Halaman

  • 8 FEBRUARI 2020 (SABTU) - *5.00 petang :* Perlawanan TNB Malaysia Hockey League 2020 antara Terengganu Ladies Hockey Team (TLHT) dengan Hockademy KL *di Stadium Hoki Batu Buruk (SHB...
    3 weeks ago

15 January 2014

345 remaja Batu Rakit terima dana.

MESRA...Adun Batu Rakit, Bazlan Abdul Rahman sedang berbual mesra dengan beberapa penerima bantuan Dana Bakti Remaja Dun itu bertempat di Bangunan GPMS, Mengabang Panjang, Batu Rakit, kelmarin. (13.1.2014)

Seramai 345 remaja dari Dun itu menerima sumbangan sebanyak RM200 seorang daripada kerajaan yang bertujuan untuk meringankan remaja terbabit membeli keperluan harian.

Bazlan menyampaikan voucer dana.
Turut hadir dalam majlis itu ialah Prof. Dr Mohd Rozailan Ibrahim (AJK UMNO Bahagian Setiu), Ustaz Rosdi bin Muda (Ketua Penerangan UMNO Bahagian Kuala Nerus), ASP Tuan Nizam (IPD Setiu).

"Alhamdulillah, perjalanan program berjalan lancar. Terima kasih kepada semua yang terlibat dan terima kasih kepada kerajaan kerana sentiasa perihatin kepada golongan muda," kata Bazlan mengenai program Dana Bakti Remaja Sessi 2-2013/14 itu. - oleh: Aminudin Ismail.


Jemputan khas yang hadir.

Semangat...antara remaja lelaki yang hadir.