Halaman

04 March 2014

Iskandar lepas peserta kayuhan basikal.

LEPAS...Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jabi, Mohd Iskandar Jaafar melepaskan seramai kira-kira 50 belia dari seluruh Daerah Setiu yang menyertai Program Kayuhan Santai Belia Daerah Setiu, di Perhentian Bas Bandar Permaisuri, Setiu, baru-baru ini.

Program itu adalah anjuran Majlis Belia Daerah Setiu dengan kerjasama Pejabat Belia Daerah Setiu, Majlis Sukan Daerah Setiu, Yayasan Pembangunan Keluarga Setiu dan Gateh Setiu.

Peserta bergambar kenangan.
Pengerusi Majlis Belia Daerah Setiu, Zokri Othman berkata, program yang julung kali diadakan itu adalah bertujuan untuk mendedahkan kepada belia tentang penjagaan kesihatan dengan cara berbasikal serta memberi ketahanan mental dan fizikal kepada peserta.

Zokri berkata, kayuhan sejauh kira-kira 30 meter itu melalui Jalan Penarik ke Kampung Rhu 10 dan berakhir di Putera Jaya, Pak Kancil, Setiu dan beliau berharap program itu akan dapat membentuk belia yang berdisiplin melalui sukan serta mengeratkan hubungan silaturrahim antara satu sama lain.- Aminudin.

 

03 March 2014

Le Tour de Langkawi 2014 Stage 5 - Karak - Rembau























AHMAD SAID MENGANTARABANGSAKAN TERENGGANU, 250 PENGAMAL MEDIA SELURUH DUNIA AKAN BERKAMPUNG DI TERENGGANU APRIL INI


TAHUKAH anda bahawa perairan kita (Terengganu) ini kaya dengan pelbagai spesis sotong pada musimnya.  Ada sotong torok, jarum, mengabang, katak dan sebagainya. Justeru itu kerajaan Terengganu akan mengantarabangsakan program mencandat sotong dengan membawa kira-kira 250 orang peserta luar negara yang terdiri dari pelbagai wartawan dan pengamal media antaranbangsa.
Ia dijangka berlangsung pada 11 hingga 16 April ini iaitu membabitkan enam hari lima malam.
 Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said sendiri mempengerusikan mesyuarat tersebut semalam, di Wisma Darul Iman.
 Beliau berharap, acara itu akan meletakkan Terengganu di peta antarabangsa, lebih-lebih lagi yang datang itu adalah merupakan pengamal media seluruh dunia.

 Menteri Besar berharap pelancongan Terengganu akan menjadi teras ekonomi di masa akan datang dan berharap para peniaga dan pengusaha pelancongan serta rakyat keseluruhannya akan mendapat keuntungan darinya.
  Beliau berharap kedai-kedai makan di negeri ini jangan terlalu mengenakan harga yang mahal, tetapi biarlah berpatutan, bersih dan menu yang menyelerakan. Oleh: Ruslan AR

Ketua Polis Negeri sampai watikah SMK Sungai Tong.

Jamshah ketika berucap merasmikan majlis.
Oleh: Aminudin Ismail. 

SERAMAI 80 pelajar SMK Sungai Tong menerima watikah perlantikan sebagai Pengawas, Pembimbing Rakan Sebaya (PRS), Pengawas Pusat Sumber (PSS) dan Ketua Kelas dalam pada Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pemimpin Muda dan Pelancaran Sifar Masalah Disiplin SMK Sungai Tong, Setiu di dewan sekolah itu, hari ini.

Majlis yang bertujuan untuk mengistiharkan perlantikan badan itu dirasmikan oleh Ketua Polis Terengganu, Dato’ Jamshah Mustafa.

Pelbagai acara diadakan sempena majlis itu antaranya ialah pemeriksaan perbarisan anggota kadet Polis sekolah, gimik perasmian, Watikah Kuasa Merotan, Watikan Perlantikan, Bacaan ikrar oleh pelajar, ucapan dan Penyampaian Cenderahati.

KP negeri sedang bersiap untuk tandatangan.
Jamshah dalam ucapanya mahu semua pelajar perlu sentiasa menjaga disiplin, berbudi bahasa dan kuat pegangan agama. Beliau juga mahu pelajar menyertai aktiviti kokurikulum supaya mudah untuk mendapat pekerjaan apabila tamat belajar kelak.

Selain itu, Jamshah juga mengingat pelajar supaya jangan merokok kerana ia boleh membawa kepada menagih dadah serta beberapa masalah yang lebih besar yang lain.

Dalam pada itu, Pengetua SMK Sungai Tong, Mohd Zamli Muda, dalam ucapannya mahu kehadiran Ketua Polis Terengganu ke sekolah itu akan meyuntik semangat pelajar yang menerima watikah supaya lebih bersungguh-sungguh dalam menjalankan tugas.

Manakala, katanya, semua pelajar perlu sentiasa menjaga disiplin supaya sekolah dapat melahirkan pelajar yang cemerlang dalam semua bidang.
Beberapa pegawai Polis menyambut ketibaan Jamshah.

Ketua Pelajar membaca ikrar taat setia.

Sebahagian pelajar yang menerima watikah.

Antara pegawai Polis yang hadir


Jamshah menyampaikan perlantikan watikah.
Jamshah sempat bergurau dengan seorang pengawas.
Seorang pelajar memberitahu sesuatu kepada Jamshah.

Seorang pengawas menerima watikah.

Ketua Polis Setiu menerima cenderahati dari Zamli.

Cikgu Nasha...guru disiplin.

Wakil PPD Setiu menerima cenderahati.

Pelajar sedang mendengar ucapan KP negeri.

Kadet Polis SMK Sungai Tong.

Seorang guru menerima surat perlantikan.

Antara guru yang hadir.

 

Enam penghafaz wakili Terengganu

Oleh: Suriati Ali

 Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT) berharap enam penghafaz yang bakal membawa nama Terengganu ke peringkat kebangsaan  sempena Majlis Menghafaz AL-Quran, mampu melakukan yang terbaik.

Peserta itu adalah Nurul Syaabaniah Yahaya, 21, bakal bertanding bagi ketegori 1-30 juzuk; Muhammad Izzat Mat Nor, 25, (1-30 juzuk); Nurul Izatie Zuraimi, 17 (1- 20 juzuk); Syed Ahmad Hisyam Engku Taufik, 17,  (1-20 juzuk); Asma Abdullah, 18 (1-10 juzuk) dan Muhammad Rayyan Abdullah, 17 pula bertanding bagi kategori 1-10 juzuk.
 
 Mereka yang terpilih itu selepas berjaya mendapat markah tertinggi pada Pertandingan Menghafaz al-Quran Peringkat Negeri Terengganu, pertenggahan Februari lalu.

Pertandingan sama bagi peringkat kebangsaan akan diadakan di Dewan Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam, selama lima hari iaitu bermula 10 hingga 14 Mac.

Pesuruhjaya JHEAT, Dato’ Haji Mohd Rozali Salleh, berkata dia berharap peserta tidak menaruh harapan tinggi untuk menang dan mempunyai niat mahu mengejar ganjaran yang ditawarkan penganjur majlis.

“Perlu ada niat, apa yang dilaksanakan itu mahu mengajak orang ramai turut menyertainya, memperbanyakkan perbuatan mulia, selain menegakkan atau memartabatkan ajaran agama islam,” katanya.

Peserta Asma Abdullah, 18, yang juga pelajar Institut al-Quran Terengganu (IQT), berkata, syukur ke hadrat Ilahi kerana dia dan adik, Muhammad Rayyan, 17 turut terpilih membawa nama Terengganu ke peringkat kebangsaan.

“Saya akan melakukan yang terbaik, supaya dapat memenuhi harapan ibu bapa, guru dan kerajaan Terengganu. “Apa yang disertai itu kerana minat, mahu memartabatkan agama Islam, dan bukannya mahu mengejar ganjaran yang ditawarkan,” katanya.

 Muhammad Rayyan berkata, dia dan kakak dididik ibu dan bapa supaya minat mendalami ilmu al-Quran, sejak daripada kecil, dan mula menghafaznya ketika umur 14 tahun.

 “Petua paling penting bagi seorang penghafaz, tidak menjamah makanan segera atau produk yang tidak berkhasiat dan makan organ dalaman haiwan.

 “Sebaliknya perlu mengamal makanan yang disaran Rasullulah supaya minda sentiasa segar untuk menghafaz a-Quran,” katanya.

 

YPU fail tujuh permohonan baharu Petunjuk Geografi dengan MyIPO

Oleh: Noraini Jusoh

Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu memfailkan tujuh permohonan baharu Petunjuk Geografi untuk didaftarkan dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) dalam usaha melindungi hak harta intelek usahawan di negeri ini.

Petunjuk Geografi adalah petunjuk yang mengenalpasti di mana barangan itu berasal. Kualiti, reputasi atau ciri tertentu barangan itu pada dasarnya boleh dianggap berpunca dari tempat asal geografinya.

Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah YPU, Mohd Iskandar Jaafar (gambar) berkata, tujuh produk Terengganu iaitu Tembaga Ladang; Keropok Losong, Keropok Lekor; Kapal Pulau Duyong; Batik; Ukiran Kayu Besut dan Nasi dagang merupakan identiti negeri ini yang begitu berpontesi di pasaran dan perlu didaftarkan.

“Kebanyakkan produk di negeri ini adalah perusahaan warisan yang diwarisi turun temurun dan diteruskan oleh generasi kedua dan ketiga. Mungkin pada satu ketika dahulu, perusahaan warisan ini nampak agak eksklusif seperti perusahaan tembaga, batik serta songket contohnya kerana tidak dikormesialkan.

“Tetapi kini, apabila pasaran dibuka ia mendapat permintaan yang meluas sehingga ke luar negara dan mula timbul persaingan.

“Apabila timbul persaingan daripada orang yang bukan pada asalnya mewarisi perusahaan tersebut tetapi turut berminat ia memberi cabaran kepada usahawan Terengganu kerana persaingan itu pada satu peringkat akan merugikan usahawan asal,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Majlis Perasmian Seminar Kesedaran Harta Intelek dan MoU antara MyIPO dan YPU yang dirasmikan oleh Pengerusi MyIPO, Dato’ Abdul Manan Ismail di Dewan Konvensyen, Pusat Dagangan Terengganu (TTC) semalam.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif YPU, Che Razali Adis serta Timbalan Ketua Pengarah (Korporat) MyIPO, Mohd Shahar Osman.

Menurut Mohd Iskandar, jalinan kerjasama antara YPU dan MyIPO mampu meningkatklan kesedaran tentang kepentingan pendaftaran serta perlindungan harta intelek di kalangan usahawan negeri ini.

 

TEKUN Peruntuk RM141,000 Bantu Usahawan Muda Hulu Terengganu


Oleh MASTURA JAMALUDDIN

Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) akan meningkatkan tumpuan lagi untuk membantu generasi muda menceburi bidang perniagaan menerusi bantuan pembiayaan perniagaan yang disediakan agensi itu.

Pelbagai inisiatif sudah digerakkan bagi menarik generasi muda untuk menjalankan perniagaan. 

Terbaru, seramai 35 orang usahawan muda menerima suntikan modal perniagaan berjumlah RM141,000 sejajar dengan usaha agensi itu membantu meningkatkan penglibatan golongan itu dalam perniagaan.

Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian dan Perdagangan negeri, Dato’ Tengku Putera Tengku Awang berkata, golongan usahawan perlu mewujudkan jaringan yang kukuh dengan jabatan kerajaan, agensi pembangunan ushawan serta persatuan perniagaan.

“Jaringan itu penting bagi melonjakkan pembabitan mereka ke tahap yang lebih baik daripada usahawan peringkat daerah ke negeri, dan selepas itu ke peringkat kebangsaan. Tidak mustahil menjadi pemain global. 

“Potensi usahawan muda untuk pergi lebih jauh cukup tinggi dengan menima lebih banyak pengalaman serta mendalami pahit manis dunia usahawan,” katanya pada majlis perasmian Program Pembina di Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu, Kuala Berang, semalam.

 Hadir sama, Pengurus TEKUN negeri, Mohd. Ghazali Hussin dan Ketua Pemuda UMNO negeri, Mohd. Johari Abu Bakar.