUNTIKAN DANA LEBIH RM12 JUTA
Yayasan
Penyelidikan Antartika Sultan Mizan terima suntikan dana lebih RM12 juta bagi
membiayai penyelidikan Antartika serta aktiviti yayasan itu.
Kerajaan Malaysia telah menyumbangkan RM10 juta dan dana sepadan dengan jumlah maksima RM500,000 setiap tahun manakala kerajaan Terengganu RM2 juta dan selebihnya daripada Universiti Teknologi Malaysia (UMT) RM100,000 dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) RM50,000.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Dato’ Seri Panglima Maximus Johnity Ongkili berkata, penubuhan yayasan ini mengambarkan komitmen dan sokongan kerajaan terhadap penyelidikan sains di Antartika dan Artik serta pembangunan sains global di negara ini.